Isu jual Menara KL: Bekas Menteri nafi arah jual, Menteri KKD kata akan siasat
23:12 Dec 27, 2022  |  By SabahKini2
Isu jual Menara KL: Bekas Menteri nafi arah jual, Menteri KKD kata akan siasat

Konsesi Menara KL di sambung semula kepada TM Berhad namun TM memindahkan 10 juta saham Menara KL Sdn Bhd kepada syarikat rugi Hydroshoppe Sdn Bhd. Bekas Menteri nafi terlibat..Siapa pemilik Hydroshoppe Sdn Bhd? Menteri kata akan siasat.

Susulan tularnya pemindahan saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd kepada syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd bekas menteri komunikasi dan multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata dia tiada kena mengena dengan pemindahan saham Telekom Malaysia Berhad (TM) itu.

Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd ialah anak syarikat TM yang menguruskan Menara Kuala Lumpur yang menjadi tarikan pelancongan negara.

Annuar Musa sebagaimana dalam kenyataan media berkata berkata TM ialah syarikat tersenarai awam dan tidak memerlukan kebenaran menteri untuk memindahkan sahamnya.

“TM bukan bawah menteri komunikasi. Dia syarikat tersenarai awam,” kata bekas menteri itu.

Dia berkata demikian ketika menjawab soalan sama ada TM memerlukan kebenarannya sebagai menteri komunikasi ketika itu untuk menjual saham kepada pihak lain.

‘Tiada kena mengena dengan menteri komunikasi. Tanya TM, kalau syarikat untung RM25 juta kenapa mereka tak nak? Dan kenapa nak bagi orang?” tambahnya.


Konsesi TM di Menara KL di sambung

Portal ini membangkitkan isu konsesi TM yang telah tamat menguruskan Menara KL namun telah disambung semula oleh Menteri KKMM Annuar Musa.

Konsesi Menara KL ini sepatutnya ditender semula namun KKMM mengambil keputusan menyambung semula konsesi TM tapi mengambil langkah luar biasa memindahkan 10 juta saham Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd milik TM kepada syarikat bermasalah Hydroshoppe Sdn Bhd.

Penjualan saham itu menimbulkan tanda tanya memandangkan Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd adalah syarikat yang amat menguntungkan.

Persoalan timbul jika TM mahu meneruskan konsesi mengapa perlu memindahkan saham Menara KL Sdn Bhd kepada Hydroshoppe Sdn Bhd? Apa istimewanya Hydroshoppe Sdn Bhd?

Sumber mendedahkan kos selenggaraan bulanan lift Menara KL sangat tinggi. TM sendiri rasa terbeban apatah lagi syarikat tiada wang seperti Hydroshoppe Sdn Bhd. Apa yang berlaku sekarang Hydroshoppe Sdn Bhd syarikat kecil dan rugi telah menelan syarikat besar yang untung bersih RM25 juta setahun!.

Jika TM mahu menjual syarikat Menara KL Sdn Bhd mengapa tidak ditender secara terbuka kerana sudah tentunya nilainya lebih besar memandangkan asetnya saja bernilai lebih RM22 juta. Laporan-laporan berkaitan boleh di baca di sini;

[ARTIKEL BERKAITAN - Skandal KL Tower : GF siapa di Syarikat Hydroshoppe? Beli murah Menara KL Sdn Bhd RM3.8 juta dapat saham TM 10 juta!

Mengapa Hydroshoppe Sdn Bhd?

 

 

Kerana terlalu istimewa maka terdapat laporan mengaitkan syarikat Hydroshoppe Sdn Bhd milik kroni Annuar Musa.  

Dilaporkan selepas ini akan ada pendedahan lain terutamanya 4 konsesi bumiputera lain yang berpengalaman mahu mengambil alih Menara KL selepas konsesi TM tamat terutama penyewa premis yang sedia ada di Menara KL tetapi tidak diberi peluang. TM sanggup menggunakan namanya menyambung konsesi tetapi memberi kepada syarikat tidak cukup kelayakan menguruskan Menara KL. 

 

Respon Menteri KKD

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memandang serius berhubung isu penjualan saham Telekom Malaysia (TM) dalam Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB).

“KKD memantau rapat isu ini dan bersedia untuk memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa melakukan sebarang siasatan berhubung isu ini,” katanya.

Fahmi berkata dia telah menerima taklimat terperinci berkaitan konsesi pengurusan Menara KL daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada 14 Disember. 

Dia juga, katanya, akan menerima taklimat menyeluruh berhubung perkara itu daripada TM pada 3 Januari.

“Saya difahamkan bahawa konsesi pengurusan Menara KL kini dalam tempoh interim ketiga sehingga 31 Disember 2022 oleh Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd,” katanya.

Apakah kesudahan kes ini? Apakah SPRM akan menyiasat TM Berhad, bekas Menteri Annuar Musa?

 

 

 

 

 

 

Comment