Mengapa Warisan meroyan? Projek pelancar roket 'SLIC' pelaburan swasta bernilai RM1.5B bukan guna dana kerajaan!
10:02 Feb 18, 2023  |  By SabahKini2
Mengapa Warisan meroyan? Projek pelancar roket 'SLIC' pelaburan swasta bernilai RM1.5B bukan guna dana kerajaan!

SLIC adalah projek penswastaan yang semua kosnya ditanggung syarikat swasta SSSB. Ia satu pelaburan melibatkan RM1.5B dan tiada satupun dana kerajaan digunakan. Setakat ini baru kajian kebolehlaksanaan yang kos juga ditanggung swasta. Kenapa meroyan?

Sejak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah mengumumkan kajian bagi kemudahan pelancaran ke angkasa lepas atau Space Launch Industrial Centre (SLIC) nampaknya membuatkan pemimpin Warisan dan pembangkang meroyan tanpa henti dari mengetahui kebenaran projek sebenar. Keutamaan mereka sakit hati terlebih dahulu tanpa berfikir panjang. 

Mereka mempersoalkan tentang projek jalan, air dan kemudahan yang sebelum ini ketika warisan menjadi Kerajaan pun gagal melakukannya sebelum ini. Mengapa tapak pelancar roket, mengapa bukan projek jalan?

Ya Penubuhan Sabah Space Industry Corporation  (SSIC) dan Sabah International Space Launch & Industry Centre (SLIC) bukan seperti projek jalan, bekalan air, elektrik dan pembangunan lain yang jelas menggunakan dana peruntukan kerajaan.

SLIC merupakan projek dilaksanakan secara PENSWASTAAN (Privatisation) atau lebih tepat pelaburan (FDI) ke Sabah dari Syarikat Sovereign Sengalang Sdn Bhd (SSSB) dengan rakan urusniaganya dari luar negara dengan pelaburan bernilai RM1.5 bilion. Ini bermakna syarat-syarat penswastaan UKAS mesti dipatuhi seperti mempunyai modal berbayar yang mencukup melaksana projek ini. 

Di Sabah tiada syarikat yang akan melabur dalam projek pembinaan jalan berbilion ringgit melainkan jika dilaksana secara penswastaan (bertol) atau pembiayaan Sukuk seperti PDP Pan Borneo yang dibatalkan Warisan sebelum ini. 

Maka mengapa menolak penswastaan lain yang menguntungkan?

 

Maklumat projek penswastaan boleh di baca di sini;

 

 

Sedikit kesilapan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah mungkin hanya dari sudut penyampaian media sahaja seolah-olah projek ini dilaksanakan menggunakan peruntukan kerajaan tetapi hakikatnya ia penswastaan yang diluluskan Unit Kerajaan Awam Swasta (UKAS) bagi membawa pelaburan ke negeri Sabah.

Ini dijadikan bahan troll Warisan dan pengikutnya atau yang tidak mempunyai maklumat mengenainya.

Bukankah pelaburan dari negara luar ke Sabah bernilai RM1.5 bilion itu bagus? Tidak menggunakan pun duit Kerajaan Persekutuan atau Negeri semua diuruskan oleh syarikat konsesi.

Projek infrastruktur seperti jalan biarlah Kementerian Kerja Raya menguruskannya di Sabah tetapi KSTI sebagai sebuah kementerian menjalankan tugasnya termasuk manfaat pelaburan dari luar negara bagi pelaburan teknologi.

Pelaburan Syarikat Sovereign Sengalang Sdn Bhd (SSSB) dan rakan niaganya di Sabah adalah sama dengan projek pelaburan lain seperti SK Nexilis, syarikat Korea Selatan yang membina kerajang tembaga bagi pengeluar bateri kenderaan elektrik (EV), di Kompleks Perindustrian KKPI bernilai RM2.3 bilion tahun 2021. Petronas RM8.8 bilion, SOGDC bina ZLNG terbesar Sabah atau Pelaburan terbesar hampir RM20 bilion daripada  Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (ESTELL Sabah) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) bagi membina taman industri keluli hijau bersepadu di dalam kawasan SOGIP. Namapun pelaburan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sabah terima pelaburan hampir RM20 bilion melalui Projek Green Steel ]

Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor  januari lalu mengumumkan Kerajaan Sabah berjaya menjana hasil RM6.6 bilion dan rekod pelaburan bernilai RM33.4 bilion pada tahun lalu.

Bukankah semua ini bagus jika ada pelabur masuk di Sabah. Tidak bermakna isu infrastruktur jalan, air dan api tidak dilaksanakan kerana kunci pelaburan syarikat luar ke Sabah berbilion ringgit adalah kemudahan-kemudahan itu. Tiada kemudahan itu bagaimana pelabur melabur maka sudah tentu kerajaan Sabah membina selari infrastruktur itu yang turut memberi manfaat kepada kawasan setempat.

Syarikat pelabur juga boleh membina kemudahan di kawasan itu. Dalam pelaburan Sovereign Sengalang Sdn Bhd untuk kajian dan pembinaan SLIC adalah ditanggung sepenuhnya oleh SSSB termasuk tanggungan ke atas semua risiko pelaburan.

 

Pusat Pelancaran Roket Malaysia

Sejak oktober 2022, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengesahkan empat syarikat menunjukkan minat untuk terlibat dalam projek pembangunan tapak pelancar roket di Malaysia iaitu Tijian Galaxy Aerospace Consortium, Serba Dinamik, Nusa Space dan Sovereign (SSSB) yang telah bertemu dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) untuk membincangkan sama ada tapak pelancaran yang sesuai dapat dibangunkan di negara kita dengan tujuan untuk pertama tapak pelancaran, kedua pembangunan roket itu sendiri untuk membawa objek ke angkasa.

Pemilihan tapak pelancaran angkasa di negara kita bersesuaian kerana kita berdekatan dengan Khatulistiwa. Lebih-lebih lagi ia lebih murah berbanding negara lain jika dibina di Malaysia. Ini bermakna Malaysia lebih strategik!

Tetapi semua ini masih diperingkat kajian kebolehlaksanaan Agensi Angkasa Malaysia  (MYSA) meliputi trend teknologi di peringkat global dan rantau asia, pewartaan Safety Zone/Launch Corridor, logistik perhubungan,kos pembangunan, geopolitik, risiko dan keutamaan.

 

Mengapa Sabah?

Menurut maklumat tapak sesuai pelancar roket di Malaysia ialah 3 tapak di Negeri Sarawak dan 2 tapak di Sabah. Daerah Tawau dan Sandakan adalah lokasi yang paling sesuai setakat ini. Sama ada Sandakan atau Tawau pasti ia memberi impak kepada Sabah. Jika menjadi kenyataan, Sabah bakal menjadi lokasi ke-16 di dunia memiliki kemudahan pelancaran ke angkasa lepas.

Sekiranya di Tawau, sudah tentu Daerah Tawau yang tertinggal berbanding Kota Kinabalu mendapat manfaat apatahlah lagi pembinaan Nusahtara Indonesia bersebelahan saja dengan Tawau. Syarikat berlumba-lumba masuk ke Nusantara Kalimantan mengapa kita tak ambil peluang ini

Orang beri duit percuma, hanya perlu sediakan kemudahan tertentu oleh kerajaan negeri saja.

Jika Elon Musk mahu melabur di Indonesia projek aeroangkasanyanya, Kerajaan Negeri Sarawak mahu pelancar di Sarawak tetapi syarikat SSSB memilih Negeri Sabah bukan Sarawak atau mungkin Nusantara Indonesia

Menurut, Ezra Effendi. Timbalan CEO Sovereign Sengalang Sabah mempunyai kedudukan unik untuk menjadi kemudahan pelancaran kerana berdekatan dengan garisan khatulistiwa.

“Geolokasi di Sabah membolehkan ‘High angular velocity’ yang bermaksud melancarkan kapal angkasa dengan margin tambahan 20 peratus.

“Ini bermaksud ianya sama ada 20 peratus lebih murah, atau kita boleh menambah 20 peratus lebih banyak barang ke dalam kapal angkasa, berbanding dengan tapak lain misalnya di Eropah,” katanya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, berkata kajian kebolehlaksanaan itu adalah langkah pertama yang dilaksanakan selepas penubuhan Perbadanan Industri Angkasa Lepas Sabah yang sudah dipersetujui Kabinet negeri sebelum ini.

"Kita akan menubuhkan sebuah agensi yang dikenali sebagai 'Sabah Space Industrial Corporation' (Perbadanan Industri Angkasa Lepas Sabah). 

"Agensi ini akan bekerjasama rapat dengan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) bagi menjalankan inisiatif membangunkan sektor AeroAngkasa di Sabah.

"Cadangan ini sudah dibentangkan dan mendapat persetujuan Kabinet Negeri," katanya pada Majlis Amanat 2023 KSTI Sabah, baru-baru ini.

Sempena majlis itu, kementeriannya turut menyerahkan surat niat kepada Sovereign Sengalang Sdn Bhd yang akan memulakan kajian kebolehlaksanaan bagi melihat kesesuaian pembinaan Pusat Industri Pelancaran Angkasa Lepas Antarabangsa Sabah atau International Space Launch Industrial Centre (SLIC) di lokasi yang akan ditentukan nanti.

SLIC akan dapat memacu pertumbuhan antara 300 hingga 500 syarikat hiliran dalam industri aeroangkasa selain membuka lebih 90 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan kira-kira 5,000 peluang pekerjaan secara keseluruhannya serta limpahan dan kemakmuran ekonomi di Sabah.

"Sekiranya kajian ini membawa indikasi positif, insya-Allah Sabah bakal membina 'space launching facility' (kemudahan pelancaran angkasa lepas) yang ke-16 di dunia dan akan meletakkan nama Malaysia menjadi negara kesembilan yang memiliki fasiliti sedemikian.

Jadi mengapa Warisan dan pemimpin politik meroyan tak tentu pasal sehingga membawanya ke Dewan Rakyat? Bukan duit warisan atau duit kerajaan pun. Duit Swasta untuk kebaikan rakyat di kawasan juga.

Cuba buka minda sikit pelaburan industri angkasa, penubuhan SSIC dan SLIC di Sabah dari segi Space Electronics, commercial space launch service, satellite manufacturing dan carrier rocket pasaran global projek ini sekitar lebih USD 37 Bilion atau lebih RM170 bilion. Kerajaan negeri dan negara pasti mendapat impaknya

Sabah teranugerah tempat pelancaran roket yang paling sesuai Allah ciptakan di dunia yang boleh dimanfaatkan oleh negara dan rantau Asia Tenggara. Tak ambil pelaburan ini Sabah kerugian, negara juga tertinggal mungkin Nusantara Indonesia akan mengambil manfaatnya.

Cuba hujah YB Warisan guna data sikit baru tak nampak bodoh sangat..

 

 

 

22 Comments