6 Adun Warisan tandangan SD sokong Hajiji bakal keluar parti?
09:01 Jan 16, 2023  |  By SabahKini2
6 Adun Warisan tandangan SD sokong Hajiji bakal keluar parti?

Dilaporkan 6 Adun Warisan sokong Hajiji. Katanya bakal keluar parti, Begitu juga Adun PKDM dan beberapa lagi Adun BN tandatangan SD sokong Hajiji. Pelantikan Pembantu Menteri dan GLC negeri bakal dibuat. Kekosongan perlu diisi segera. Masih ada masa Adun

Kabinet Bahari Negeri Sabah sudah terbentuk 11 Januari lalu. ADUN Tanjung Keramat dari UMNO, Datuk Ir Shahelmey Yahya dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri III (TKM) Sabah dan Menteri Kerja Raya Sabah yang baharu menggantikan Bung Moktar.

Dua ADUN Pakatan Harapan (PH) iaitu Christina Liew (PKR) Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah dan Phoong Jin Zhe (DAP) dilantik Menteri Pembangunan Perindustrian manakala James Ratib dari UMNO sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat

Kemelut politik Sabah belum berakhir. Seperti kata Bung Moktar ‘Game Still on’. Masih banyak ‘move’ lain seminggu dua ini termasuk pertemuan kepada Perdana Menteri dan juga Zahid Hamidi TPM. Apakah BoboiBoy Bung mampu menukar Kerajaan Negeri Sabah sekali lagi kita lihat sama-sama.

Sokongan Hajiji meningkat

Menurut sumber sokongan wakil rakyat Adun Sabah kepada Hajiji terus meningkat. Bung Moktar dan Shafie Apdal hanya punya dua cara saja sekarang iaitu memujuk Anwar Ibrahim mengarahkan 7 Adun PH menyokong dan Zahid TPM mengarahkan Adun Sabah (Juga MP) kembali menyokong Bung. 

Jika gagal juga langkah atau pelan terburuk Bung dan Shafie ialah kekal membentuk kerajaan perpaduan yang sepatutnya digerakkan awal secara perundingan berbanding memilih menggulingkan Ketua Menteri. Pastinya Hajiji amat sukar untuk ‘U-turn’ membentuk kerajaan perpaduan memandangkan serangan Bung dan Shafie sebelum ini.

Setakat hingga kini  50 Adun Sabah telah menandatangani SD menyokong Hajiji.

Peter dan PKDM 'Bermuka-muka'

Datuk Peter Anthony Presiden Parti Kesejahteraan Demoktratik Masyarakat (KDM) pastinya menggigit jari susulan pengkhianatannya kepada Hajiji Pengerusi GRS itu. Sebelum ini bukan main Peter mengipas Ketua Menteri. PKDM mungkin akan kehilangan ADUN dan ahli parlimennya sekarang. Datuk Juil Nuatim ADUN Limbahau tidak akan bersamanya dan mungkin dua lagi Adun PKDM bertindak sama. Dilaporkan Riduan Rubin MP Tenom anak kepada Adun Kemabong turut menyokong Hajiji sekaligus bekas kerusi bebas itu tidak akan dimiliki PKDM. Pengkhianatan Peter sudah dijangka kerana sikapnya hanya untuk melepaskan diri dari kes mahkamahnya atau kesetiaannya kepada Shafie Apdal.

 
Inilah jawapan mengapa Peter dan PKDM tidak diterima menyertai GRS.
Kerana semua tahu Peter akan khianati Hajiji dan GRS.Tindakan menangguhkan penerimaan ke GRS adalah wajar
Sekarang tiba masa Hajiji menamatkan semua khidmat pemimpin PKDM dalam agensi dan GLC negeri

 

Adun BN berjumlah 17 orang kini berpecah dua. Dilaporkan lebih 10 orang bersedia menentang Bung Moktar. 5 Adun BN memang pasti menentang kini tak kisah jika mereka dipecat memandangkan Sabah belum melaksanakan lagi RUU Akta Lompat parti. Jika dipecat kerugian itu kepada UMNO sama ada di dun atau parlimen. Kerusi semakin kurang maka kedudukan UMNO BN akan lebih teruk. Setakat ini dua menjadi Menteri, seorang kekal pembantu menteri, seorang dilantik Pengerusi Qhazanah Sabah dan seorang lagi bakal dilantik pembantu menteri yang akan diumumkan nanti.

Adun BN lain jika lambat menyatakan sokongan disaat akhirnya ini mereka akan kehilangan jawatan pembantu Menteri dan jawatan GLC. 

Kekal kestabilan: Lima ADUN UMNO Sabah kekal pendirian sokong Hajiji

Wakil rakyat Warisan keluar parti sokong Hajiji

Desas-desus lama dan terbaru mengenai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Warisan keluar parti bukanlah rekaan. ‘Pokok tidak bergoyang tanpa angin bertiup’.

Susulan sokongan kepada Hajiji meningkat dilaporkan 6 Adun menandatangi SD menyokong Hajiji.

Kemungkinan besar untuk adun-adun ini keluar parti menyertai GRS sangat cerah jika Warisan mengambil tindakan untuk memecat adun-adunnya.

Presiden Parti Warisan Sabah Shafie Apdal sebelum ini terpaksa menafikan isu beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri Warisan bertindak keluar dari parti itu.

Beliau kekal dengan naratif lama Warisan kekal utuh dan dakwaan terdapat ADUN yang melompat dari parti, adalah tidak benar.

“Khabar angin dan cakap-cakap mengenai kononnya ada ADUN WARISAN yang mahu keluar parti ditimbulkan semula sebagai percubaan berniat jahat pihak tertentu untuk melemahkan dan menjatuhkan Warisan.

“Semua ADUN Warisan telah mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada parti.

Siapa Adun 6 Adun Warisan tandatangan SD sokong Hajiji? Atau bakal keluar parti?

Februari 2021 kecoh lebih 5 orang ADUN daripada Warisan Plus dijangka keluar parti dan menjadi Adun Bebas menyokong Kerajaan Negeri Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

 Enam lagi Adun Warisan keluar parti sokong GRS?

Antara Adun yang disebut-sebut ialah YB. Assaffal Alian, (Tungku), Mohamad Mohammarin (Banggi), Azhar Hj Matussin (Darau), Norazlinah Arif (Kunak), Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Dr Daud Yusof (Bongawan).

ADUN Darau, Azhar Matussin adalah pemimpin Warisan paling kerap dikaitkan dengan dakwaan keluar parti. Beliau dikatakan antara Adun yang menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Hajiji.

Azhar sebelum ini berkali-kali menafikan peranannya namun susulan pembentukan kabinet negeri khususnya jawatan pembantu menteri peluangnya tetap cerah. Adalah perkara biasa seperti sebelum ini semua Adun Warisan membuat penafian namun akhirnya keluar parti.

Tidak ada sesiapa pemimpin Adun  yang akan tahan untuk membayar gaji pekerjanya di kawasan. Gaji adun pasti tidka cukup untuk berbuat demikian. Ribuan ringgit dibelanjakan untuk Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).  Begitu juga keperluan peruntukan pembangunan dun. Rakyat pula hari-hari berjumpa YB meminta bantuan. 

Shafie Apdal pula hari-hari memberi harapan palsu kepada Adunnya kononnya usaha merampas kuasa dari Hajiji akan berjaya. Namun ia tidak semudah itu apabila Hajiji kekal direstui Ketua Menteri oleh Perdana Menteri. Hajiji juga sentiasa berjumpa dan menghubungi Perdana Menteri. 

Oleh itu dalam tempoh terdekat kita akan menyaksikan Adun-adun Warisan akan berpaling tadah daripada Shafie Apdal.

Agaknya siapa ADUN Warisan yang akan dilantik sebagai Pembantu Menteri? teka!

27 Comments