DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti namun Shafie Apdal, 14 adun tidak sokong Perkara 6 (7)
21:05 May 25, 2023  |  By SabahKini2
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti namun Shafie Apdal, 14 adun  tidak sokong Perkara 6 (7)

RUU Antilompat Parti diluluskan. Namun bagi pengundian belah bahagian Fasal 2, seramai 61 ADUN menyokong, manakala 14 lagi tidak bersetuju dan empat lagi tidak hadir. Shafie Apdal gunakan alasan Perkara 6 (7) ketika cuba gulingkan Hajiji pada januari 2023

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 yang memperuntukkan larangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti.

RUU Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan 2023) itu diluluskan selepas mendapat sokongan lebih dua pertiga ADUN yang hadir.

Sebelum itu, seramai 13 ADUN mengambil bahagian dalam perbahasan termasuklah ADUN Tanjung Papat; Senallang; Kadamaian; Moyog; Kunak; Tungku; ADUN Dilantik (Datuk Seri Yong Teck Lee); Sri Tanjung; Sindumin; Sekong; Kuamut; Telupid dan Segama.

Sebanyak dua pengundian belah bahagian untuk Fasal 2 berkaitan pindaan Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah dan pengundian bacaan kali ketiga RUU larangan bertukar parti.

Bagi pengundian belah bahagian Fasal 2, seramai 61 ADUN menyokong, manakala 14 lagi tidak bersetuju dan empat lagi tidak hadir. Adun yang tidak menyokong diketuai oleh Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal bersama adunnya.

Manakala bagi pengundian bacaan ketiga RUU larangan bertukar parti, seramai 75 ADUN menyokong dan empat tidak hadir bagi pengundian bacaan ketiga RUU larangan bertukar parti dan tiada yang berkecuali dalam kedua-dua pengundian.

Fasal 2 dalam RUU itu adalah berkaitan pindaan Perkara 6, iaitu memotong Fasal (7) berhubung panduan Yang di-Pertua Negeri Sabah dalam memilih Ketua Menteri dari parti atau gabungan yang memenangi pilihan raya.

Terdahulu, ketika membentangkan RUU berkenaan, Ketua Menter Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pindaan itu adalah bertujuan bagi memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negeri terus berdepan dengan krisis politik yang tidak berkesudahan.

“Pindaan undang-undang ini juga akan memberikan mesej yang jelas kepada setiap ADUN supaya berpegang teguh kepada prinsip parti yang diwakili untuk melindungi mandat rakyat yang telah memberi undi serta kepercayaan tinggi kepada Ahli yang dipilih ketika proses pilihan raya.

“Selain daripada itu, saya yakin RUU ini juga mampu menghentikan tindakan mana-mana ADUN yang dipilih dan dilantik daripada bertukar parti tanpa sebab kukuh atau alasan yang munasabah sekaligus memastikan kestabilan politik di Negeri ini untuk suatu jangka masa yang panjang,” katanya.

Shafie Apdal dan pemimpin warisan mempunyai sebab menentang pindaan Perkara 6 (7) di sidang dun hari ini. Januari lalu ketika Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan Bung Moktar melakukan cubaan menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri, Shafie menggunakan hujah mempersoalkan kesahihan Hajiji sebagai ketua menteri berdasarkan undang-undang Perkara 6(7) perlembagaan Sabah, hanya ketua parti yang menang majoriti pilihan raya mempunyai legitimasi untuk menjadi ketua menteri. 

 'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji

 

Dengan lulusnya RUU Antilompat Parti majoriti dua pertiga dan pemansuhan perkara 6 (7) ini bermakna kedudukan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor Ketua Menteri daripada GRS sangat kukuh. Tiada lagi gangguan lompat parti, langgar ketua menteri atau mengumpul SD di belakang untuk menjatuhkan kerajaan

130 Comments