Kos cetak buku RM3.9 juta ‘tak masuk akal’, pegawai terlibat kini KUKK Kementerian Wanita
08:03 Mar 18, 2023  |  By SabahKini2
Kos cetak buku RM3.9 juta ‘tak masuk akal’, pegawai terlibat kini KUKK Kementerian Wanita

Kos cetak buku RM3.9 juta dengan kos penghantaran RM100 ribu telah dibongkar tahun 2022. Kos buku mahal tetapi tidak dihantar pun ke sekolah. Lebih teruk buku dah dibayar tapi buku belum sampai ke kementerian. Pegawai KUKK ini kini dah berpindah ke KPWKM

 
Kredit Video: BHarian

15 Mac lalu bekas Menteri KPK, Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh membangkitkan isu projek pencetakan buku 'Mari Kenali Sawit'.

Teresa menggesa Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengaudit projek pencetakan buku itu yang kononnya diedar ke sekolah di seluruh negara.

Ahli Parlimen DAP itu tidak berpuas hati mengenai percetakan buku itu dan menyifatkan pelaksanaan projek kendalian Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) itu sebagai 'tidak masuk akal'.

Katanya, sebanyak 210,060 buku dicetak bagi kegunaan sekolah rendah, manakala 62,475 lagi versi sekolah menengah, masing-masing berharga RM13.30 dan RM19.30 seunit, membabitkan peruntukan hampir RM4 juta.

"Yang Berhormat tahu (perincian) kos percetakan sebab ketika pilihan raya kita memang buat pencetakan bahan publisiti.

"Bagaimana buku seperti ini boleh berharga RM13.30 dan RM19.30.

"Menteri perlu jalankan siasatan dan audit projek ini, adakah buku ini dihantar ke semua sekolah serta ke 144 Pejabat Pendidikan Daerah di seluruh negara," katanya yang juga Naib Pengerusi DAP.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 peringkat Jawatankuasa bagi KPK di Dewan Rakyat, rabu lalu.

Beliau turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara terbabit.

Pendedahan Sabahkini2

Pada 23 Februari 2022 Sabahkini2 telah mendedahkan RM3.9 Juta telah dibayar cetak buku ’Mari Kenali Sawit’, tapi buku lesap tiada penghantaran ke sekolah!

[ARTIKEL BERKAITAN- RM3.9 Juta telah dibayar cetak buku ’Mari Kenali Sawit’, tapi buku lesap tiada penghantaran ke sekolah!

RM3.9 Juta telah dibayar cetak buku ’Mari Kenali Sawit’, tapi buku lesap tiada penghantaran ke sekolah!

Kos cetak RM3.9 juta ditanggung oleh agensi KPPK, Malaysian Palm Oil Council (MPOC) namun dilaporkan tidak semuanya sampai ke kementerian.

Projek itu dilaksanakan oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) KPPK ketika itu Nor Ratna Sridewi Mokhtar dengan harga tidak masuk akal dan sangat menguntungkan pembekal. Reka bentuk dan kandungan buku yang dicetak juga sangat buruk! tidak sepadan dengan kos RM3.9 juta!.

Buku ini sepatutnya diberikan secara percuma kepada sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Malaysia namun ia tidak pernah pun dihantar ke sekolah-sekolah yang dimaksudkan. Ke mana semua buku itu?

Pembekal, pencetak dan penerbit buku ini ialah Syarikat Nukilan Unggul Sdn Bhd beralamat di Jalan Alam Damai 1 Damai 23, Cheras Kuala Lumpur. Pemilik syarikat ialah Khairul Hazamy Abd Ghani dan Shamsarizawati  Ahmad.

 

Lojik tak Projek cetak RM3.9 juta dengan kos penghantaran RM100,000 ke seluruh negara?

Perolehan ini dibuat secara rundingan terus atas arahan Menteri KPPK ketika itu Datuk Zuraida dan diselaraskan oleh KUKK Nor Ratna Sridewi Mokhtar.

Pegawai MPOC yang menyalurkan RM3.9 juta dilaporkan mengaku berlaku salah guna kuasa sama ada Zuraida atau UKK Nor Ratna Sridewi Mokhtar.Pegawai itu memaklumkan semua bayaran penuh dibuat oleh MPOC kepada pembekal namun ‘delivery order’ tidak dapat dipastikan.

Projek disiasat SPRM dan Nor Ratna Sridewi Mokhtar ditamatkan di Kementerian Perladangan dan Komoditi tetapi dengan menggunaka kabel TKSU beliau akhirnya kembali sebagai KUKK di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Bagaimana pegawai yang terlibat rasuah, sombong dan bongkak boleh dilantik semula Ketua Unit Komunikasi Korporat (KUKK) di kementerian lain? Bagaimana Dato' Sri Hajah Nancy Shukri Menteri KPWKM dan KSUnya Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff tidak dapat memeriksa identiti Ratna.

Hari ini Teresa Kok membangkitkan semula isu yang berlaku sejak tahun 2022 sudah tentu bakal mengheret Nor Ratna Sridewi KUKK KPWKM berhubung projek buku 'Mari Kenali Sawit' yang tidak masuk akal

SPRM tidur? atau sibuk Jana Wibawa saja. Kita lihat SPRM berani bertindak tak kepada Zuraida dan Nor Ratna Sridewi Mokhtar ni.

4 Comments