Rasuah Jana Wibawa: Adlan Berhan menantu Muhyiddin jamin sepupunya Adam Radlan kes rasuah RM500k, RM4.1 juta
19:02 Feb 22, 2023  |  By SabahKini2
Rasuah Jana Wibawa: Adlan Berhan menantu Muhyiddin jamin sepupunya Adam Radlan kes rasuah RM500k, RM4.1 juta

Didakwa terima RM500,000 dan kini RM4.1 juta daripada syarikat MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd dan syarikat Nepturis Sdn Bhd. Dilaporkan Adam Radlan dijamin sepupunya Datuk Adlan Berhan menantu Muhyiddin yang kontroversi

Ahli perniagaan sepupu Adlan Berhan menantu Muhyiddin, Adam Radlan Adam Muhammad yang didakwa semalam atas dua pertuduhan rasuah,  didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di Shah Alam atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Wan Saiful didakwa terima rasuah RM6.9 juta guna syarikatnya, Adam Radlan sepupu menantu Muhyiddin rasuah RM500,000]

Adam Radlan, 42, yang juga Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Mengikut pertuduhan, Adam Radlan sebagai Pengarah Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd menerima suapan RM2 juta melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikat itu daripada Lian Tan Chuan sebagai upah membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Ibu Pejabat Daerah Klang Utara, Selangor daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM141 juta.


Syarikat Bayu Bumiraya Sdn Bhd milik Adam Radlan

Tertuduh juga didakwa menerima suapan RM2.1 juta menerusi akaun sama daripada Pengarah Urusan MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd, Mat Jusoh Mamat, sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan projek membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia bernilai RM47.8 juta.

Adam Radlan didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Bhd cawangan Jaya One, Petaling Jaya antara 26 Nov 2021 dan 5 Jan 2023 mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai, menawarkan jaminan RM1 juta dengan empat penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

"Jaminan itu adalah munasabah kerana mengambil kira nilai rasuah RM4.1 juta walaupun tertuduh mungkin tiada risiko untuk melarikan diri.

"Syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap dua bulan dan pasport diserahkan kepada mahkamah," katanya.

Bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Datuk Seri Rajan Navaratnam, memohon jaminan RM300,000 bagi dua tuduhan terbabit.

"Anak guam ada empat anak yang berusia antara sembilan hingga 16 tahun dan perlu menjaga ibunya. Tertuduh tiada risiko untuk melarikan diri dan jaminan itu hanya untuk memastikan kehadiran ke mahkamah.

"Adam Radlan juga ada dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini yang memerlukan bayaran jaminan RM120,000, selain diarahkan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport," katanya.

Hakim kemudian menetapkan jaminan RM600,000 berserta empat penjamin dengan syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.

"Jika pertuduhan di Mahkamah Kuala Lumpur digugurkan, pasport tertuduh perlu diserahkan kepada Mahkamah Shah Alam," katanya.

Sebutan semula kes ditetapkan 14 April ini.

Semalam, Adam Radlan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan termasuk menerima rasuah berjumlah RM500,000 membabitkan projek sama.

Mengikut pertuduhan, ahli perniagaan itu didakwa meminta suapan iaitu wang tunai antara 3.5 hingga tujuh peratus daripada nilai projek yang akan diperoleh daripada Mat Jusoh.

Ia sebagai dorongan untuk membantu MIE Infrastructure & Energy Sdn Bhd mendapatkan surat setuju terima bagi projek di bawah program Jana Wibawa daripada Kerajaan Malaysia.

Adam Radlan juga didakwa menerima suapan RM500,000 menerusi akaun CIMB Bank Berhad miliknya daripada individu sama sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan surat sama bagi projek membina Jalan Sungai Adam ke Kampung Banat, Perlis daripada Kerajaan Malaysia secara rundingan terus yang bernilai RM47.8 juta.

Dilaporkan menantu Tan Sri Muhyiddin, Datuk Adlan Berhan yang menjamin sepupunya Adam Radlan sejak semalam

Adlan Berhad Menantu Muhyiddin datang kes
mahkamah sepupunya Adam Radlan

 


Adlan Berhan menantu Muhyiddin yang kontroversi

5 Comments