Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre
23:02 Feb 16, 2023  |  By SabahKini2
Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

Dato’ Stephen Sim 'Butler' atau orang kanan Hamzah Zainudin bekas Menteri KDN direman SPRM. Turut direman Syed Abu Zafran (Dataprep) dan MD Asia Coding Centre, Hep Kim Hong. Rasuah RM15 juta! Apakah Hamzah bakal diheret sekali?


Akhirnya 'Butler' Hamzah Zainuddin direman SPRM

Pendedahan Sabahkini2, 27 Januari lalu mengenai ‘butler’ yang juga orang kanan Datuk Seri Hamzah Zainudin bekas Menteri KDN,  Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad meminta rasuah RM15 juta daripada Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd berhubung projek Rundingan Terus Pembinaan Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM) bernilai RM420 juta akhirnya terungkai hari ini selepas tangkapan SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre]


Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah syarikat iaitu Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam, Syed Abu Zafran Syed Ahmad dan Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Menurut sumber, ketiga mereka ditahan kira-kira pukul 8.30 malam semalam selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM, Putrajaya.

Suspek pertama ialah Pengarah Syarikat Asia Coding melobi projek pembinaan itu, manakala dua lagi iaitu Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad menerima rasuah RM15 juta yang kononnya diserahkan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Hep Kim Hong hanya mangsa keadaan dia membayar RM15 juta kerana diarah oleh  Dato’ Stephen Sim kononnya atas permintaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin. Di harap Hep Kim Hong menjadi saksi utama kes ini. 

Mangsa: Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd

 
Syarikat Hep Kim Hong Asia Coding Centre Sdn Bhd yang
di 'pau' oleh Stephen untuk Hamzah Zainuddin

Perintah reman selama tiga hari bermula hari ini hingga 17 Februari 2023 dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas SPRM membuat permohonan itu di Mahkamah Majistret Putrajaya tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sebelum ini kecoh dakwaan akaun Parti PPBM yang dibekukan dengan jumlah yang luar biasa daripada sumbangan kontraktor yang ditahan SPRM.

Tangkapan juga dibuat kepada dalang projek rundingan terus RM92.5b, Adam Radlan sepupu kepada Datuk Muhamad Adlan Berhan menantu Tan Sri Muhyiddin yang kecoh projek rundingan terus sistem imigresen RM1.16 bilion melalui syarikat Iris Information Technology (Iris) dan S5 Holdings Incorporation (S5).

Apakah tangkapan Dato’ Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad akan mengheret Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana wang rasuah RM15 juta diberi Asia Coding dimasukkan dalam kereta Dato’ Stephen Audi 8 no pendaftaran RL 8282 pada julai 2021 digunakan atas alasan pembelian pejabat mewah Parti Pribumi Bersatu di Block D Publika?

Semoga SPRM memanggil Datuk Seri Hamzah Zainuddin sekali untuk mengesahkan beliau terlibat atau ini hanya angkara ‘butler’ kesayangan Hamzah Zainuddin.

 

20 Comments