[VIDEO] 'Suri Rumah' demonstrasi tiada air di Sepanggar, Menteri KKR perlu rombak jabatan ‘skandal rasuah’ JANS
14:02 Feb 05, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] 'Suri Rumah' demonstrasi tiada air di Sepanggar, Menteri KKR perlu rombak jabatan ‘skandal rasuah’ JANS

Demonstrasi bantah tiada air berlaku lagi di Sepanggar. Salah siapa?Tiada lagi semuanya salah JANS. Selagi pegawai JANS masih dipenuhi budak-budak 'Edward Lingkapo' selagi itu masalah JANS tak selesai. Ada rasuah baru pegawai JANS bekerja.

Masalah air di Sepanggar terus berlaku lagi. Tular video baru-baru ini sekumpulan suri rumah dari rumah PPR Taman Bukit Setia Sepanggar mengadakan  demonstrasi kerana ketiadaan bekalan air lebih 3 hari yang menyebabkan para suri rumah itu mengamuk. Setiap tahun di Kota Kinabalu sahaja lebih 2400 aduan bekalan air. Aduan di kawasan Sepanggar saja cukup banyak.

Dari Peter Anthony Menteri Warisan sebagai Menteri Pembangunan Infrastruktur di sambung lagi Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri dan kini Datuk Shahelmy TKM yang juga Menteri Kerja Raya isu air di Sepanggar atau sekitar Kota Kinabalu tetap berlaku.

Setahun berlaku beberapa kali..

 

Demonstrasi Suri rumah...

Namun selepas video demonstrasi itu tular lori air dihantar ke Taman Bukit Setia..


Semalam lori air datang hantar bantuan selepas demonstrasi suri rumah


Mengapa agaknya berulang secara kerap?

Tukarlah 100 Menteri JKR pun kalau pegawai atau jurutera Jabatan Air Negeri Sabah Kawasan itu orang sama atau bekas budak-budak “Edward Lingkapo’ bekas Pengarah JANS sampai kiamat isu air Sepanggar tidak akan selesai.

Sekalipun sebelum ini sejak tahun 2021 Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor mengarahkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diarahkan menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menangani masalah gangguan bekalan air di kawasan Sepanggar dan Menggatal dengan serta merta namun tetap berulang.


Sindiket atau ‘Budaya Rasuah’ Pegawai JANS

Di JANS tiada rasuah maka tiadalah kerja. Tiada kerja maka tiadalah air. Peruntukan tahunan berjuta-juta tapi air tetap tak ada. Apa sebenarnya mereka buat? rasuahlah punca JANS teruk.

Mesyuarat  Jawatankuasa  Antirasuah (JAR) Peringkat Kebangsaan siri 6 Bil 2 tahun 2021 merekodkan Jabatan Air Negeri Sabah diranking ketiga dalam tahap rasuah perkhidmatan awam di Sabah bagi tahun 2020.

Baru-baru ini dalam Perbicaraan kes rasuah Bekas Pengarah Jabatan Air, Ag Mohd Tahir Mohd Talib mendedahkan rasuah yang bersarang di Jabatan Air Negeri Sabah bermula dari Kementerian, Pengarah, Jurutera Air Bahagian (JAB) sehinggalah ke Jurutera Air Daerah. Nama-nama Jurutera daerah juga disebut malah diserbu SPRM sebelum ini.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal Jabatan Air Sabah: Teo dedah sistem kutipan komisen rasuah untuk Menteri, Pengarah, Jurutera air

Skandal Jabatan Air Sabah: Teo dedah sistem kutipan komisen rasuah untuk Menteri, Pengarah, Jurutera air

Teo Chee Kong bekas Timbalan Pengarah sendiri mendedahkan kes itu di Mahkamah Khas Rasuah.

Teo Chee Kong mengesahkan Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalang di belakang sistem kutipan berpusat komisen "sumbangan" dikutip daripada kontraktor jabatan air atau pembida yang Berjaya. Ia sebuah kutipan rasuah praktik sejak 1989 di jabatan air.

Beliau mengaku dari 1998 hingga September 2003, beliau telah mengumpul wang (mengambil rasuah) daripada syarikat yang sudi menyumbang dan menyerahkan kutipan kepada Pengarah (lima peratus), Juruukur Bahan (tiga peratus), Ketua Jurutera Air, seorang akauntan (satu peratus).

Skim itu kemudiannya disusun semula oleh Ag Mohd Tahir Mohd Talib dengan sumbangan rasuah 10.75 peratus kepada kontraktor terlibat. Pembahagian komisen rasuah itu seperti berikut;

 

Agaknya rasuah komisen sekarang masih 10.75%

Rasuah komisen sudah menjadi budaya di JANS. Bukan menghairankan. Pegawai akan melakukan apa saja untuk meluluskan projek. Mereka akan mencatu air dan membuat pembelian khas untuk melantik segera kontraktor berbanding menyelesaikan masalah di stesen atau loji.

 

Apa pegawai JANS buat sekarang?

Ketika Ir Edward Lingkapo sebagai Pengarah JANS dia memang seorang yang berani mengarahkan pegawainya. Melalui  surat JANS/HQ (P&B)400-8/1/4JLD.6(283) bertarikh 28 Julai 2021 beliau mengarahkan Ketua Penolong Pengarah, Jurutera Air Daerah dan Pegawai Kerja Air Daerah meneruskan pemanggilan Sebutharga tanpa mengikut peraturan kewangan AP 54 Kuasa Membelanja Peruntukan (KMP) oleh Pegawai Pengawal.

Sekalipun dianggap budak Peter Anthony beliau tetap kekal sebagai Pengarah JANS sehingga berpencen. Kini Edward dilapor menyertai beberapa kontraktor untuk melaksana projek bekalan air di Sabah.

AP 54 mesti diluluskan Kementerian Kewangan terlebih dahulu. Tapi Edward melakukan belanja dahulu kelulusan MOF kemudian. Maka kenyanglah kontraktor kroni kawasan meminta projek nanti. Dalam ertikata lain MOF pun tak tahu apa projek JANS lakukan atau bina. Buat dahulu kemudian saja kelulusan MOF. Katanya ini bukan amalan biasa hanya untuk menampung tunggakan bayaran AP 58 (a) sejak 2015.

Pandemik Covid-19 datang maka permohonan AP55 Darurat. Kementerian Kewangan Pusat atau Sabah mesti luluskan kalau projek nampak terdesak. Lebih teruk ada pendemik atau tidak AP54 dan AP55 terus dilaksanakan. Yang penting bagi projek kepada kontraktor kroni dahulu. 

Masalah Jabatan Air Negeri Sabah bukan sahaja di ibu pejabat tetapi cawangannya seluruh negeri Sabah. September 2021 Jabatan Air Negeri Sabah sendiri mengaku telah melaksanakan catuan berjadual kepada pengguna di beberapa kawasan utara Kota Kinabalu bagi memberi laluan bekalan air kepada penduduk terjejas.

Alasan JANS jumlah pengeluaran agihan bekalan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Telibong 1 dan 2 ialah 164 JLH namun kekurangan sebanyak 49 JLH (30%) yang memberikan kesan yang besar kepada pengguna bekalan air di kawasan tersebut. Ini alasan paling klasik untuk membuat catuan apatah lagi kalau loji atau peralatan bermasalah. 

Jika Pengarah JANS yang baharu ini Baharuhom Bin K.K. Sogon serupa Edward Lingkapo maka isu air di Kota Kinabalu atau Sepanggar tak akan selesai. Edward Lingkapo sibuk membuat projek ratusan juta termasuk projek Land Swap untuk membina pejabat baru JANS kontraktor kroni terowong. Jika projek dan rasuah jadi keutamaan maka berlakulah lagi demonstrasi bukan saja dari suri rumah dan kini mungkin rakyat lain lagi. 

Diharap  Datuk Ir. Shahelmey Yahya Menteri Kerja Raya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah menstruktur semula Jabatan Air Negeri Sabah dan juga jabatan lain jika tidak mahu situasi berulang dari zaman Peter Anthony, Bung Moktar dan kini Shahelmey sebagai Menteri KKR. Putuskan rantaian rasuah yang jadi budaya di JANS libatkan  Pengarah, Timbalan, Ketua Jurutera Air Operasi Selenggaraan, Ketua kewangan JANS, Bahagian Akaun, jurutera daerah hinggalah di KKR.

 

 ARTIKEL MENGENAI  JANS SEBELUM INI

18 OGOS 2019: Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

10 JULAI 2020 : SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B?

10 OGOS 2021 : Dulu direman SPRM, Edward Lingkapo Pengarah bakal lingkupkan Jabatan Air Sabah?

11 OGOS 2021 : Kantoi lagi! Edward Lingkapo 'Kawtim' Syarikat Terowong Pulau Pinang projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS

10 SEPT 2021: Rakyat Sepanggar derita tiada air, Edward Pengarah sibuk Projek 'Land Swap' Ibu Pejabat JANS ratusan juta milik kroni!

 

4 Comments