Lombong emas tipu RM25 juta: Datuk Lo Fui Ming direman SRPM, Taikun balak Freddy Lim mahu rampas Bahvest Resources Berhad
19:05 May 21, 2023  |  By SabahKini2
Lombong emas tipu RM25 juta: Datuk Lo Fui Ming direman SRPM, Taikun balak Freddy Lim mahu rampas Bahvest Resources Berhad

Kisah tipu hasil lombong RM25 juta di Tawau adalah isu perang korporat antara Datuk Lo Fui Ming dan Taikun balak Datuk Freddy Lim Nyuk Sang. 25 Mei EGM singkir CEO tapi 18 Mei reman SPRM. Siapa tak kenal taikun kroni Datuk Freddy Lim Nyuk Sang?

Perang korporat antara Datuk Lo Fui Ming dan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang semakin parah menjelang 25 Mei 2023 permintaan mesyuarat agung luar biasa (EGM) daripada pemegang saham Syarikat perlombongan emas Sabah, Bahvest Resources Bhd untuk menyingkirkan tiga pengarah - Pengerusi Bukan Eksekutif Datuk Seri Dr Md Kamal Bilal, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Lo Fui Ming dan Pengarah Eksekutif Lo Teck Yong.

24 April lalu The Edge melaporkan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang Marlex Trading Ltd, Innosabah Capital Holdings Sdn Bhd, Yong Fen Yoo dan Chong Tzu Khen menuntut 3 pengarah diganti tiga individu lain dengan melantik Chong Tzu Khen (Pengarah Southsea Gold Sdn Bhd), Law Ngia Meng, dan Chong Mee Fah @ Frederick Chong ke dalam lembaga pengarah pada EGM yang dicadangkan pada 25 Mei nanti.

Pada 3 Mei Bahvest Resources Bhd berhadapan dengan tuntutan RM20.4 juta di atas dakwaan menduduki secara salah dan menceroboh tanah pajakan perlombongan Southsea Gold Sdn Bhd.

Sekalipun Datuk Lo Fui Ming Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bahvest memiliki 16.15% kepentingan dalam Bahvest dan Southsea Gold sebanyak 75% namun ia tidak menghalang Lembaga Pengarah Southsea Gold seperti Chong Tzu Khen (Budak Datuk Freddy Lim) menyaman Datuk Lo Fui Ming serta Bahvest Resources Bhd.

Lembaga Pengarah Southsea Gold Sdn Bhd antara lain ialah Datuk Osman Jamal bekas Adun Balung dan juga Bekas Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.  Beliau memainkan peranan untuk konsesi tanah perlombongan 948 hektar ini. Mungkin atas jasanya maka dilantik sebagai Pengarah syarikat.

 


Datuk Osman Jamal bekas Pengarah JTU antara pengarah Syarikat Southsea Gold Sdn Bhd 

Wullersdorf Resources Sdn Bhd anak syarikat Bahvest dikehendaki mengalih keluar operasinya dari tanah perlombongan Southsea Gold, walaupun ia telah menjalankan aktiviti perlombongan emas di sebidang tanah di Tawau, Sabah sejak 2015, yang disewakannya semula dalam pajakan tanah perlombongan milik Southsea Gold.

Southsea Gold Sdn Bhd menyewakan 317.17  hektar daripada keseluruhan 948 hektar yang diberikan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah kepada anak syarikat Bahvest Berhad Wullersdorf Resources Sdn Bhd. Pajakan semula selama 33 tahun bermula 1 Oktober 2015.

 

Penemuan emas yang banyak menyebabkan Datuk Lo Fui Ming dan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang berebut kuasa di lombong ini. 

 

CUBAAN 'KAWTIM' ANTARA LO FUI MING DAN FREDDY LIM NYUK SANG

11 Mei  lalu Bahvest Resources Bhd mengumumkan resolusi sementara persetujuan antara Southsea Gold Sdn Bhd dan anak syarikat milik penuhnya Wullersdorf Resources Sdn Bhd dengan Southsea Gold menyelesaikan pertikaian antara kumpulan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang dan  Datuk Lo Fui Ming dengan Wullersdorf membayar deposit RM13 juta (tidak dikembalikan) berbanding tuntutan penuh RM20.4 juta bagi sewaan September 2017 hingga April 2023.

Manakala Southsea Gold melanjutkan tarikh akhir 30 hari untuk Wullersdorf mengosongkan tanah Southsea Gold kepada 90 hari dari tarikh surat tuntutan bergantung bergantung pada hasil mesyuarat agung luar biasa dan kemungkinan pengurusan baharu yang akan datang.

Apakah Taikun balak  Datuk Freddy Lim Nyuk Sang akan Berjaya menyingkirkan Datuk Lo Fui Ming dan kroninya? Berdasarkan pemilikan saham Datuk Lo Fui Ming mempunyai lebih banyak kepentingan iaitu 16.15 peratus namun tuntutan Datuk Freddy Lim Nyuk Sang tidak boleh dipandang mudah.

SIASATAN DAN TANGKAPAN REMAN SPRM

Namun belum pun sempat EGM Bahvest 25 Mei ini Datuk Lo Fui Ming, CEO/Pengarah Urusan Syarikat Bahvest Resources Berhad dan 5 lagi termasuk Lo Teck Yong anaknya (Pengarah Eksekutif), Mr. Chong Khing Chung (CFO), Shahrol Azuan (COO), Brando Pang Tze Ching (Penolong Pengurus) dan seorang wanita lagi ditahan reman tiga hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penipuan terhadap deklarasi penjualan hasil perlombongan emas bernilai RM25 juta.

Datuk Lo Fui Ming dan semua suspek syarikat senarai awam itu dengan curangnya disyaki memperdaya Kerajaan Sabah dengan mengemukakan penyata penjualan emas yang mempunyai butiran palsu.

Perbuatan mengelak dan membayar royalti emas sebenar kepada Kerajaan Sabah terhadap hasil emas yang dilombong di Bukit Mantri, Tawau ini sesuatu yang sangat tidak boleh diterima.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM ]

Tipu jualan emas RM25 juta, Datuk Lo Fui Ming CEO Bahvest Resources Berhad, 5 individu direman SPRM

Tangkapan SPRM dan tuduhan menipu jualan emas kepada Kerajaan Negeri pastinya bakal memberi kesan kepada Datuk Lo Fui Ming dan pasukannya dalam EGM Bahvest Resources Berhad  25 Mei nanti. 

APA STRATEGI DATUK FREDDY LIM NYUK SANG LAWAN FREDDY LIM NYUK SANG?

Siapa tidak kenal taikun Datuk Freddy Lim Nyuk Sang? Umum mengetahui Datuk Freddy Lim Nyuk Sang merupakan kroni Tan Sri Musa Aman bekas Ketua Menteri Sabah yang memiliki banyak kepentingan syarikat di Negeri Sabah. Di Zaman PBS dulu Datuk Freddy Lim juga berpengaruh dan pernah ditahan di bawah Akta ISA berhubung peranannya dalam dana Yayasan Sabah. Agaknya siapa di belakang Datuk Freddy Lim mengambil alih lombong ini?

Dalam mana-mana kerajaan dan Ketua Menteri di Sabah, Datuk Freddy Lim Nyuk Sang tetap akan kekal berpengaruh. 

Datuk Freddy Lim Nyuk Sang merupakan taikun balak terkenal yang mempunyai banyak saham dipelbagai syarikat termasuk syarikat kerajaan negeri Sabah sekarang yang beliau sukar disingkirkan kerana pengaruhnya. Sarawak Report  sebelum ini pernah mendedahkan mengenai keluarga Freddy Lim ini yang kaya-raya kerana balak. Menguasai Kretam Holdings Berhad, memiliki kepentingan di Borneo Oil Berhad, Destini Berhad, Sarawak Consolidated Berhad dan syarikat balak Priceworth International Berhad.

Ketika Warisan memerintah dan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri eksport dan lesen balak dihentikan tetapi Priceworth International Berhad mendapat kontrak daripada Yayasan Sabah yang digerakkan oleh  Datuk Haji Jamalul Kiram dan sepupu Shafie Apdal Datuk Hj Mohd Salleh Haji Abbas sebagai Pengurus Besar Bahagian Perhutanan ketika itu. 

 

 

 

 

Hari ini Datuk Freddy merupakan Ahli Lembaga Pengarah Sabah Softwood Berhad sebuah GLC anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah. Tiada kerajaan boleh menyingkirkan Datuk Freddy Lim. 

Maka dengan tangkapan dan reman SPRM  Datuk Lo Fui Ming, anak dan pasukannya apakah Datuk Freddy Lim Nyuk Sang mampu menyingkirkan penguasaan Datuk Lo Fui Ming dalam Bahvest Resources Berhad? 

Pertuduhan SPRM dan menipu cukai jualan Kerajaan Negeri pastinya beri kesan sangat buruk sebagai mana isu SST minyak masak dan petroleum gas yang kecoh sebelum ini. 

Jika Kerajaan Negeri bertindak membatalkan pajakan tanah Syarikat Southsea Gold Sdn Bhd 317.7 hektar pasti akan menjejaskan operasi Bahvest Resources Berhad.

Sejak isu tuntutan saman Southsea Gold Sdn Bhd kepada Bahvest Resources Berhad sebulan yang lalu nampaknya saham Bahvest menjunam 60 peratus. Saham Bahvest kini hanya berharga 0.14 sen dengan market cap RM173.57 juta.

 

 

Kerajaan Sabah mempunyai peluang untuk membatalkan pajakan tanah ini dan diberikan semula kepada syarikat yang  layak mahu membayar cukai jualan menyumbang pendapatan negeri. Syarikat melaksanakan perlombongan tidak semestinya syarikat senaraian awam seperti Bahvest Resources Berhad. 

Kerajaan juga perlu mengelak memberi konsesi pajakan kepada Taikun balak kroni seperti Datuk Freddy Lim. Mereka sudah terlalu kaya di Zaman Tan Sri Musa Aman. Mereka tidak wajar lagi terlibat sekarang. 

 

10 Comments