Adun Petagas dan mungkin beberapa adun lagi mengumumkan keluar Warisan isnin ini. Satu persatu Adun Warisan mula menghancurkan Warisan
Sebagaimana yang didedah sebelum ini 3 lagi adun Warisan bakal keluar parti.
Nampaknya Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari dilaporkan bakal keluar Warisan 27 Februari jam 2 petang di The Palace Hotel Kota Kinabalu
Media juga turut dimaklumkan mengenai sidang media ini.
Perkembangan terbaru menyaksikan Datuk Awang Ahmad Sah Sahari yang juga Bendahari Agung Warisan menambahkan lagi koleksi adun yang keluar parti menjadikan 10 Adun keluar Warisan sekaligus menyokong Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor
Sebelum ini tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) WARISAN iaitu Mohammad Mohamarin (Banggi), Chong Chen Bin (Tanjong Kapor) dan Norazlina Arif (Kunak) mengumumkan keluar meninggalkan parti dan terbaru menyertai Gagasan Sabah
Apakah isnin ini Datuk Awang Ahmad Sah Sahari akan membawa bersama beberapa Adun Warisan lagi?