'Datuk Roy', Rasyidi Pegawai SPRM didakwa kes rasuah elak Fakhri Yassin Muhyiddin direman SPRM
14:05 May 25, 2023  |  By SabahKini2
'Datuk Roy', Rasyidi Pegawai SPRM didakwa kes rasuah elak Fakhri Yassin Muhyiddin direman SPRM

Datuk Roy dan Rasyidi Pegawai SPRM akhirnya didakwa kerana minta duit daripada Siti Dalena Berhan adik Datuk Adlan Berhan- Menantu Muhyiddin RM400 ribu bagi elak Fakhri Yassin Muhyiddin direman SPRM.

Selepas polemik tangkapan ‘Datuk Roy’ akhirnya hari ini ‘Datuk Roy’ dan seorang pegawai SPRM dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini atas dua pertuduhan rasuah yang melibatkan dakwaan dorongan supaya anak bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak direman suruhanjaya antirasuah itu.

'Datuk Roy' yang nama sebenarnya Mohd Hussein Mohd Nasir dan Pegawai SPRM Kuala Lumpur, Mohd Rasyidi Mohd Said membuat pengakuan tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap pertuduhan mahkamah.

Mereka didakwa bersama-sama secara rasuah meminta untuk diri mereka atau bagi mana-mana orang lain suatu suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Siti Dalena Berhan, 47, (Adik Datuk Adlan Berhan- Menantu Muhyiddin) sebagai dorongan untuk tidak menahan reman Fakhri Yassin Mahiaddin semasa siasatan pihak SPRM.

Setakat hingga kini Fakhri Yassin tidak pernah ditahan SPRM.

Satu pertuduhan didakwa meminta wang tunai RM400,000 manakala pertuduhan kedua disebut menerima tunai RM240,000.

 

Bagaimanapun tidak disebut siapa memberi wang rasuah sama ada Fakhri Yassin atau Datuk Adlan Berhan menantu Muhyiddin

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dua restoran berasingan di Kuala Lumpur antara 5 dan 6 Mac awal tahun ini.

Jika sabit kesalahan bagi mana-mana dua pertuduhan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta yang sama maka Hussein, 53, dan Rasyidi, 42, boleh dihukum penjara penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah yang terlibat dalam kesalahan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen lain di Kuala Lumpur, dengan Hussein dijangka menghadapi satu lagi pertuduhan.

Reman Roy dan Pegawai SPRM

Pada 13 Mac, “Datuk Roy” ditahan selepas menyerah diri kepada SPRM selepas dia dikehendaki untuk membantu siasatan kes skim Jana Wibawa.

 

Datuk Roy’ direman 3 hari

Pada hari tangkapan satu mesej yang tular berkenaan kes itu ialah siasatan dan tangkapan terhadap Datuk Fakri Yassin bin Mahiaddin anak sulung Tan Sri Muhyiddin yang juga pemilik syarikat Thriven Global Berhad melibatkan Siti Dalena Binti Berhan dan suaminya Syed Farid Bin Syed Ahmad Al-Attas.

Siti Dalena merupakan adik Datuk Adlan Berhan menantu Muhyiddin laporkan membayar rasuah kepada ‘Datuk roy’ Mohd Hussein Mohd Nasir dan Pegawai SPRM Kuala Lumpur, Mohd Rasyidi Mohd Said

[ARTIKEL BERKAITAN-  SPRM siasat Fakri Yassin Mahiaddin buru ‘Datuk Roy’ rasuah RM400 ribu]

 

    

Pihak berkuasa setakat ini sudah mendakwa tiga ahli politik - termasuk bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dan bekas ketua penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan dan Datuk Teo Wee Cheng Pengarah Urusan SHH RESOURCES HOLDINGS BHD kroni Muhyiddin berhubung skim Jana Wibawa.

 

2 Comments