Bung engkar arahan Presiden UMNO Zahid Hamidi, Hajiji tetap KM Sabah
00:04 Apr 16, 2023  |  By SabahKini2
Bung engkar arahan Presiden UMNO Zahid Hamidi, Hajiji tetap KM Sabah

Pada 8 Mac lalu Presiden Umno Zahid Hamidi menasihatkan ahlinya di Sabah “tidak mengguris hati” rakan dalam kerajaan perpaduan negeri itu demi kestabilan politik namun Bung tidak peduli semua itu. Bung kekal tolak Hajiji dan GRS

Ada netizen berpendapat selagi Bung Moktar mengetuai UMNO dan BN Sabah pencapain parti itu tak akan ke mana jika bergerak solo atau mungkin bersama Warisan. UMNO BN tidak sekuat dulu. UMNO sudah kehilangan kawasan-kawasan KDM, hanya bergantung Kawasan bumiputra Islam yang berpecah. Kata mereka tak mungkin Bung menjadi Ketua Menteri Sabah dengan sikapnya itu. Beliau sesuai sebagai timbalan tetapi Ketua Menteri semua pun tahu kelayakannya.

‘Pai Ulung’ dalam stratagi pertamanya yang gagal menggulingkan Hajiji tidak pernah mengajarnya. Wal hal itu adalah kesilapannya. Dendamnya terus membara terhadap Hajiji.

Sekalipun pada 8 Mac lalu Presiden Umno Zahid Hamidi menasihatkan ahlinya di Sabah “tidak mengguris hati” rakan dalam kerajaan perpaduan negeri itu demi kestabilan politik namun Bung tidak peduli semua itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kekal hubungan dengan Kerajaan GRS, Zahid minta Umno Sabah jangan ‘guris hati’ rakan kerajaan perpaduan]

Seperti kata Bung pada 11 April lalu, Umno Sabah mengambil pendirian bertentangan dengan Barisan Nasional (BN) pusat untuk tidak menyokong kerajaan negeri GRS pimpinan Hajiji. Bung malah membetulkan Astro Awani menafikan menyokong Hajiji GRS sebagai Ketua Menteri Sabah.

Bung berkata, sehingga kini tiada sebarang resolusi ke arah pembentukan kerajaan perpaduan Sabah yang dicapai dalam perbincangan antara Umno-BN yang diwakili bekas timbalan ketua Umno Sabah, Yakub Khan.

Resolusi apa yang mahu dicapai? Kau yang langgar kemudian kau mahukan kerajaan perpaduan yang sepatutnya diselesaikan sebelum insiden penggulingan bersekongkol dengan Warisan. Luka itu masih dalam sudah tentu memulihkannya memakan masa.

Namun relevan kah lagi sokongan Bung Moktar sekarang?

Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Armizan Mohd Ali berkata pendirian Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin sama ada mahu menyokong atau tidak pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor sudah tidak relevan lagi kerana Hajiji tetap akan kekal sebagai ketua menteri Sabah.

“Saya fikir sokong atau tidak, itu hak Bung. Pada masa ini, beliau sokong atau tidak juga sudah tidak relevan.

“Hajiji tetap akan kekal sebagai ketua menteri Sabah tanpa sokongan Bung. Hajiji mempunyai sokongan majoriti Adun Sabah,” katanya

Dalam pada itu, Armizan berkata GRS mengalu-alukan sokongan semua pihak terhadap gabungan itu.

Beliau berkata buat masa ini Hajiji yang memimpin kerajaan GRS bersama Pakatan Harapan (PH) harus fokus untuk melipat gandakan usaha memberikan sepenuh komitmen untuk melaksanakan hala tuju Sabah.

“Daripada ‘pusing’ tentang pendirian Bung, lebih baik fokus langkah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negeri Sabah.

“Semua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ada hikmahnya pihak-pihak tertentu berada di luar kapal, apatah lagi setelah mereka sendiri memilih untuk cuba menenggelamkan kapal,” katanya.

Bung Moktar sendiri membayangkan akan bekerjasama dengan Parti Warisan dalam PRN nanti. Shafie Apdal juga membayangkan hasrat sama sebagaimana usaha penggulingan mereka sebelum ini.

Namun bolehkah Bung Moktar meneruskannya memandangkan Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Rahman Dahlan dan beberapa Ketua Bahagian lain di Sabah bertentangan pendapat mengenai usaha Kerjasama dengan Warisan.

Rahlan Dahlan pasti akan menentangnya dan sudah tentu kemelut dalaman UMNO Sabah akan bergolak semula.

 

 

2 Comments