Anwar, MOF perlu tegas laksana projek ‘Tender terpilih’ tebatan banjir elak rasuah, monopoli dan pakatan harga kontraktor
21:12 Dec 22, 2022  |  By SabahKini2
Anwar, MOF perlu tegas laksana projek ‘Tender terpilih’ tebatan banjir elak rasuah, monopoli dan pakatan harga kontraktor

Projek Rundingan Terus Tebatan Banjir RM15b jimat hampir RM2b kini perlu dilaksana Secara Tender Terpilih! Rakyat perlu cepat namun pelantikan syarikat terpilih mesti layak bukan monopoli dan pakatan harga kontraktor.

Kerajaan sudah bertukar!. Siapa kerajaan dan pemimpin memerintah, pegawai serta peraturan perolehan kewangan tetap sama. 

Anwar Perdana Menteri dan selaku menteri kewangan juga akan berhadapan pegawai kerajaan dan peraturan yang sama. Sama ada perolehan tender terbuka, terhad, terpilih ataupun rundingan terus peraturan perolehan kewangannya tetap sama.

Maka masalah berulang tetap sama dan jawapan pegawai di dewan rakyat tetap perkara sama. 

Kelemahan, ketirisan dan rasuah boleh berlaku di mana-mana dalam proses pelantikan kontraktor projek.

Anwar membuat keputusan agar projek Rundingan Terus tidak lagi dibenarkan dalam Kerajaan Perpaduan. Pastinya ada pro kontra atas keputusan itu. Namun itu lebih baik kerana lebih ramai yang layak diberi peluang. Tahniah Anwar Ibrahim!


Arahan tender terpilih

Banjir terus melanda, ribuan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) malah bencana tanah runtuh berlaku di mana-mana mengorbankan jiwa.

Projek Tebatan Banjir bagi mengatasi masalah banjir perlu segera dibina. Tender terbuka bermakna perlu melalui masa yang panjang. Rundingan Terus bagi projek kecemasan yang sepatutnya bagus dan perlu pula mudah memberi keuntungan kepada kontraktor tertentu. Rasuah dan salah guna kuasa

Jadi apa pilihan kerajaan ada? Tender Terhad dan tender terpilih. Masa dipendekkan dan senarai syarikat juga mudah diperolehi. Penilaian tender hanya sehingga 5 hingga ke 10 syarikat.

Maka terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kewangan (MoF) menyegerakan proses tender terpilih projek pengurusan banjir bernilai RM15 bilion yang diluluskan pentadbiran terdahulu, tanpa melengahkan usaha menangani isu bencana itu di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, pelaksanaan projek melalui tender terpilih berjaya membawa penjimatan sehingga RM1.8 bilion kepada Kerajaan Persekutuan, berbanding secara rundingan terus tanpa tender.

"Peruntukan RM15 bilion rundingan terus tanpa tender, kosnya melambung, tapi dalam (tempoh) seminggu, saya arah Kementerian Kewangan runding semula dengan syarikat melalui proses tender terpilih, kos RM15 bilion itu dikurangkan. RM1.8 bilion dapat diselamatkan.

"Bayangkan RM1.8 bilion boleh diselamatkan daripada projek RM15 bilion. Ini isu tatakelola baik, pimpinan harus pastikan jangan ada ketirisan, bukan soal politik, tetapi soal rakyat. RM1.8 bilion kalau dipulangkan kepada penjaja bayangkan. Itu contoh saja," katanya.

Namun tender terhad dan terpilih tetap ada risikonya. Ketirisan dan rasuah sangat mudah dilakukan untuk dua perolehan ini.


Tender Terpilih dan Terhad juga mudah diselewengkan

Satu pengajaran dari pelaksanaan tender terhad dan terpilih ialah ketika Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bagi mempercepatkan Program National Key Result Area (NKRA) Jalan Luar Bandar (JALB) tahun 2010, 16 projek permulaan projek tender terhad diluluskan membuka kepada berpuluh-puluh lagi tender terhad dan terpilih ketika itu. Semuanya atas justifikasi mempercepatkan projek demi keperluan rakyat.


Antara dokumen yang tular - 16 projek ini kebanyakan kontraktor tak layak malah
ada syarikat daripada Semenanjung hanya sebagai wayang

Semua syarikat berpakat. Setiap kontraktor masuk tender. Beli borang dan isi dokumen tender.
Harga pula tidak jauh beza. Satu syarikat mengawal 9 syarikat lain. Setiap syarikat dibayar token

 

Lebih teruk ketika itu tender terhad JALB, bagi kategori CIDB G8 bagi kerja kontrak nilai bawah RM10 juta juga boleh diluluskan oleh Lembaga Perolehan A Kementerian KKLW tanpa perlu perakuan MOF. Kerana terlalu banyak bermasalah termasuk nilai projek melebihi RM 10 juta tetapi kelulusan Lembaga Perolehan A KKLW sebagai kelas G8, MOF menarik balik kebenaran KKLW memberi kelulusan Lembaga Perolehan A bagi tender terhad dan wajib diperakukan MOF semula.

Contoh Kes Jalan Kangkau (Langkau)- Narambai, Ranau Sabah projek bawah RM10 juta tetapi dinaikkan RM16 juta!.


Lihat kesan kontraktor berpakat harga dan dikawal oleh kontraktor kroni utama

 

14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti
Isu kontroversi 2017. Tapi Shafie direman 14 hari dan dilepaskan, adiknya Yusof
selamat dan kini jadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Apa jadi? Shafie Apdal, adik-beradik dan keluarganya kaya raya kerana kelemahan tender projek itu. Tender jenis ini mudah diseleweng apabila 10 syarikat dipilih dikawal oleh  satu kontraktor utama. Siapa dapat projek pun tetap dikawal oleh satu kontraktor. 

Lantaran itu SPRM menyiasat Shafie Apdal dan adiknya apabila menguasai 14 syarikat menyeleweng dana KKLW.  Kes rasuah Shafie dan keluarganya pernah tular sebelum ini. 

 [ARTIKEL BERKAITAN- 14 Syarikat adik Shafie Apdal beri wang RM48 juta dikenal pasti ]

Begitu juga Tender Terpilih yang dipilih daripada 5 syarikat. Kemungkinan berlaku pakatan harga sesama 5 syarikat yang dipanggil menyertai tender. Atas kertas cantik namun mudah diseleweng.

Gambarajah: Jenis-jenis tender

 

Inilah yang berlaku kepada Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan yang dokumennya tular baru-baru ini dikaitkan bekas Menteri KASA Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau sehingga sanggup tidak mengaku tidak pernah menandatangani kontrak (SST).

[ ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta]

Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?

Mangkubumi dan monopoli tidak dapat dipisahkan. Kontraktor lain tak mahu masuk tender kerana
tahu pasti Mangkubumi yang akan dapat. Akhirnya syarikat yang dikait dengan Tan Sri Ir Zainudin Karjan seperti 
IDX Multi Resources Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, Menuju Asas Sdn Bhd juga yang dapat manfaat

Panggil tender terbuka tetapi yang sampai 10 syarikat miliknya. Dah jadi tender terhad atau terpilih. Syarikat lain tak mahu masuk tender kerana tahu Mangkubumi lebih berkuasa. Akhirnya Mangkubumi juga yang buat projek itu. Dan memandangkan syarikatnya monopoli maka tidak hairanlah kementerian, jabatan atau Menteri yang berkuasa kepada projek tebatan banjir mencadangkan Projek Rundingan Terus dibuat. Ini sama dengan kes kartel 'Dato' Adly' monopoli projek khususnya 'Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, selenggara bangunan kerajaan di Putrajaya dan Selangor.

Mangkubumi adalah kartel di Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) dan di KASA. Siasat kartel maka SPRM akan temui jawapan jika Menteri PAS tu turut menerima wang rasuah pilihanraya dari Mangkubumi Sdn Bhd. 

 



Kabel Mangkubumi ni besar kerana KSP tandatangan
projeknya berbanding SUB Perolehan saja

 

Elak ketirisan dan rasuah-rombak jabatan putuskan hubungan pegawai dengan kontraktor

Memandangkan jawatankuasa tender di kementerian secara teknikalnya dilaksanakan oleh jabatan berkaitan maka kementerian berkuasa memilih kontraktor terpilih menyertai tender. Maka Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Kewangan memastikan hanya syarikat yang benar-benar layak dipanggil. Bukan syarikat yang mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Begitu juga ahli jawatankuasa tender itu bukan sekadar wakil kementerian, JKR dan MOF tetapi juga seorang daripada pegawai SPRM bagi memastikan penilaian tender itu telus. Ini termasuk pegawai SPRM dalam jawatankuasa kecil teknikal dan kewangan.

Anwar perlu guna kuasa MOF

Anwar Menteri Kewangan perlu menggunakan kuasanya dalam Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) senarai syarikat yang diluluskan oleh Lembaga Perolehan Kementerian KASA disemak semula sebelum diperakukan syarikat yang lulus menyertai tender terpilih. MOF tentukan syarikat yang layak dan memastikan bukan kartel yang menguasai tender itu. Ini bermakna kementerian pelaksana projek tidak berkuasa kerana ditentukan MOF. 

Dalam masa sama jika Anwar dan MOF mahu menyelesaikan isu rasuah dan ketirisan hubungan kontraktor dengan pegawai perolehan MOF perlu dikerat terlebih dahulu. Sama ada SUB Perolehan dan pegawai mereka pasti mempunyai hubungan dengan kontraktor di luar. Begitu juga di kementerian-kementerian Menteri mempunyai kuasa merombak perjawatan seperti pegawai pembangunan, kewangan, ukur bahan dan lain-lain melibatkan terknikal. Jika semua baharu kontaktor kartel terpaksa bermula dari awal melobi projek. 

Ini kerana hubungan kontraktor dengan pegawai dalaman yang berakar umbi sejak sekian lama sukar menghalang gejala rasuah. Dokumen tender kementerian dari perakuan Lembaga Perolehan Tender Kementerian, laporan teknikal tender hinggalah Keputusan Perakuan Kementerian Kewangan juga mudah bocor.  Contoh kes ialah KSU di Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada Mei 2020. 

Jika dalam tender terbuka kontraktor boleh kuasai pegawai bayangkan jika tender terhad dan terpilih pastinya lebih teruk! sebagaimana kes Shafie Apdal di KKLW seperti di atas atau contoh seperti di bawah.

 

 

 

Oleh itu kebenaran dan kelulusan Anwar bagi Tender Terpilih atau Terhad adalah sangat bangus namun perlu dipantau dengan teliti kerana lebih mudah pegawai dan kontraktor menyeleweng cara ini. Mempercepat projek demi rakyat itu bagus namun jika menyebabkan ketirisan, rasuah dan monopoli projek sebagai mana yang berlaku di KKLW sejak tahun 2010 ia sangat buruk. JKR, JPS dan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan pastinya banyak projek segera yang perlu dilaksanakan menggunakan cara tender terpilih dan terhad.

 

 

 

3 Comments