Jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah jam 10.00 pagi esok
16:01 Jan 10, 2023  |  By SabahKini2
Jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka angkat sumpah jam 10.00 pagi esok

Surat bertarikh 10 Januari mengesahkan upacara angkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah pada rabu. Ada kejutan pada senarai kabinet baru nanti.

KOTA KINABALU: Satu upacara angkat sumpah jemaah Kabinet baharu Sabah dijangka diadakan esok, dipercayai selesainya pertemuan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri semalam.

Difahamkan, upacara itu akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu.

Melalui surat yang diterima oleh Sabahkini2 jemputan ke majlis itu yang diadakan 11 Januari (Rabu)namun belum ada senarai nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bakal mengangkat sumpah jawatan.

Menurut sumber jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya akan digantikan dengan pemimpin UMNO yang juga bekas Menteri Sabah sebelum ini dua jawatan menteri yang sebelum ini dipegang ADUN UMNO, selain beberapa jawatan Pembantu Menteri, bakal diganti muka baharu.

Jawatan Menteri dipegang UMNO sebelum ini ialah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, yang disandang Timbalan Ketua UMNO Sabah, merangkap ADUN Karambunai, Datuk Yakub Khan serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Arifin (Sukau).

Bagi jawatan Pembantu Menteri, ia membabitkan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Harun Durabi; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy serta Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain.

Difahamkan, beberapa ADUN UMNO kekal memegang jawatan menteri  seperti  Datuk Ir Shahelmey Yahya; Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya serta Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk James Ratib.

Beberapa ADUN UMNO yang menyokong Hajiji bakal mendapat jawatan baharu dalam Kabinet negeri.

Selain itu, difahamkan beberapa daripada tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah juga antara yang bakal mengangkat sumpah jawatan masing-masing esok.

PH Sabah dibawa masuk ke dalam Kabinet negeri itu berikutan sokongan mereka kepada kerajaan negeri, yang dizahirkan kepada Hajiji, baru-baru ini. Begitu juga Adun KDM dan bebas.

Kemungkinan juga seorang ADUN DAP bakal dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri bagi mengisi kekosongan kuota jawatan untuk mewakili masyarakat Cina atau bukan Bumiputera.

Ketika ini, DAP mempunyai empat ADUN iaitu Datuk Frankie Poon (Tanjung Papat), Phoong Jin Zhe (Luyang), Tan Lee Fatt (Likas) dan Jannie Lasimbang (Kapayan).

Di samping itu, Pengerusi PH Sabah, Datuk Christina Liew, juga dijangka diberikan portfolio dalam Kabinet negeri, mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Christina pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri serta Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri ketika pentadbiran kerajaan Parti Warisan (WARISAN) sebelum ini.

Hanya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai komponen PH Sabah yang tiada wakil dalam Kabinet baharu itu memandangkan parti berkenaan hanya ada seorang ADUN iaitu Datuk Ewon Benedick (Kadamaian).

Ia berikutan Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang sudah memegang portfolio Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dalam Kerajaan Persekutuan.

Hajiji sebelum ini memaklumkan telah menerima 44 SD ADUN Sabah namun sumber juga mendedahkan jumlah itu kini meningkat menghampiri 50 Adun susulan sokongan secara tersembunyi kepada Hajiji. Dijangka 6 lagi Adun Warisan keluar parti dan menyokong Hajiji.

 

5 Comments