PM wajar batal Projek Gentian Optik Zon Sabah kepada YTL di ‘mark up’ dari RM 946.5 juta kepada RM1.003B!
22:12 Dec 09, 2022  |  By SabahKini2
PM wajar batal Projek Gentian Optik  Zon Sabah kepada YTL di ‘mark up’ dari RM 946.5 juta kepada RM1.003B!

Tenderkan semula!. Lagi cubaan monopoli di Sabah. Taikun YTL untung!.Harga tender RM 946.5 juta lebih tinggi dari syarikat Sabah RM879.8 juta tetapi LOA 'Mark up' RM1.003B. Siapa untung 'Mark up'? Semuanya lulus sebelum bubar parlimen PRU-15.

Naratif penyelewengan RM600B mungkin agak keterlaluan kerana peruntukan kerajaan sudah pasti mempunyai rekod dan tertakluk kepada perolehan kerajaan. Semua kementerian tahu perkara itu.

Sama ada RM530bilion atau RM600 bilion pakej rangsangan ekonomi pengurusan Covid-19 ia memang dimulakan oleh ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui video yang tular. Namun SPRM mengesahkan hanya RM92.5 bilion melibatkan dana kerajaan akan disiasat dan bakinya bukan dana kerajaan iaitu RM437.5 bilion. RM92.5 bilion jika dicari pasti akan jumpa kesalahannya terutama projek rundingan terus yang diluluskan kerajaan.

Walaubagaimanapun naratif ini pasti membuka perkara lain dan juga projek-projek rundingan terus bukan dalam fasa Covid-19 dan tender yang mungkin dikesan berlaku penyelewengan rasuah di kementerian lain melibatkan Menteri PN atau PAS sebelum ini.

 

Projek 5G- DNB disiasat

6 Disember lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu kerajaan membuat semakan semula ke atas semua perjanjian berhubung dengan pelaksanaan projek rangkaian 5G di seluruh negara.

“Saya telah mengarahkan perjanjian itu disemak semula kerana ia tidak dilakukan secara telus, tanpa tender sewajarnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet pada Isnin.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai projek 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), dan sebelum ini beliau pernah menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan 5G oleh DNB dibahaskan di Dewan Rakyat begitu juga dengan Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi dan Digital yang dulu mengecam kuat projek ini.

Fahmi Fadzil berkata satu pertemuan akan diadakan dengan Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin depan (12 Disember) untuk berbincang, meneliti dan menilai arahan supaya semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan 5G di seluruh negara disemak semula.

 Fahmi sebelum dan selepas dilantik Menteri Komunikasi & Digital
kekal konsisten terhadap DNB

Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin juga pernah mempersoalkan pelantikan DNB bagi pelaksanaan teknologi internet 5G di Malaysia diputuskan Kementerian Kewangan tanpa melalui perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terlebih dahulu.

Tapi siapa boleh melawan Tengku Zafrul Abdul Aziz Menteri Kewangan paling berkuasa yang telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Begitu juga Tan Sri Annuar Musa yang mahu perjanjian itu dipercepatkan sebelum pembubaran parlimen.

Enam syarikat telekomunikasi terpilih iaitu Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications dan Telekom.


Semak semula Projek Penyediaan dan Penyelenggaraan Point Of Presence (Pop)
Hab Infrastruktur Gentian Optik 7 Zon (Region)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengeluarkan tender gentian optik di 7 zon seluruh negara. Kelulusannya telah diberi sebelum pembubaran parlimen PRU-15 kepada semua syarikat.

21 September lalu Sabahkini2 telah mendedahkan dari 7 projek ini Projek Region Sabah sangat tidak telus kerana kawtim dengan Syarikat YTL Communications Sdn Bhd dan menganaktirikan syarikat daripada Sabah yang layak dan menang tender di KKMM

 

Keputusan Lembaga Perolehan A Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM) bagi projek TENDER BEKALAN, KERJA SERTA PERKHIDMATAN BAGI PROJEK PENYEDIAAN DAN PENYELENGGARAAN POINT OF PRESENCE (POP) HAB INFRASTRUKTUR GENTIAN OPTIK BERHAMPIRAN DENGAN SEKOLAH, KAWASAN PERINDUSTRIAN, PREMIS KERAJAAN DAN KOMUNITI SEKITARNYA OLEH KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA – FASA 2 (SABAH REGION- KKMM.400-11/17/132 (5) memilih syarikat daripada Sabah namun selepas diperakukan ke Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) dipengerusikan Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan membuat keputusan memilih YTL Communications Sdn Bhd. Dilaporkan Menteri KKMM ketika itu juga campur tangan diperingkat MOF. Tidak diperakukan oleh KSU KKMM namun berjaya menyekat kelulusan perakuan di MOF. 

[ARTIKEL BERKAITAN- 1Bestarinet RM4.4B gagal, kini Tengku Zafrul bersekongkol dengan YTL rompak Projek Gentian Optik KKMM Zon Sabah RM 946.5 juta! ]

Persoalannya bagaimana Syarikat YTL Communications Sdn Bhd yang semua sedia maklum syarikat bermasalah selepas ditamatkan kontrak 1BestariNET di Kementerian Pendidikan dilantik semula oleh Tengku Zafrul? Pelbagai pihak maklum hubungan YTL dengan Tan Sri Muhyiddin sebelum ini  sehingga menyebabkan Dr Maszlee bekas Menteri Pendidikan dipecat. 

Laporan Lembaga Perolehan KKMM menunjukkan 9 syarikat menyertai tender FASA 2 (SABAH REGION- KKMM.400-11/17/132 (5) itu dari kos RM597 juta  sehinggalah kos RM4.2 bilion. Celcom Axiata, Telekom Malaysia, Serba Dinamik dan beberapa syarikat lagi menyertai tender itu.

 

Menurut sumber dua syarikat disenarai pendek iaitu Fenomena MajuKaya Sdn Bhd dan YTL Corporations Sdn Bhd. Harga Fenomena MajuKaya Sdn Bhd ialah RM 879,818,514.04.

Manakala Kos YTL Communications Sdn Bhd pula ialah RM 946,546,605.00 hampir RM1 bilion!. Nampak tak? Apakah Zafrul dan Annuar Musa Menteri KKMM bersekonngkol di belakang memilih YTL? Apakah ini satu usaha membalas budi atau menutup kerugian YTL yang ditamatkan sebelum ini? atau YTL memberi dana PRU kepada mereka?

Namun mengejutkan bukan RM946.5 juta tetapi MOF benarkan YTL mark up lebih RM50 juta harga kontrak kepada RM1,003,339,401.30. Mengapa?

Apa alasan mark up?

 

Region menunjukkan YTL berjaya mark up tender sehingga RM1b. Apex & Privasat dapat
dua region menelan kos RM1.2b.

Apa motif Zafrul dan Annuar Musa menjadikan YTL monopoli semula di Sabah? Projek Penyediaan dan Penyelenggaraan Point Of Presence (Pop) Hab Infrastruktur Gentian Optik berhampiran Sekolah, kawasan perindustrian, premis kerajaan dan komuniti sekitar merupakan projek kekal meletakkan syarikat YTL di Sabah selamanya. Ia sekaligus meletakkan YTL kembali memonopoli rangkaian itu pada masa depan di Sabah. Semua kontraktor pada masa depan perlu merujuk YTL.

Bukankah ini tidak bagus kepada pemain industri untuk anak-anak syarikat di Sabah sebagaimana YTL memonopoli projek 1BestariNet seluruh negara sebelum ini? Dalam masa sama Projek 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB) pun menyenaraikan YTL Corporations Sdn Bhd satu dari syarikat monopoli.

Kerajaan masih sempat membatal, menangguh atau menender semula projek Gentian Optik ini memandangkan LOA masih baru diluluskan, mungkin kontrak penuh belum ditandatangani dan kerja-kerja masih belum dilaksana atau tak sampai 20%. Perkara biasa MOF menggunakan pekeliling baru untuk membatalkan semua projek yang masih awal atau baru diluluskan. 

Oleh itu sebagaimana DNB dan projek tebatan banjir yang ditangguhkan juga teguran kepada taikun Syed Moktar Bukhari monopoliti beras justeru diseru Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan YB Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil melihat semula semua tender diluluskan sebelum bubarnya Parlimen PRU-15 melibatkan projek gentian optik. Jelas semua ini projek Pilihanraya. Beberapa orang untung dalam kelulusan tender ini sehingga YTL dibenarkan mark up melampau lebih RM50 juta!

Tan Sri Azam Baki SPRM tak mahu siasat ke? 

7 Comments