Tipu Rakyat Pensiangan, Datuk Sangkar isytihar aset RM50,000 walaupun punya wang RM40 juta!
02:11 Nov 19, 2022  |  By SabahKini2
Tipu Rakyat Pensiangan, Datuk Sangkar isytihar aset RM50,000 walaupun punya wang RM40 juta!

Calon PH, Seorang Ketua Kartel tender membekal makanan dilebih 60 sekolah di Sabah, jutawan namun isytihar asetnya hanya RM50,000 sahaja. Budak-budaknya penama syarikat sedang berdepan mahkamah kes rasuah dan dokumen palsu. Namun dia dalang masih bebas.

Kepada rakyat Pensiangan. 19 haribulan adalah hari pengundian. Namun beringat jangan ditipu dan dikencing oleh PH lagi. 22 bulan yang perit kini anda hanya menambahkan lagi keperitan itu.

Calon PH Datuk Sangkar Rasam merupakan seorang penipu. Beliau yang dilaporkan sebagai jutawan memiliki RM40 juta hasil daripada projek monopoli tender membekal makanan di sekolah di Sabah mengisytiharkan aset dan harta bersihnya sebanyak RM50,000 sahaja.

Percaya kah kamu? Jika dia boleh menipu pendapatannya sudah pasti beliau juga boleh menipu rakyat di kawasannya. Hanya dia yang kaya raya tapi rakyatnya akan kekal miskin.

Datuk Sangkar Rasam merupakan ketua kartel tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Bekas Penolong Kanan Kokurikulum SMK Nabawan II dilaporkan memonopoli tender membekal makanan bermasak di lebih 60 sekolah di Sabah.

Sebagai Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Keningau dan Pengerusi MPN Sabah yang kaya raya menipu pendapatannya sebagaimana Rafizi Ramli adalah perbuatan yang tidak baik.

Semua tahu sejak tahun lalu dan kini kontraktor yang ditangkap SPRM merupakan budaknya dan kroni yang dibayar secara bulanan menggunakan nama mereka. Semua tender Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) itu menggunakan dokumen palsu dan mengemukakan penyata bank palsu. 

Ketika siasatan SPRM beliau turut dipanggil namun dibebaskan dari reman kerana ‘kawtim’ dengan pegawai SPRM di Bahagian siasatan SPRM dengan bayaran wang lebih RM200 ribu kepada pegawai siasatan SPRM.

Menurut sumber Datuk Sangkar Rasam memaklumkan punya wang RM40 juta hasil monopoli projek membekal makanan di sekolah Sabah.Lantaran itu beliau berani mencabar Datuk Christina Liew mengambil alih jawatan Pengerusi MPN Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Proksi ditangkap! Mengapa Ketua Kartel Tender JPNS Datuk Sangkar Rasam Pengerusi MPN Sabah tidak direman SPRM?]

 

Proksi ditangkap! Mengapa Ketua Kartel Tender JPNS Datuk Sangkar Rasam Pengerusi MPN Sabah  tidak direman SPRM?

Datuk Sangkar Rasam bebas tetapi anak-anak buahnya ditangkap SPRM malah didakwa di Mahkamah Khas Rasuah.

Di harap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat Datuk Sangkar Rasam selepas PRU ini kerana menipu pendapatannya dengan aset bersih RM50,000.

Kepada rakyat Pensiangan pilihlah Kerajaan negeri yang berkuasa sekarang daripada GRS- BN bukan yang meipu rakyatnya.

 

8 Comments