Rasuah KLIA: Azam KP SPRM dedah wujud ejen NTL dibayar RM18,000
22:07 Jul 05, 2023  |  By SabahKini2
Rasuah KLIA: Azam KP SPRM dedah wujud ejen NTL dibayar RM18,000

Benarkah ada ejen NTL dilantik MAHB sejak 2017 mengurus pengembara NTL?Pelantikan itu dibenarkan KDN atau Jabatan Imigresen? Kos bayaran RM18 ribu. Pada hari kejadian seramai 41 orang NTL

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, berkata siasatan kekecohan warga China masih berjalan walaun warga China dan kawannya telah kembali ke China hari ini.

Menurut Azam SPRM telah merakam keterangan sekurang-kurangnya 14 individu berhubung insiden Khamis lalu, termasuk dua wanita dan lapan pegawai imigresen.

Manakala satu syarikat ejen dipercayai meminta bayaran untuk membantu wanita berkenaan dikaitkan dengan syarikat beroperasi di KLIA.

Syarikat terbabit dikatakan telah diberikan kontrak oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) menguruskan pengembara yang dikenakan notis penolakan masuk (NTL), sejak tahun 2017.

Bagaimanapun tidak diketahui tender seperti itu wujud atau dibenarkan kerajaan.

“Kami perlu melakukan siasatan penuh sama ada kontrak diberikan kepada syarikat itu dibenarkan kerajaan,” kata Azam.

Dimaklumkan pada hari kejadian, sejumlah 41 notis ‘Not to Land’ (NTL) dikeluarkan imigresen.

Syarikat atau ejen berkenaan akan menguruskan NTL dengan bayaran RM18 ribu.

Menurut Azam SPRM sedang mengesan ejen atau syarikat terlibat dipercayai warga asing bagi merakam kenyataan tidak lama lagi.

Jumaat lalu insiden Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing menyerbu pejabat pejabat imigresen di KLIA mengundang kekecohan.

Sekumpulan pegawai imigresen KLIA juga merakam dan mengambil video dan menyebarkan kepada media sebagai serbuan campur tangan menteri menyelamat warga China dan mengganggu tugas penjawat awam.

Bagaimanapun perkara itu menjadi besar selepas Tiong King Sing mengaku datang dan mendedahkan rasuah kronik di di pintu masuk negara sebagai “peristiwa yang memalukan negara”

Susulan perkara itu YAB Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut turun padang ke KLIA dan berjanji menyelesaikan semua perkara itu dengan segera.

Ramai melihat gejala rasuah di KLIA parah kerana setiap tahun ramai pegawai imigresen KLIA yang menjaga pintu masuk negara didakwa di mahkamah.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] KLIA lubuk rasuah Pegawai Imigresen, PM Anwar arah Jabatan Imigresen disiasat SPRM

 

 

 

 

11 Comments