Datuk Roy’ direman 3 hari
15:03 Mar 14, 2023  |  By SabahKini2
Datuk Roy’ direman 3 hari

Datuk Roy dah direman 3 hari. Manakala ada laporan mengatakan rakan Datuk Roy Siti Dalena Berhan dan suaminya Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas cuba menipu abangnya Adlan dan Fakhari Yassin

‘Datuk Roy’ atau Hussein Nasir yang didakwa dalang dalam kes penipuan berkait program Jana Wibawa direman tiga hari.

Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman Hussein Nasir Khamis, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

‘Datuk Roy’ yang memakai baju lokap warna jingga hadir di pekarangan mahkamah kira-kira 10.30 pagi, diiringi beberapa anggota SPRM.

Peguam ‘Datuk Roy’ Fahmi Abd Moin memberitahu wakil media, anak guamnya menyerah diri di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 2.30 petang, sebelum ditahan pada 3 petang.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 iaitu atas kesalahan menerima rasuah.

Ahli perniagaan itu sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan rasuah.

Laporan sebelum ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya bernama Mohd Rasyidi Bin Mohd Said, dua invidu lelaki dan seorang wanita bernama Siti Dalena Binti Berhan, adik Adlan Berhan Menantu Muhyiddin pada Khamis lalu, kerana meminta dan menerima rasuah sebanyak RM400,000 bagi mengelakkan siasatan membabitkan kes program Jana Wibawa.

Terdapat dakwaan lain Siti Dalena Berhan dan suaminya Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas cuba menipu Fakhri Yassin boleh melepaskannya dari siasatan SPRM.

[ARTIKEL - SPRM siasat Fakri Yassin Mahiaddin buru ‘Datuk Roy’ rasuah RM400 ribu ]

 

 

 

 

Comment