MDEC buka 3 geran utama: Realiti atau rancangan monopoli kartel?
21:05 May 03, 2023  |  By SabahKini2
MDEC buka 3 geran utama: Realiti atau rancangan monopoli kartel?

Apakah geran yang dibuka MDEC kali ini realiti terbuka kepada pihak yang layak? atau ini semua wayang yang telah dirancang sebagai syarat sahaja dan yang dapat hanyalah 'kartel animasi' atau syarikat yang telah ditentukan oleh kroni pegawai lebih awal.

Dicelah kritikan dan serangan terhadap cara MDEC memberi geran sebelum ini khususnya pemberian monopoli ‘kartel animasi’ MDEC kini akan menguji ketelusannya selepas mengumumkan pembukaan 3 geran utama industri digital.

Setakat ini Lembaga Pengarah lantikan pro Tan Sri Anuar Musa telah dibuang. Menteri KKD Fahmi Fadzil juga telah melantik Pengerusi MDEC Baharu iaitu YB Syed Ibrahim bin Syed Noh Ahli Parlimen Ledang berkuatkuasa 1 April lalu.

Anak Shahrizat Jalil dan Irwan (orang kanan Anuar Musa) telah disingkir lebih awal

Tuan Syed Ibrahim Syed Noh mungkin berhadapan isu sama seperti sebelum ini namun penukaran KSU KKD Dato' Sri Haji Mohammad Bin Mentek kepada Datuk Mohamad Fauzi Md Isa satu langkah yang tepat menyusun semula MDEC.

Sepatutnya CEO MDEC, Mahadhir Aziz lantikan Anuar Musa ditukar sebagaimana rombakan BOD.


Tuan Syed Ibrahim (Dilantik), Mohammad Mentek (Sejuk Beku) dan Mahadhir Aziz (masih kekal CEO)

Memandangkan Dato' Sri Haji Mohammad Mentek jenis KSU yang melawan Menteri dan menganggapnya kanan maka amat sukar beliau mengekalkan kedudukan dalam keadaan sekarang memandangkan Sabah juga mempunyai pegawai kanan lain seperti Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi  Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Mohammad Mentek kini di ‘pool’ di pejabat JPA menggunakan alasan beliau pegawai kanan daripada Sabah kini tidak relevan lagi.

Tidak dapat dipastikan apakah panel penilai MDEC kali ini mereka yang berkepentingan dalam industri sebagaimana yang didedahkan sebelum ini. Misalnya daripada media prima tetapi beri projek kepada anak syarikat media prima atau individu yang sebelum ini dalam rangkaian 'Kartel Pegawai' seperti Mandeep Singh yang telah lama dilantik sebagai ahli panel tetap geran Dana Kandungan Digital MDEC. Jika ini tidak berubah maka semuanya hanya sia-sia.

Geran- Ketelusan pegawai MDEC

Pemberian geran MDEC 2023 merupakan ujian pertama ketelusan pegawai MDEC selepas kecoh sebelum ini. 

Apapun ia langkah baik MDEC. Kita akan melihat sama ada ‘kartel pegawai’ dan ‘kartel syarikat’ memainkan peranan penting dalam pemberian geran kali ini. Semuanya akan terjawab nanti. 

2 Mei lalu MDEC memaklumkan kepada media, permohonan baharu bagi tiga geran utama iaitu Geran Kandungan Digital (DCG), Geran Malaysia Digital X-Port (MDXG) dan Geran Pemangkin Malaysia Digital (MDCG) dibuka mulai hari ini (2 Mei) sehingga 1 Jun 2023.

DCG memfokuskan kepada pembangunan industri kreatif digital. MDXG pula bertujuan menyokong pengembangan syarikat teknologi tempatan untuk mempelopori pasaran antarabangsa manakala MDCG menyasarkan pembangunan teknologi dan inovasi yang berdaya saing.

DCG 2023 menyediakan empat cabang geran lain iaitu:
• Geran Projek Mini;
• Geran Pembangunan;
• Geran Produksi; dan
• Geran Pemasaran dan Pengkomersialan

Keempat – empat geran ini menawarkan geran bernilai RM150,000 hingga RM2 juta kepada syarikat, perusahaan, syarikat milikan tunggal atau perkongsian liabiliti terhad (LLP), yang melibatkan empat bidang kandungan digital iaitu animasi, permainan digital, komik digital dan teknologi kreatif.

MDXG menumpukan kepada syarikat tempatan yang membuktikan kesediaan untuk mengeksport produk, aktiviti atau perkhidmatan teknologi yang bernilai tinggi, inovatif dan mampan untuk pasaran global dengan tempoh projek maksimum selama setahun.

Manakala MDCG pula membantu syarikat teknologi terutamanya dalam merangsang penggunaan dan pembangunan penyelesaian lestari dan inovatif selari dengan sektor-sektor yang dipromosikan oleh Malaysia Digital (MD) berteraskan teknologi 4IR dengan tempoh projek maksimum setahun.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pengagihan geran tersebut penting bagi merealisasikan idea pemain industri kreatif dan meningkatkan bakatbakat tempatan dalam penciptaan kandungan digital. Ini termasuk manfaat hasil daripada kerjasama di peringkat antarabangsa dan sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara.

Ekonomi digital Malaysia telah mencapai 22.6 peratus bagi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2021 dan dijangka berkembang melepasi sasaran awal sebanyak 25.5 peratus menjelang tahun 2025.

Permohonan terpilih perlu menghadiri sesi pembentangan yang dijadualkan pada bulan Jun 2023.Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan pada bulan Julai 2023 tertakluk kepada jumlah permohonan yang diterima. 

 

3 Comments