Keutamaan beri hasil 40 % kepada Sabah kata Anifah
23:12 Dec 17, 2022  |  By SabahKini2
Keutamaan beri hasil 40 % kepada Sabah kata Anifah

Kerajaan persekutuan tidak membayar kutipan hasil itu sejak 1973 hingga menyebabkan kerajaan Sabah tidak memperoleh dana yang mencukupi bagi membangunkan sendiri negeri ini

Kerajaan pusat dan Sabah perlu beri keutamaan kepada pelaksanaan Perkara 112C dan 112D Perlembagaan, kata Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman.

Katanya dalam kenyataan, Sabah berhak menerima geran 40% daripada keseluruhan hasil dikutip kerajaan Persekutuan dari Sabah, menurut Perkara 112C dan 112D.

Menerusi memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan persekutuan hari ini, PCS mengingatkan Perkara 112C dan Perkara 112D antara jaminan dalam Perlembagaan yang diberikan kepada Sabah bagi membentuk Malaysia.

Tanpa jaminan itu, Sabah tidak akan bersetuju dengan pembentukan berkenaan, kata Anifah.

“Kerajaan persekutuan tidak membayar kutipan hasil itu sejak 1973 hingga menyebabkan kerajaan Sabah tidak memperoleh dana yang mencukupi bagi membangunkan sendiri negeri ini,” kata bekas menteri luar itu dalam kenyataan.

Anifah berkata Putrajaya dilihat gagal menyemak semula geran yang dipersetujui maka ia telah melanggar Perlembagaan.

“Bagaimanapun, jaminan yang diberikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan persekutuan akan menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 dilihat akan memberi sinar baharu kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau berharap semua isu-isu berkaitan MA63 dapat diselesaikan menjelang 2023 bagi membolehkan rakyat fokus kepada perpaduan dan masa depan.

Sebelum ini Anwar dalam kempen PRU15 di Kimanis pernah berjanji akan menunaikan MA63 jika berkuasa menjadi Perdana Menteri. Anwar nampaknya tiada pilihan perlu menyelesaikan tuntutan 40% itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Bukti Anwar tiada pilihan perlu tunai janji laksana MA63 selepas dilantik PM-10 ]

 

 

1 Comment