Jasa BN Bina Hospital UMS manakala Warisan curi duit UMS RM43 juta!
22:03 Mar 01, 2018  |  By SabahKini2
Jasa BN Bina Hospital UMS manakala Warisan curi duit UMS RM43 juta!

BN lebih praktikal bantu rakyat Warisan pula punya sejarah merompak dahulu kemudian berlagak membela rakyat

KOTA KINABALU, 1 Mac - Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memiliki sebuah hospital pengajarnya sendiri  bernilai RM652 juta menjelang tahun 2021, kata Naib Canselornya Prof Datuk Dr D Kamarudin D Mudin.

Kamarudin berkata pembinaan hospital pengajar di dalam kawasan kampus utama UMS di sini, di atas tapak seluas 110,851 meter persegi itu, dilaksanakan melalui mekanisme perkongsian awam-swasta (PPP) dan telah bermula pada Disember tahun lepas.

"Hospital perubatan UMS ini telahpun diluluskan oleh kerajaan. Kontraktor pun telah dilantik melalui mekanisme yang dipanggil perkongsian awam-swasta (PPP). Konsesi selama 27 tahun dan hospital tersebut akan dibina dalam masa tiga tahun.

Pembinaan telahpun bermula pada bulan Disember tahun 2017. Insya-Allah, penghujung 2020 atau pada awal 2021, hospital tesebut akan diserahkan kepada UMS untuk dioperasikan sebagai sebuah hospital pengajar," katanya kepada Bernama.

Menurut Kamarudin projek berkenaan merupakan projek besar daripada kerajaan dan akan memberikan banyak faedah kepada penduduk sekitarnya, terutama di Sepanggar dan kepada Sabah dan negara amnya.

Katanya hospital berkenaan kelak akan menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang sangat bermutu dengan kos berpatutan atau kepada penduduk sekitarnya.

"Hospital ini akan mempunyai 400 katil tetapi telah dirancang dari segi struktur binaannya dan juga 'susun aturnya' supaya dia boleh 'mengembang' kepada hospital yang mempunyai kapasiti 1,000 katil," katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata apabila hospital berkenaan beroperasi kelak, pihaknya akan berusaha dengan gigih melaksanakan program bersesuaian untuk melahirkan doktor-doktor pakarnya sendiri.

"Kita (UMS) mula tawarkan kursus perubatan melalui Fakulti Perbatan kita pada tahun 2003 dan sekarang  ini ada bebepara orang alumni kita telah menjadi pakar perubatan dan pembedahan. Ada yang telah menyertai kita sebagai pakar di UMS. Insya-Allah kita akan menarik lebih ramai mereka yang berminat untuk sertai UMS," katanya.

Menurut Kamarudin pada masa ini, pihaknya turut menumpukan perhatian kepada program melatih pensyarah pelatih di universiti itu supaya mereka turut boleh menjadi doktor pakar perubatan.

Malah  kata Kamarudin, untuk peringkat awal sekiranya perlu, UMS juga akan bekerjasama dengan hospital-hospital yang terdekat di sekitar Sabah termasuk hospital antarabangsa yang terdapat di negeri ini untuk membolehkan hospital berkenaan menawarkan perkhidmatan perubatan dan kesihatan pakar.

Sementara itu netizen melihat semua ini adalah jasa-jasa dan kesungguhan BN. Bukan macam pembangkang macam Warisan mereka siap rompak duit UMS apabila pada november tahun lalu Dato' Seri Shafie Apdal Presiden dan Datuk Peter Anthony Naib Presiden Warisan disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan kontrak penyelenggaraan Universiti Malaysia Sabah oleh Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd bernilai RM43 juta.

Bagaimana Warisan mahu memerintah Sabah jika pemimpin mereka dalam Universiti pun mereka rompak? Rakyat Sabah bijak memilih pemimpin yang tulen bukan rakus seperti Warisan.

 

 

 

2 Comments