Wan Saiful didakwa terima rasuah RM6.9 juta guna syarikatnya, Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin rasuah RM500,000
12:02 Feb 21, 2023  |  By SabahKini2
Wan Saiful didakwa terima rasuah RM6.9 juta guna syarikatnya, Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin rasuah RM500,000

Terbukti RM6.9 juta masuk ke syarikat Wan Saiful Wan Jan, WSA Advisory Group. Manakala Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin rasuah wang tunai antara 3.5 -7 % dan RM500,000 daripada MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd

Ketua Penerangan Bersatu merangkap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah berhubung dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Sehubungan itu, pemimpin PN itu memohon dibicarakan apabila pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, di hadapan hakim Azura Alwi.


Wan Saiful Wan Jan hadir di mahkamah sesyen

Bagi pertuduhan pertama, Wan Siaful didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek 'Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur' daripada kerajaan Malaysia secara pra kelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000.00

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.


Siapa kata Ketua Penerangan Bersatu tak ambil rasuah?
Bukti syarikat dan ke akaun syarikat milik Wan Saiful Wan Jan

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai 2022 hingga 30 Sept 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Wan Saiful diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Adam Radlan Adam Muhammad sepupu menantu Muhyiddin (Adlan Berhad)

Di mahkamah sesyen berasingan, ahli perniagaan, Adam Radlan Adam Muhammad sepupu menantu Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah rasuah berkait projek Jana Wibawa. 

Mengikut pertuduhan, Adam Radlan didakwa meminta suapan iaitu wang tunai antara 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Pengarah Urusan syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd Ir Mat Jusoh bin Mamat.  

Is sebagai dorongan untuk membantu syarikat itu mendapatkan surat setuju terima bagi projek di bawah program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.

Adam Radlan juga didakwa menerima suapan RM500,000 menerusi akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada individu sama sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi Projek Membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang bernilai RM47.8 juta.

Tertuduh yang juga Timbalan Ketua Bersatu Segambut, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Adam Radlan sepupu Menantu Muhyiddin

Sementara itu, hadir sama hari ini adalah beberapa pemimpin Bersatu, termasuk bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin dan naib presidennya, Radzi Jidin.


Selepas ini Hamzah, Muhyiddin dan menantunya Adlan Berhan pula..
Kita tengok siapa yang kena

Wan Saiful, dan Adam Radlan dilaporkan ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, malam tadi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin kepada Wan Saiful Wan Jan RM 400 ribu dan Adam Radlan RM120,000 dengan masing-masing dua penjamin dan diarahkan memenuhi syarat-syarat ditetapkan pihak pendakwaan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin sebelum ini juga mengesahkan dia  sudah memberi keterangan kepada SPRM mengenai projek Jana Wibawa dan mendakwa tidak kenal, tahu serta berjumpa dengan kontraktor Jana Wibawa termasuk Naza Group yang juga mendapat projek 'Central Spine Road pakej 2.

 

 

7 Comments