Mengapa SKN lantik Suhaimi kes rasuah RM1.6 juta sebagai Pengarah JANS Baharu? Mohon KM dan Menteri batalkan!
14:05 May 28, 2023  |  By SabahKini2
Mengapa SKN lantik Suhaimi kes rasuah RM1.6 juta sebagai Pengarah JANS Baharu? Mohon KM dan Menteri batalkan!

Suhaimi Asbullah bekas Jurutera Daerah Beaufort kaki rasuah terkenal. Mengaku ambil rasuah RM1.6 juta dan jadi saksi kes rasuah Ag Tahir Pengarah JANS. Namun sesuatu tidak kena bila SKN lantik Suhaimi sebagai Pengarah JANS yang baharu..

Plot perbicaraan perbicaraan kes rasuah Jabatan Air Negeri Sabah saban hari semakin berkembang dan banyak perkara mengejutkan jabatan itu berlaku.

14 Januari lalu saksi utama kes  Teo Chee Kong bekas Timbalan Pengarah Air mendedahkan sistem kutipan komisen rasuah bermula dari Menteri Pengarah, Jurutera Air Bahagian (JAB) sehinggalah ke Jurutera Air Daerah.

Skim disusun Ag Mohd Tahir Mohd Talib itu menetapkan sumbangan rasuah 10.75 peratus kepada kontraktor terlibat.

[ARTIKEL BERKAITAN-  Skandal Jabatan Air Sabah: Teo dedah sistem kutipan komisen rasuah untuk Menteri, Pengarah, Jurutera air ]

Terbaru seorang saksi bernama Wong Kok Vui @ Michael, 69 pemilik syarikat Bintang Jaya Enterprise memberitahu Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu bahawa beliau memberikan wang kepada pengarah JANS Ag Mohd Tahir Ag Mohd Talib, RM1.35 juta setahun, bermula 2004 hingga 2015.Pembayaran itu tersebut katanya sebagai tanda “terima kasih” selepas Tahir dilantik sebagai pengarah agensi itu, pada 2003.

Wong berkata, pembayaran dibuat tiga kali setahun dengan setiap pembayaran melibatkan RM450,000, dan dianggarkan telah membayar Tahir sekitar RM16.2 juta keseluruhannya sejak 11 tahun lalu.

“Jika saya tidak memberikan dia wang, besar kemungkinan saya tidak mampu mendapatkan sebarang kontrak daripada pihak jabatan. Selepas memaklumkan kepada dia sehari sebelum, kami kebiasaaan akan bertemu berdekatan resort golf. Saya akan masuk ke keretanya dan meletakkan wang dalam beg plastik di lantai keretanya.

“Jika kami ada kelapangan, kami akan minum kopi di sana sekitar 20 minit seperti itu, tetapi kami tidak pernah berbincang berhubung wang sumbangan. Hanya cakap-cakap kosong.

“Saya fikir saya sudah meraih lingkungan RM12 juta keuntungan bersih daripada projek diberikan kepada saya,” katanya.

 

[ARTIKEL BERKAITAN- Wong Kok Vui kontraktor mengaku bayar RM16.2 juta dalam tempoh 11 tahun kepada Pengarah Jabatan Air Sabah ]

 

PENGAKUAN SUHAIMI ASBULLAH BEKAS JURUTERA DAERAH BEAUFORT TERIMA RASUAH RM1.6 JUTA

Terbaru rakyat Sabah dikejutkan sekali lagi apabila seorang bekas Jurutera air bahagian Beaufort yang pernah direman SPRM tahun 2016 mengaku memperoleh wang tunai RM1.6 juta daripada kutipan komisen rasuah diuruskan Teo Chee Kong untuk komisen Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan pihak terlibat.

Suhaimi Asbullah, 58, saksi ke-36 pihak pendakwaan memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat bahawa beliau telah menyerahkan wang itu secara sukarela pada 2016 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suhaimi Asbullah kini dilaporkan merupakan Pengarah Jabatan Air Sabah yang baharu menggantikan Baharuhom Bin K.K. Sogon yang gagal mengguruskan isu air sekarang.

Suhaimi merupakan antara 9 Jurutera Daerah yang ditangkap SPRM iaitu Teo (Kota Kinabalu), Chong Kek Fui (Sandakan), Mohd Azri Abdullah (Keningau), Petrus Augustine (Tawau), Chin Yun Shoing (Lahad Datu), Suhaimi Asbullah (Beaufort), mendiang Choo Kim Chu (Kudat), Tham Yin Foon (Kota Belud) dan Anthony Jullah (Ranau).


Jabatan Air Negeri Sabah 2016

 

Semasa pemeriksaan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Haresh Prakash Somiah, Suhaimi mengimbas kembali skandal Meletus tahun 2016, SPRM pergi ke pejabatnya di Beaufort dan dia ditahan reman untuk kes rasuah itu.

DPP Haresh: Apa yang berlaku pada 2016?

Suhaimi: SPRM menyerbu pejabat bahagian Beaufort dan saya disoal mengenai skim itu. Saya telah mengakui kewujudan skim ini dan secara sukarela menyerahkan lebih kurang RM1.6 juta tunai yang saya perolehi daripada skim ini. Saya dibawa ke pejabat SPRM di Kota Kinabalu dan seterusnya direman di sana selama lapan hari tujuh malam dan memberi kenyataan kepada pegawai penyiasat SPRM. Saya dibebaskan dengan ikat jamin dan saya terpaksa melaporkan diri di pejabat SPRM setiap dua bulan dan ini berlaku selama tiga tahun.

Mengenai wang yang dirampas SPRM, Suhaimi berkata beliau tidak mencabar rampasan itu, dan keseluruhan jumlah itu diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Kepada soalan lain, beliau mengesahkan terlibat menerima komisen daripada kontraktor untuk disalurkan kepada pengerusi jurutera air bahagian ketika itu, Teo Chee Kong.

Beliau berkata bahagian Beaufort terlibat dalam skim itu sejak 2005 hingga 2016.

Selepas menyertai skim itu, Bahagian Beaufort menerima peruntukan tahunan tambahan sebanyak 35 hingga 40 peratus daripada kadar sebelum ini sebelum skim itu diperkenalkan.

"Penyaluran peruntukan juga menjadi lebih konsisten selepas menyertai skim itu."

Suhaimi juga menganggarkan dia telah menyerahkan antara RM800,000 dan RM1 juta dalam bentuk komisen setahun kepada Teo sejak 2005 hingga 2016. Wang itu disimpan di dalam beg kurier dan diserahkan kepada Teo.

Beliau turut menjelaskan sumbangan komisen tahunan kepada Teo melibatkan antara 40 hingga 50 projek setahun di bahagian Beaufort.

 

KUTIPAN PENUH KOMISEN 27.5%, 10.75% KEPADA ATASAN

Suhaimi turut mengesahkan perbincangan tidak rasmi telah diadakan antara Teo dengan jurutera bahagian dan daerah pada 7 April 2005.

Suhaimi berkata Teo memaklumkan kepada semua jurutera mengenai perbincangannya dengan Teo dengan Lim Ban Beng berhubung perjanjian dan arahan Ag Tahir (Pengarah) bahawa setiap jurutera bahagian dan daerah perlu mengutip caruman atau komisen, daripada kontraktor berjumlah 27.5 peratus daripada nilai setiap projek yang dijalankan di bahagian atau daerah masing-masing.

Tambahnya, daripada 27.5 peratus itu, 10.75 peratus perlu diserahkan kepada Teo untuk disalurkan atau diagihkan kepada pegawai di Ibu Pejabat Jabatan Air, Kementerian Pembangunan Infrastruktur negeri dan Kementerian Kewangan negeri.

Suhaimi mengesahkan baki sumbangan berjumlah 16.75 peratus itu akan diagihkan kepada jurutera air bahagian/daerah dan kakitangan masing-masing yang terlibat dalam skim itu.

"Jika saya tidak mengutip 27.5 peratus daripada kontraktor di bahagian saya seperti yang diarahkan oleh Teo dan tidak membuat bayaran kepada Teo sebanyak 10.75 peratus, bahagian saya mungkin tidak mendapat peruntukan daripada ibu pejabat. Saya tahu bahagian itu daripada 10.75 peratus. peratus akan diberikan kepada Ag Tahir yang mempunyai kuasa menandatangani dan mengeluarkan waran peruntukan.

"Saya terpaksa akur kerana arahan ini bukan untuk saya sahaja, tetapi untuk semua jurutera air bahagian di seluruh Sabah. Saya juga mungkin akan ditukarkan jika gagal mengikut arahan Teo. Saya tahu Teo juga mendapat arahan daripada pengarah untuk melakukan semua perkara ini. Teo sendiri memaklumkan perkara ini kepada saya.

“Saya tidak membuat sebarang aduan kerana takut Tahir dan kumpulannya mencederakan saya,” katanya sambil menambah semua jurutera air bahagian dan daerah bersetuju dengan formula skim itu.

Suhaimi berkata tiada kontraktor tidak bersetuju dengan skim itu kerana mereka berpeluang mendapat manfaat daripadanya.

Perbicaraan ditangguhkan kepada 20 Jun sehingga 23 Jun.

 

MENGAPA LANTIK PERASUAH SEBAGAI PENGARAH JABATAN AIR SABAH

 


Pernah direman SPRM 2016, ambil rasuah sekian lama kini jadi saksi skandal air 
kini kembali ke JANS sebagai Pengarah JANS. Sangat tidak betul..

Persoalan besar ialah mengapa Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN) Datuk Seri Panglima Hj Safar Untung melantik Suhaimi Asbullah sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang baharu?

Memang benar dicadangkan Jabatan Air Negeri Sabah dan konsesi JETAMA dirombak tetapi bukan melantik Suhaimi Asbullah. Beliau terbukti peminta rasuah yang kini menjadi saksi kes skandal rasuah Skandal Jabatan Air Negeri Sabah melibatkan bekas bosnya Ag Tahir Mohd Talib.

Kerajaan Sabah digesa rombak Jabatan Air, buang CEO Jetama Sdn Bhd Pro Warisan yang gagal
Perlu rombak tapi lantik yang bersih

 

Suhaimi dan Teo Chee Kong bekas Timbalan Pengarah Air adalah perasuah yang kini menjadi saksi untuk menyabitkan Ag Tahir Mohd Talib dan isterinya bersalah. Jika tidak mereka juga akan dituduh sama kerana meminta rasuah.

Pada tahun 2016 menjadi buah mulut di JANS kes beliau di reman SPRM. Rakyat melihat gaya hidup mewah Suhaimi Asbullah yang memiliki rumah mewah bak istana di Papar Sabah memiliki kenderaan mewah seperti Toyota Land Cruiser  SUV, Nissan Skyline dan lain-lain lagi. Begitu juga kes beliau menyembunyikan wangnya kepada keraninya.

 

Oleh itu pelantikan Suhaimi Asbullah sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah sangat tidak bagus kepada Negeri Sabah. Beliau pasti mengulangi meminta rasuah atau membina skim komisen baharu kepada semua Jurutera Daerah.

Kerana mereka perasuahlah semua Jabatan Air Daerah Sabah teruk dan gagal berfungsi melaksanakan kerja.

Diharap YAB Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan Menteri JKR dapat membatalkan pelantikan Suhaimi Asbullan sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah baharu.

 

13 Comments