Kejahatan Tommy dipatahkan, Shahrir Samad bebas kes pengubahan wang haram RM1 juta
10:01 Jan 05, 2023  |  By SabahKini2
Kejahatan Tommy dipatahkan, Shahrir Samad bebas kes pengubahan wang haram RM1 juta

Sebelum ini semua kertas pertuduhan tidak lengkap. Kini Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi FELDA itu.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan supaya Tan Sri Shahrir Ab Samad dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan pihak pendakwaan dan pembelaan bekas Pengerusi FELDA itu.

"Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan pendakwaan tidak diteruskan terhadap tertuduh dalam masa terdekat.

"Dalam keadaan sedemikian adalah wajar tertuduh dilepaskan dan dibebaskan, saya menggunakan peruntukan Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah untuk perintah itu," katanya.

Seramai 22 saksi memberi keterangan semasa perbicaraan.

Shahrir dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) atas dakwaan menerima RM1 juta daripada Najib Razak pada 2013 dan tidak mengisytiharkan jumlahnya kepada LHDN. Dana itu didakwa datang daripada 1MDB.

Pertuduhan politik

Pelbagai pihak melihat pertuduhan terhadap Shahrir Samad hanyalah sebuah serangan politik untuk mematikan karier Shahrir yang lantang mengkritik Tun Dr Mahathir PM ketika itu.

Sebelum ini Mahkamah Tinggi mendedahkan sikap bekas peguam negara, Tommy Thomas mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop, 35 dalam keterangannya mengaku berkata beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin pada 15 Jan 2020 untuk mendakwa bekas pengerusi Felda itu.

Menurut  Nurzahidah Yacob semuanya diarahkan oleh 'bosnya' Zamri Zainul Abidin Pengarah Bahagian Pencegahan Wang Haram (AMLA) yang bersekongkol dengan Lathefa Koya dan Tommy Thomas walau siasatan itu tidak lengkap.

[ARTIKEL BERKAITAN- Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!]

 Nurzahidah kantoikan Zamri Pengarah AMLA SPRM kertas ‘siasatan tak lengkap’ Tommy pula arah dakwa Shahrir!

1 Comment