Isu Ketua Menteri: Polemik perkara 6 (7) dan Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah
12:01 Jan 13, 2023  |  By SabahKini2
Isu Ketua Menteri: Polemik perkara 6 (7) dan Perkara 6(3)  Perlembagaan Negeri Sabah

Kes Musa Aman dan Shafie perebutan Ketua Menteri pun sebelum ini berkisar isu perkara 6 (7) dan Perkara 6(3). Namun akhirnya Musa Aman kalah di mahkamah dengan hujah itu. Kini Shafie gunakan semula isu perkara 6 (7) dan Perkara 6(3) untuk melawan Hajiji

Pada tahun 2018, saya mewakili Tan Sri Musa Aman dan behujah di hadapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam intepretasi betul, pemakaian dan operasi Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.

Bagi memudahkan rujukan, Perkara 6(7) menyebut: -

“For the purpose of Clause (3) of this Article, where a political party has won a majority of the elected seats of the Legislative Assembly in a general election, the leader of such political party, who is a member of the Legislative Assembly, shall be the member of the Legislative Assembly who is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly.”

Perkara (3) merujuk kepada Perkara 6(3) yang menyatakan: -

‘’The Yang di-Pertua Negeri shall appoint as Chief Minister a member of the Legislative Assembly who in his judgement is likely to command the confidence of a majority of the members of the Assembly and shall appoint the other members mentioned in Clause (2) in accordance with the advice of the Chief Minister from among the members of the Assembly.”

Isu di hadapan Mahkamah adalah samada perkataan ‘majoriti’ dalam Perkara 6(7) bermaksud pluraliti kerusi (nombor kerusi terbanyak) ataupun majoriti mutlak, iaitu lebih daripada separuh (50%).

Hal ini penting kerana berikutan daripada Pilihan Raya Negeri ke-14 (PRN14) Barisan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Musa telah memenangi 29 daripada 60 kerusi yang ditanding sementara parti-parti lain bila digabungkan memenangi 31 kerusi. (Dari kerusi lompat)

Jika perkataan ‘majoriti’ itu diambil faham sebagai yang paling banyak, Perkara 6(7) terpakai dan Tan Sri Musa akan dianggap ahli dewan yang berkemungkinan besar mendapat keyakinan majoriti daripada ahli-ahli dewan lain.

Namun jika ‘majoriti’ bermasud lebih daripada 50%, Perkara 6(7) tidak terpakai dan boleh diabaikan oleh Tuan Yang Terutama apabila menjalankan kuasa budi bicaranya di bawah Perkara 6(3) dalam memilih Ketua Menteri.

Saya telah berhujah dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat bahawa perkataan ‘majoriti’ itu membawa erti pluraliti kerusi ataupun majoriti kerusi = kerusi yang terbanyak.

Saya berhujah bahawa perkataan majoriti dalam Undang-Undang Pilihan Raya kita bermaksud yang paling banyak dan bukan lebih daripada separuh dan majoriti harus diberikan maksud yang sama dalam konteks Perkara 6(7).

Sebagai contoh, dalam satu pilihan raya, terdapat 3 calon bertanding, Encik A, Puan B dan Cik C dan berikut adalah keputusannya:-

Encik. A – 3000 undian

Puan B – 3700 undian

Cik C – 3300 undian

Keseluruhan undian diterima: 10,000

Di bawah undang-undang pilihan raya Malaysia, Puan B menang pilihan raya tersebut kerana dia telah menerima undian yang paling banyak. Namun, Puan B hanya menerima 37% daripada keseluruhan undian diterima – dalam erti kata lain, dia memenangi pilihan raya tersebut kerana pluraliti undian dan bukan daripada majoriti mutlak lebih daripada 50%.

Saya juga telah berhujah bahawa dalam sistem perwakilan demokrasi Westminster, majoriti dalam konteks tersebut sentiasa bermaksud yang paling banyak dan bukan majoriti mutlak.

Saya berhujah jika penggubal undang-undang berniat untuk memberikan maksud ‘majoriti’ sebagai majoriti lebih daripada 50%, perkataan majoriti mutlak semestinya telah digunakan semasa penggubalan.

Oleh kerana Perkara 6(7) terpakai susulan daripada pilihan raya Negeri, saya berhujah bahawa perkataan majoriti harus membawa maksud yang sama dalam undang-undang pilihan raya kita.

Walau bagaimanapun, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan saya.

Dalam Mahkamah Tinggi, Hakim Yew Jin Kee berpendapat seperti berikut:-

“Jika mahkamah ini bersetuju dengan hujahan plaintif yang bahawa perkataan ‘majoriti’ dalam perkara 6(7) bermaksud ‘majoriti relatif’ ataupun yang paling banyak… Jawapannya harus pada negatif

“sangat jelas bahawa tidak ada satu parti politik yang telah memenangi majoriti kerusi dewan yang ditanding dalam PRN-14 yang mana ketuanya boleh mengatakan dia berkemungkinan besar mendapat keyakinan majoriti daripada ahli dewan lain.” (Diterjemah daripada Bahasa Inggeris)

Tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Yew, saya membawa poin yang sama ke Mahkamah Rayuan yang mana Mahkamah telah sebulat suara menolak hujahan saya dan bersetuju dengan keputusan Hakim Yew.

Oleh itu, saya salah pada tahun 2018. Perkataan “majoriti” dalam Perkara 6(7) telah ditafsir oleh Mahkamah sebagai lebih daripada 50% kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sabah dan bukan kerusi yang paling banyak.

Jika hujahan saya betul dan Mahkamah bersetuju dengan saya, pada tahun 2020, Parti Warisan, yang telah memenangi 29 kerusi daripada 73 kerusi ditanding akan menjadi parti yang memegang kerusi paling banyak dan oleh itu Perkara 6(7) akan terpakai. Walau bagaimanapun, itu tidak berlaku.

Sebaliknya pada tahun 2020, Tuan Yang Terutama Tun Juhar, sebagai dirinya juga yang terpelajar dan peguam Sabah yang layak, telah dengan betul, dan dengan mengikut perlembagaan mempertimbangkan oleh kerana tiada satu parti politik yang memenangi lebih daripada 50% kerusi ditanding, Perkara 6(7) tidak terpakai.

Dengan begitu berteladan, Tun Juhar telah menjalankan kuasa budi bicaranya di bawah Perkara 6(3) dan teruskan untuk menerima angkat sumpah Datuk Seri Haji Hajiji Bin Haji Noor sebagai Ketua Menteri.

Kononnya Krisis Politikal

Saya ingin tahu mengapa sidang media Parti Warisan yang diadakan pada 7 Januari 2023, Datuk Seri Shafie Apdal berkata krisis political terkini adalah daripada salah Datuk Seri Haji Hajiji? Secara ringkas, berikut ada hujahan Shafie: -

(i)     Pada tahun 2020, Warisan mendapat majoriti kerusi susulan daripada PRN pada tahun itu dan Shafie sepatutnya diangkat sumpah seperti yang termaktub dalam Perkara 6(7) sebagai Ketua Menteri;

(ii)    Oleh kerana Hajiji kini adalah ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS0 dan GRS belum wujud pada tahun 2020, dia tidak lagi layak untuk menjadi Ketua Menteri seperti yang termaktub di bawah Perkara 6(3);

(iii)   Bahawa ‘tiada yang tahu samada dia (Hajiji) mendapat keyakinan majoriti’.

Kita lihat pada perkara (ii) terlebih dahulu. Datuk Seri Hajiji telah diangkat sumpah oleh TYT di bawah Perkara 6(3) pada tahun 2020. Seperti yang telah dinyatakan di atas, Perkara 6(7) tidak terpakai kerana tiada satu parti politik yang memenangi lebih daripada 50% daripada 73 kerusi dewan yang ditanding.

Perkara 6(3) tidak menyebut atau mempedulikan samada satu-satu ahli – sebagai Ketua Menteri – berkemungkinan besar mendapat sokongan dan keyakinan majoriti daripada ahli dewan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Tun Juhar secara sah telah menjalankan kuasa budi bicaranya pada tahun 2020 dan mengangkat sumpah Hajiji sebagai Ketua Menteri kerana Tun Juhar berpandangan bahawa Hajiji – sebagai Ketua Menteri – berkemungkinan mendapat sokongan majoriti.

Oleh yang demikian, kewujudan GRS pada tahun 2020 tidak relevan. Oleh itu, hujah Shafie bahawa Hajiji tidak mempunyai locus standi untuk menjadi Ketua Menteri secara ringkasnya tidak wajar kerana isu keyakinan dalam kalangan ahli dewan melibatkan pandangan individu setiap ahli dewan dan bukan pandangan parti politik yang mana mereka berkemungkinan adalah ahli.

Perkara 6(7) walau apapun, tidak akan terpakai selepas Ketua Menteri telah dilantik. Oleh itu, Shafie salah untuk mengatakan Perkara 6(7) terpakai hari ini kerana (i) pilihan raya negeri belum diadakan (ii) tidak ada satu parti politik di Sabah yang menang lebih daripada 50% kerusi dewan. Sekali lagi, hujahannya tumbang.


Melihat kepada perkara (i).

Warisan tidak memenangi majoriti daripada 73 kerusi ditanding pada tahun 2020. Sebaliknya, Warisan hanya memenangi 29 daripada 73 kerusi ataupun 39% sahaja. Mahkamah telah memutuskan bahawa perkataan majoriti seperti di dalam Perkara 6(7) bermaksud lebih daripada 50%. 39% bukanlah lebih daripada 50% dan oleh itu, hujahan Shafie yang mengatakan bahawa dia sepatutnya diangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada tahun 2020 adalah salah dari sudut perlembagaan dan aritmetik.

Tambahan itu, adakah Shafie mengatakan bahawa Tun Juhar pada tahun 2020 telah bertindak untuk melanggar Perlembagaan Sabah? Pada asasnya, hujahan Shafie adalah sepatutnya dia dan bukan Hajiji yang diangkat sumpah susulan daripada keputusan PRN 2020. Jikalau begitu, Shafie telah, secara terbuka menuduh Tun Juhar bertindak secara tidak berperlembagaan yang membawa kepada persoalan yang lebih besar. Jika Shafie berfikiran bahawa TYT adalah salah pada tahun 2020, mengapa dia tidak memulakan prosiding di mahkamah pada ketika itu dan melawan kesnya? Mengapa hanya menimbulkan kononnya keitidakabsahan ini sekarang?

Akhir sekali, perkara (iii): Hajiji tetap dengan kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan belum kehilangan sokongan majoriti daripada ahli dewan. Tidak ada bukti kehilangan keyakinan majoriti daripada ahli dewan dan jika Shafie ingin meneruskan isu ini, dia sepatutnya membangkitan hal ini dalam Dewan sendiri. Shafie tidak sepatutnya mengganggu TYT dalam perkara ini. 

Datuk Seri Masidi Manjum dalam kenyataan medianya yang bertarikh 6 Januari 2023 berkata: -

“Adalah penting bagi perlembagaan Sabah untuk Tuan Yang Terutama tidak ditarik dalam skema politik, bertelingkahan atau perebutan kuasa. Saya berharap, beberapa ketua parti politik melihan perkara ini dan memberikan penghormatan sewajarnya kepada TYT dan pejabatnya.

Oleh itu, praktis  baru-baru ini yang membawa Akuan Bersumpah yang telah ditandatangani ke Istana sebagai bukti terhadap keyakinan ADUN terhadap kerajaan adalah tidak diingini dan patut tidak digalakkan.” (Diterjemah daripada Bahasa Inggeris)

Saya amat bersetuju dengan kenyataan ini. Sudah tiba masanya untuk perkara mengenai keyakinan dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diselesaikan dalam dewan (DUN) dan bukan di Istana.

Kenyataannya adalah, ketidakpastian politik kini bukanlah disebabkan oleh Hajiji. Pergolakan politik hari ini disebabkan oleh pihak-pihak yang cuba menjatuhkan Hajiji sebagai Ketua Menteri pada 5 Januari 2020. Mereka yang terlibat kini sedang membuat-buat alasan tidak munasabah mengapa Hajiji tidak patut menjadi Ketua Menteri. Saya mengatakan, sudah tiba masanya untuk perkara ini berhenti. Datuk Seri Shafie adalah seorang ahli politik yang berkemampuan dan sepatutnya, Bersama dengan Bung Mokhtar sebagai timbalan setianya, mengambil kemudi sebagai ketua Pembangkang Sabah di Dewan.

Ini bukan sahaja betul dan mempromosikan kestabilan politik di Sabah, tetapi juga, sejajar dengan bagaimana sistem perwakilan demokrasi Sabah sepatutnya dan semestinya berfungsi.

 

Sumber asal

Tengku Datuk Fuad, Esq.
8 Januari 2023.

3 Comments