SPRM digesa heret bekas CEO FINAS Ahmad Idham, Lembaga Pengarah rembat RM4juta untuk adik-beradik, anak isteri
08:02 Feb 25, 2023  |  By SabahKini2
SPRM digesa heret bekas CEO FINAS Ahmad Idham, Lembaga Pengarah rembat RM4juta untuk adik-beradik, anak isteri

RM4 juta rugi projek gagal, RM3.25 geran 'Double' syarikat sama dan RM4 juta projek kepada BOD Finas yang dapat adik beradik, isteri, keluarga & Pegawai khas. SPRM perlu heret Ahmad Idham dan BOD yang jelas salah guna kuasa.

Isu skandal geran dana kandungan digital melibatkan Finas nampaknya tidak pernah berakhir. Tahun 2018 kecoh ketirisan dana FINAS berjumlah RM16 juta sejak 2013 hingga 2015. Menteri Komunikasi dan Ketua Pengarah FINAS silih berganti nampaknya bukan berkurangan tetapi semakin parah. Skandal ini pasti akan berterusan memandangkan peruntukannya mencecah lebih RM120 juta setahun. 

Pemberian dana kreatif tidak dijalankan secara telus mengikut sistem yang adil menguntungkan kroni dan lebih teruk diberikan kepada produksi ahli keluarga milik Lembaga Pengarah FINAS dan pegawai berkaitan dengan mereka.

Inilah yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021 apabila sejumlah RM184.20 juta Geran Dana Kandungan Digital (DKD) disalurkan kepada Bahagian Pembangunan Kandungan (BPK) K-Komm, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk diberi kepada Penerbit, penggiat industri, pengkarya, penulis, belia dan pelbagai pihak lagi.

Daripada 3 agensi KKD ini sejak 2016 hingga 2021 FINAS merupakan penerima terbesar peruntukan dan pembayaran DKD melebihi RM100 juta atau untuk tahun 2021 sahaja hampir RM25 juta.

Projek gagal siap

Banyak Penemuan Audit dalam Laporan Ketua Audit. Bagaimanapun nama-nama syarikat tidak disebutkan hanya nombor-nombor syarikat saja.  Antara perkara yang merugikan ialah apabila RM4 juta projek DKD tahun 2017-2019 gagal disiapkan melibatkan produksi ada nama.


Syarikat Go Asean Sdn Bhd- Projek Go Explore yang gagal. Lulus dana FINAS RM800 ribu.
Syarikat dah rembat RM600,000. Syarikat ini dibubarkan

Zyza Backy Pengasas syarikat Grande Myriad Multimedia Sdn Bhd gagal
menyiapkan projek PATRIOT dengan dana RM 1 juta tetapi rembat RM600,000
Perlu bayar balik kepada FINAS



Diterbit syarikat Belbis Sdn Bhd, Putera Makasar konon filem termahal. Mendapat dana RM1.10 juta namun gagal disiapkan. 
Telah rembat RM880 ribu. Perlu membayar balik dana dan diberi tempoh enam bulan.
Mohon ansuran bayaran selama 4 tahun.
Dia ingat ini Ah Long pemurah ke?

 


Shuhaimi Baba Pesona Picture.Siapa tak kenal pengarah ini. Namun Projek Regalia The Kings
Keeper  masih gagal disiapkan sejak 2017. Sepatutnya dah siap 2020 namun merayu dipanjangkan
sehingga 14 Mac 2023. Isunya boleh siap ke? Bajet FINAS lulus RM4 juta, namun Pesona dah ambik RM1.40 juta. 
Mudahnya mereka tak siap boleh tambah bajet dari FINAS

 

RM3.25 juta Pembayaran DKD sebelum projek terdahulu diselesaikan.
Syarikat gagal menyiapkan produksi tetapi diberi geran baru.

LKAN mendedahkan dua pemilik syarikat telah menerima DKD baharu walaupun projek sebelumnya masih belum diperakui selesai oleh FINAS. Mereka mendapat geran 'Double' dan bertindih. Persoalannya bagaimana ia diluluskan? Kabel besar kah? Arahan atasan ke? atau kawtim pegawai FINAS.Juga melibatkan produksi kayangan seperti adik Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Global Film Station Sdn Bhd, Global Station Sdn Bhd dan syarikat David Teo MIG Production bekas bos Ahmad Idham. 

 

 

Zaiton Mohd Jiwa Pengasas dua syarikat Global Station..Drama Suara Hati tahun 2020 dan
FILEM Padu tahun 2021. Hanya Kabel kayangan saja boleh dapat geran bertindih walaupun
satu projek lagi tak siap tapi dapat projek baru

Finas meluluskan RM600,000 kos drama ini.


Dikala FINAS kontroversi filem PADU Global Station dilancarkan. Kalau rakyat
Malaysia bukan Zaiton dan Global Station tak akan dapat projek geran bertindih


David Teo selain Metrowealth beliau dan isterinya Jane Lim juga pengasas kepada MIG Production Sdn Bhd
dan MIG Beats Sdn Bhd 
yang mendapat geran FINAS bagi
projek Alahai Pandir dan Salina pada tahun 2021. Bagaimana dia melakukannya? Kabel FINAS.

 

Mengapa semua ini berlaku di FINAS? kerana tiada tapisan dari Jawatankuasa Penilaian Teknikal dan Jawatankuasa Pelulus permohonan dana sehingga proses due diligence untuk menyemak nama syarikat dan nombor pendaftaran di SSM. Mungkin kerana dia kawan Ahmad Idham CEO FInas dulu maka dapatlah geran bertindih

RM4 juta dana DKD disalurkan kepada syarikat mempunyai kepentingan dengan Lembaga Pengarah FINAS

Ini adalah sesuatu yang paling menyakitkan. Atas apa alasan pun surat atau pemakluman pemberian geran dana DKD kepada syarikat milik Ahli Lembaga Pengarah FINAS atau keluarga mereka adalah sesuatu yang sangat salah. SPRM wajar menyiasat  Lembaga Pengarah FINAS yang dilantik tahun 2020- Mei 2022 ini begitu juga dengan CEOnya.


BOD FINAS 2020-Mei 2022: Zakaria Abd Hamid Pengerusi Ahli Lembaga Perbadanan Finas Timbalannya, Datuk Norman Abdul Halim
dan lima ahli iaitu Prof Datuk Razak Mohaideen, Datuk Norhyati Mohd Ismail, Ku Mohamad Haris Ku Sulong, Lina Tan Suan Jeu dan R Denes Kumar

 

Luar biasa kepentingannya

1.  VEEDU PRODUCTION SDN BHD- R.DENES KUMAR

Syarikatnya Veedu Production penerbit Pen-Girl Rock mendapat Geran Dana Kandungan Digital daripada FINAS RM500 ribu. 

2.  CURRENT PICTURES SDN BHD - KU MOHAMAD HARIS KU SULONG- RAIN TOWN 

Current Pictures dimiliki oleh Tunku Mona Roza isteri kepada  Ku Mohamad Haris Sulong ahli Lembaga Pengarah FINAS.
Mendapat dana FINAS RM2 juta.


Luar biasa: Suami bekerjasama dalam produksi dalam masa sama suami BOD FINAS

 

3. LINA TAN SUAN JEU- RED COMMUNICATION SDN BHD- SA BALIK BAJU

Syarikat Lina Tan Red Communication dapat surat tawaran dana RM200 ribu dari FINAS pada Julai 2020 ketika beliau
menjadi Ahli Lembaga Pengarah FINAS.  Sekalipun filem itu mendapat teguran LPF dan sebagainya dan masih dimiliki FINAS Lina Tan
menjual filem itu kepada Netflix pada Ogos 2021 dengan bayaran RM400 ribu (kontrak 10 tahun)
tanpa pengetahuan kelulusan FINAS. Dapat RM200 ribu jual kepada Netflix RM400 ribu lagi.

Lina Tan dalam siri jawapannya di media berkata syarikatnya mendapat projek di FINAS telah diambil maklum
oleh Lembaga Pengarah FINAS.

4. EY ENTERTAINMENT SDN BHD- AHLI LEMBAGA PENGARAH 4

 

EY Entertainment Sdn Bhd turut menerima RM100,000 untuk menerbitkan siri televisyen berjudul Kabut Semalam. Diarahkan oleh Faizal Karim ditayangkan di TV AlHijrah. Semakan lembaga pengarah dan pemegang syarikat ini ialah Wan Aiman ​​‘Idlan bin Wan Mazlan dan Muhamad Rosdin bin Nasarudin. Dikaitkan dengan Ahli Lembaga Pengarah 4 namun tidak dapat dipastikan siapa Lembaga Pengarah itu.


 

5. AHMAD IDHAM BIN AHMAD NADZRI - ALFANAZRA PRODUCTIONS SDN BHD- PENCULIKAN LEHA LAWA

 

Ahmad Idham merupakan CEO FINAS dan juga Lembaga Pengarah FINAS sejak 2019 hingga 2021. Projek Penculikan Leha Lawa RM600,000 menggunakan syarikat Alfanazra Productions Sdn Bhd milik adik beradik Idham, Ahmad Sabri bin Ahmad Nadzri and Ahmad Khalid bin Ahmad Nadzri. SPRM wajar menyiasat Ahmad Idham.

Satu lagi syarikat ialah   OHHSEM NETWORK SDN BHD milik PEGAWAI KHAS AHMAD IDHAM yang mendapat dana FINAS untuk projek DIARI SEORANG PENDOSA. RM 600,000 duit FINAS lesap. Tidak banyak maklumat mengenai syarikat Ohhsem ini yang dibelakangnya atas nama Zaharah binti Othman sebagai pengarah dan pemegang saham. Hubungannya mungkin dengan Pegawai Khas Ahmad Idham.

Sekalipun terdapat makluman dalam minit Mesyuarat Ahli FINAS tentang pemberian geran kepada Ahli Lembaga Pengarah namum ia tidak menghalalkan proses tersebut kerana seksyen 14, Akta 244 melarang anggotanya  mendapat geran DKD.

Oleh itu jelas terdapat penyelewengan dan salah laku daripada CEO FINAS hingga Lembaga Pengarahnya dan SPRM digesa menyiasat serta membawa mereka ke pengadilan. Ini jelas merugikan kerajaan dan salah guna kuasa yang sangat jelas. Membiarkannya menggambarkan SPRM tidak peka kepada persepsi rakyat. Jika tidak selepas ini peruntukan yang sama akan terus diganyang oleh BOD FINAS.

Seperti juga MDEC monopoli geran kepada 'Kartel Animasi' yang didedahkan sebelum ini hanya melahirkan beberapa syarikat animasi saja di negara ini.

 LAPORAN PENUH KETUA AUDIT NEGARA GERAN DANA KANDUNGAN DIGITAL 

 

 

1 Comment