Stephen Sim ‘Butler’ didakwa kes rasuah RM15 juta kaitkan Hamzah Zainudin Bekas Menteri KDN
18:05 May 10, 2023  |  By SabahKini2
Stephen Sim ‘Butler’ didakwa kes rasuah RM15 juta kaitkan Hamzah Zainudin Bekas Menteri KDN

Selepas pendedahan 27 Januari skandal Datuk Stephen Sim dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad meminta rasuah RM15 juta daripada Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd kini Dato' Stephen Sim didakwa..


BULETIN TV 3

 

Tahniah kepada Tan Sri Azam Baki yang disambung kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM selama setahun lagi. Ia mungkin tak lama namun banyak boleh dibuat dalam tempoh setahun itu. Azam perlu menyelesaikan semua kes pendakwaan pemimpin PN yang beliau lakukan sebelum ini. 

Hari ini seorang ahli perniagaan Datuk Seri Sim Choo Thiam  ‘Butler’ atau orang kanan Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan rasuah yang mengaitkan Hamzah Zainudin selaku bekas Menteri KDN

Dua artikel pendedahan Sabahkini2 sebelum ini 27 Januari dan 16 Februari 2023 mendedahkan skandal Datuk Seri Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad meminta rasuah RM15 juta daripada Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd berhubung projek Rundingan Terus Pembinaan Pelabuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ( APMM) bernilai RM420 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre

[ARTIKEL BERKAITAN-  Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

 Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

Wang rasuah RM15 juta ini merupakan wang rasuah untuk Datuk Seri Hamzah Zainudin yang diuruskan oleh Datuk Seri Stephen Sim  Choo Thiam. Bagaimanapun pendakwaan dibuat terus kepada Stephen Sim. Penahan reman Datuk Seri Stephen Sim  Choo Thiam pada 16 Februari lalu telah membongkar semua rasuah dan peranan Stephen Sim  Choo Thiam.

Dalam pendakwaan Sim Choo Thiam mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang berlaku dua tahun lalu.

Mengikut empat pertuduhan rasuah, lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu antara Jun (tarikh tertentu tidak disebut) dan 30 Julai 2021, sebagai dorongan untuk Hamzah Zainuddin, yang ketika itu menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional, untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd untuk mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sim dituduh meminta dan menerima rasuah daripada pengarah urusan Asia Coding Centre,  Hep Kim Hong, melalui seorang Syed Abu Zhafran Syed Ahmad orang kanan Tan Sri Muhamad Ikmal Opat ( Widad Group) yang merupakan pemilik Syarikat Data Prep Holdings Berhad  yang bekerjasama dengan Asia Coding Centre

Datuk Seri Stephen Sim  Choo Thiam dan Syed Abu Zhafran Syed Ahmad


Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd

 

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, dengan Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah yang terlibat atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika tertuduh didapati bersalah.

Selepas Sim mengaku tidak bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan dibacakan, Hakim Rozina Ayob menetapkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya serta melaporkan diri di ibu pejabat SPRM terdekat di Kuala Lumpur sebulan sekali.

Hakim juga menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib, manakala Sim diwakili peguam Low Wei Loke, Hannah Kam dan Kee Wei Lon.

 

3 Comments