'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji
10:01 Jan 17, 2023  |  By SabahKini2
'Langkah Pai Ulung' Hipokritnya Shafie Apdal guna alasan Perkara 6(7) gulingkan Hajiji

Hipokritnya Shafie berhujah Perkara 6(7) perlembagaan Sabah. Kes perebutan Ketua Menteri antara Musa dan Shafie, peguam Musa menggunakan hujah sama. Shafie lupa dia merampas kuasa pada Mei 2018.

 By Awang Batatar

14 Januari lalu Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya bukan menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis tetapi mempersoalkan kesahihan Hajiji sebagai ketua menteri berdasarkan undang-undang.

Shafie berhujah, berdasarkan keperluan Perkara 6(7) perlembagaan Sabah, hanya pemimpin parti yang menang pilihan raya mempunyai legitimasi untuk menjadi ketua menteri.

Ketika Hajiji keluar daripada Bersatu bulan lepas, Shafie berkata Warisan berpendirian bahawa Perkara 6(7) tidak lagi dipenuhi.

"Ia adalah sebahagian daripada kesahihan (jawatan ketua menteri). (Saya ingin bercakap) bagaimana perkara itu tidak dipenuhi.

"Saya fikir kita mesti menyelesaikannya (pada masa itu)," katanya.

Maksud Shafie Apdal dialah Warisan dengan 19 kerusi terbanyak sekarang sepatutnya Ketua Menteri. Bukan orang lain. Maka kena dialah Ketua Menteri Sabah baharu nanti dia akan membentuklah kerajaan dengan parti mana-mana dia mahu bergabung. 

Bung Moktar pula selepas persidangan UMNO berkata bukan mereka menggulingkan Hajiji. 'Menggulingkan' itu niat jahat tapi mereka hanya menukar untuk hala tuju lebih baik kepada Sabah. Dengan baki kerajaan kurang 3 tahun Porak poranda Sabah lebih baik? 

Cuma tak pasti apa yang lebih baik dengan Shafie dan Warisan itu. Apakah jika dengan Shafie Ketua Menteri apa mereka mahukan semua dapat? Atau Shafie acah-acah bersedia sebagai Timbalan Ketua Menteri.

Oleh kerana kiri dan kanan Warisan dan macainya menggunakan hujah Perkara 6(7). Masidi Manjun Setiausaha Agong GRS seawal januari menjelaskan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor telah menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah. Ini termasuk tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH).

"Kami bersedia membuktikan keabsahan sokongan tersebut kepada pihak yang berwajib apabila dan sekiranya perlu.

"Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,"

Sehari sebelum PM ke Sabah Hajiji mengumumkan 44 Adun Sabah telah menandatangani SD menyokongnya terdiri dari pemimpin UMNO, PKDM dan bebas malah pemimpin Warisan.

Kegagalan Langkah Kinabalu

Pengumuman Bung Moktar Radin BN menarik balik sokongan terhadap Hajiji hanya melengkapkan strategi rampasan kuasa itu. Sama ada SD Shafie Ketua Menteri atau Bung Ketua Menteri semuanya hanya strategi iaitu Hajiji tumbang dahulu.

Namun langkah itu gagal susulan 5 adunnya yang juga kalangan mereka Ahli Parlimen tidak menyokong usaha menggulingkan Hajiji melalui pintu belakang itu. Sebelum ini sokongan SD 4 Adun dinafikan namun hakikatnya ia benar sekali.

Perbalahan ini meleret sehingga memaksa campur tangan kuasa ‘Malaya’ iaitu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Namun keputusan yang dibuat Perdana Menteri ialah penyelesaian isu ini ialah kuasa Ketua Menteri malah merestui Hajiji sebagai Ketua Menteri.

Sebaliknya Hajiji meneruskan langkah merombak kabinet Sabah dan melantik Datuk Ir Shahelmy Yahya  Adun Tanjung Keramat menggantikan Bung Moktar sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kerja Raya Sabah serta melantik Christina Liew (PKR) dan Phoong Jin Zhe (DAP) sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Menteri Pembangunan Perindustrian. Bagi Hajiji jelas tiada kerjasama bagi penentangnya. Dia perlukan pasukan yang seiring sejalan.

Bung dan Shafie tidak berpuas hati dan mengadu lagi kepada pusat mengenai rombakan kabinet kerana tidak membentuk Kerajaan Perpaduan. Katanya ‘Game Still On’. Hakikatnya penggulingan Ketua Menteri tidak perlu jika tujuannya mahu meminta Kerajaan Perpaduan kerana ia sudah tentu boleh dibuat secara rundingan awal antara parti-parti membentuk kerajaan perpaduan. Namun ia tidak berlaku kerana ia dimulakan oleh Shafie Apdal dan Bung Moktar menggulingkan Hajiji.

Sekarang siapa untung? Jika Anwar tidak merestui Hajiji mengapa 7 Adun PH Sabah kekal menyokong Hajiji? Dan kemungkinan besar Pembantu Menteri pun akan dapat banyak kepada PH.

 

Shafie Apdal dan Perkara 6(7)

Tiba-tiba Shafie Apdal dan Warisan begitu giat menggunakan hujah berkisar isu perkara 6 (7) dan sesekali bersama Perkara 6(3).

Shafie lupa perebutan Ketua Menteri antara Musa Aman dan dia pun berkisar isu perkara 6 (7) dan Perkara 6(3). Peguam Musa Aman Datuk Tengku Fuad menggunakan cara sama namun katanya beliau kalah dalam kes itu. Kini tiba-tiba Shafie menggunakan cara sama. Sangat paradok! rasa untung dia guna rasa rugi dia sampahkan Perlembagaan Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Isu Ketua Menteri: Polemik perkara 6 (7) dan Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah]

Menurut peguam Musa Datuk Tengku Fuad, Pada tahun 2018, dia mewakili Tan Sri Musa Aman dan behujah di hadapan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan dalam intepretasi betul, pemakaian dan operasi Perkara 6(7) Perlembagaan Negeri Sabah.

Bagi memudahkan rujukan, Perkara 6(7) menyebut: -

“For the purpose of Clause (3) of this Article, where a political party has won a majority of the elected seats of the Legislative Assembly in a general election, the leader of such political party, who is a member of the Legislative Assembly, shall be the member of the Legislative Assembly who is likely to command the confidence of the majority of the members of the Assembly.”

Perkara (3) merujuk kepada Perkara 6(3) yang menyatakan:

‘’The Yang di-Pertua Negeri shall appoint as Chief Minister a member of the Legislative Assembly who in his judgement is likely to command the confidence of a majority of the members of the Assembly and shall appoint the other members mentioned in Clause (2) in accordance with the advice of the Chief Minister from among the members of the Assembly.”

Isu di hadapan Mahkamah adalah samada perkataan ‘majoriti’ dalam Perkara 6(7) bermaksud pluraliti kerusi (nombor kerusi terbanyak) ataupun majoriti mutlak, iaitu lebih daripada separuh (50%).

Hal ini penting kerana berikutan daripada Pilihan Raya Negeri ke-14 (PRN14) Barisan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Musa telah memenangi 29 daripada 60 kerusi yang ditanding sementara parti-parti lain bila digabungkan memenangi 31 kerusi. (Dari kerusi lompat)

Apa beza hari ini? Hajiji dapat jumlah 44 sokongan SD bukankah itu lebih banyak dari gabungan Warisan dan BN Sabah bawah Bung?

Shafie lupa dia saja yang tiada ‘telur’ kerana selepas semua Adun Warisan melompat menyertai Musa Aman beliau membubarkan DUN Sabah pada tahun 2020 dan akhirnya tewas dalam PRN itu. Akhirnya kerusi Adun Warisan hanya tinggal 19. Semua karma politik. Ketika ini terpekik-pekik Shafie untuk mempercepatkan RUU Lompat Parti kerana bimbang adunnya lari. Hakikatnya dialah pencuri Adun Mei 2018. Inilah perangai 'PILAK'!

Shafie, kata dia tidak bersekongkol menggulingkan Hajiji hanya Bung Moktar tarik diri tetapi hakikatnya Shafielah dalang di belakang menghasut pemimpin BN untuk berpaling semata-mata tak dapat apa mereka mahukan di Kerajaan GRS-BN. Keutamaan Warisan ialah menumbangkan Hajiji sedangkan rakyat tahu betapa teruknya kepimpinan Shafie dan Warisan 26 bulan itu.

Maka menjadi kemusykilan besar kepada rakyat mengapa Bung Moktar memilih kerjasama dengan Shafie menumbangkan Hajiji? Semua tahu betapa teruknya ‘Kerajaan Pilak’. Tidakkah ini akan memberi persepsi buruk kepada UMNO BN di Sabah khususnya kepada parti kaum Kadazan Dusun yang sekarang menjadi ahli kabinet negeri dan pusat.

Shafie Apdal berkata dia menolak cadangan agar Warisan boleh mencabar kesahihan Hajiji di mahkamah kerana pilihan raya negeri akan datang perlu diadakan menjelang 2025.

"Saya mengetahui cadangan untuk membawa perkara ini ke mahkamah. Saya tahu mahkamah boleh memutuskan tetapi ia akan mengambil masa dua atau tiga tahun. Pada masa itu pilihan raya akan diadakan juga.

"Sudah tiba masanya untuk kita menghentikan semua perkara karut ini dan mewujudkan undang-undang antilompat parti di Sabah," kata Shafie.

Nampaknya betapa hipokritnya Shafie Apdal! Mengapa tolak? lawanlah Tan Sri Musa melawan di mahkamah walau kalah dan lawan bertahun. 

Kalau dah tahu baki pentadbiran kerajaan kurang 3 tahun mengapa tidak meneruskan sahaja Hajiji Ketua Menteri sehingga PRN? Mengapa memilih menggulingkan Ketua Menteri?

Hanya kerana terdapat sedikit lubang kononnya Hajiji tidak mempunyai parti maka peluang perlu diambil. Hakikatnya Hajiji dan bekas Adun Bersatu semua anggota Parti GRS. GRS adalah sebuah parti sebagaimana Barisan Nasional. Warisan hanya tidak mahu Hajiji menyelesaikan isu parti baru GRS selepas Tahun Baru Cina ini maka mereka perlu menggasak Hajiji.

Nanti parti baharu Hajiji yang menjadi anggota GRS selesai apa pula Tindakan Warisan dan Bung?

Sebab itu kalau mahu buat langkah jangan buat 'Langkah Pai Ulung'. Bukankah memalukan tak dapat tukar Ketua Menteri mahu pula masuk dalam kabinet 'Kerajaan Perpaduan' guna arahan PM Anwar. 


[Artikel Pendapat melalui emel]

 

 

158 Comments