Shafie Goyang Adun Warisan Jumpa Hajiji arah 6 Adun lapor polis terhadap Sabahkini2
20:01 Jan 17, 2023  |  By SabahKini2
Shafie Goyang Adun Warisan Jumpa Hajiji arah 6 Adun lapor polis terhadap Sabahkini2

Buat 'Langkah Guling Hajiji' gagal, kini Shafie goyang bila Adun-adunnya berjumpa Hajiji. Dilaporkan ada yang Sign SD. Dah jumpa mestilah sokong Hajiji Ketua Menteri. Shafie pun tak tahu siapa Adun yang setia dengannya kini.

Shafie Apdal yang sepatutnya bertemu Anwar Ibrahim bergegas balik ke Sabah gara-gara sekali lagi info 6 adunnya menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Hajiji.

Nampaknya bukan Hajiji dan GRS yang goyang tetapi Shafie ‘pengguling’ dan pasukannya. Anwar Ibrahim nampaknya sudah memberikan jawapan No Shafie. 3 MP Warisan ada hati mahu menjadi 'Kingmaker' menggugut Anwar Ibrahim.

Sejak laporan 6 adun itu semalam Adun Kunak Norazlinah Arif paling awal menafikannya. Hari ini mungkin berita panas terus viral maka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Azhar Matussin dan Norazlinah Arif mengambil jalan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ia hanya untuk menghentikan persepsi atau sebagai amaran mengenai adun-adun Warisan bertindak di belakang tabir.

Sabahkini2 tidak akan menyiarkan laporan itu jika tidak mendapat sumber yang sahih susulan pertemuan pemimpin Warisan dengan Ketua Menteri Sabah. Shafie dan pemimpin Warisan tahu siapa yang berjumpa Hajiji. Mereka bimbang bila-bila masa Adun Warisan keluar kerana belum tertakluk dengan RUU Akta Lompat Parti.

Penafian pemimpin Warisan juga bukanlah kali pertama kerana semua laporan mengenai desas-desus mereka biasanya berakhirnya dengan adun-adun berkenaan keluar parti atau menyokong kerajaan dalam konteks ini Kerajaan GRS.

6 Adun Warisan tandangan SD sokong Hajiji bakal keluar parti?

Percayalah tak lama lagi akan ada berita mengejutkan mengenai sokongan Adun-adun Warisan ini. Seperti juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pangeran, Rina Jainal Adun Kukusan, Mohammadin Ketapi, Dr Yusof Yakub (Sindumin), Peter Anthony dan Juil Nuatim (Limbahau)  mereka semua keluar Warisan dengan desas -desus akhirnya menjadi benar.

Jika Shafie dan pemimpin Warisan tak takut mengapa gelabah? Shafie boleh jadi dalang menggulingkan Hajiji tapi takut dengan berita 6 adun sokong Hajiji.

Bagaimanapun Sabahkini2 melaporkan juga berita laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Azhar Matussin dan Norazlinah ini. Berikut laporan penuh yang diberikan kepada semua media.

 

Polis ambil tindakan portal ‘Sabahkini’, tuduh 6 ADUN Warisan sokong Hajiji Noor - Azhar

Polis perlu mengambil tegas terhadap pemilik Portal Online ‘Sabahkini’ selepas menyiarkan artikal beransur fitnah menuduh enam ADUN Warisan menandatangani dokumen Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Hajiji Noor. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Azhar Matussin berkata, kejadian ini bukan kali pertama berlaku namun portal Sabahkini masih beroperasi sekali gus menyiarkan artikal berunsur fitnah.

Katanya, beliau bersama enam ADUN menafikan terlibat menafikan  menandatangani SD sekali gus meninggalkan Parti Warisan (Warisan) dalam tempoh terdekat.

“Saya bersama enam ADUN tersebut termasuk, Chong Chen Bin (Tanjung Kapur); Assaffal Alian (Tungku); Norazlinah Arif (Kunak); Dr Daud Yusof (Bongawan), Mohamad Mohammarin (Banggi).

“Kami tidak pernah menurunkan tandatangan SD atau terlibat menyokong Hajiji Noor seperti dalam laporan portal ‘SabahKini’, katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azhar merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan (WARISAN) berkata, pihak polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) patut mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan perkhidmatan portal online ‘Sabahkini’.

“Laporan portal ini sangat tidak bertanggungjawab dengan sengaja menabur fitnah bagi memastikan rakyat percaya enam ADUN Warisan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS),” katanya.

Azhar berkata, beliau mewakili semua ADUN Warisan berada di belakang Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Afdal sekali gus kekal pendirian menghormati mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) lalu.

 

[NOTA: Kekal dengan mandat konon tapi diam-diam beberapa adun berjumpa Ketua Menteri]

20 Comments