Tiada siapa boleh menyangkal KLIA lubuk rasuah Pegawai Imigresen. Melihat kepada kes-kes setiap tahun pegawai imigresen ditangkap, reman SPRM dan dituduh di mahkamah jelas Imigresen KLIA wajib dipantau kerana boleh menjejaskan keselamatan negara
Insiden kekecohan di KLIA melibatkan Datuk Seri Tiong King Sing Menteri Pelancongan dan Pegawai Imigresen baru-baru ini mempunyai modus operandi yang sama seperti kes Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah Bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di KLIA ogos 2022.
Caranya sama iaitu menyebarkan terlebih dahulu gambar, video dan juga laporan awal kes seolah-olah pegawai imigresen tidak bersalah. Mereka melempar persepsi untuk menyerang yang akhirnya menjatuhkan Ketua Pengarah itu.
Isu yang sepatutnya imigresen dan Menteri tangani secara dalaman sengaja diperbesarkan. Akhirnya kecoh dan Ketua Jabatan masing-masing tampil menjawab isu. Gambar dan video yang tak boleh diakses pihak luar menjadi tatapan umum. Siapa beri? pastinya pegawai imigresen juga.
Bila kecoh tampillah Presiden KPISM Khairil Niza Khairuddin mempertahankan ahlinya dan KP JIM pula akan kata ‘Tunggu Siasatan’. Cuma game zaman Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud KP JIM dia licik. Kini bawah Datuk Ruslin Jusoh Nampak kenyataan medianya lebih lembut sedikit.
Nampaknya Datuk Ruslin bekas TKP MIEO dan KP JPN ni masuk jabatan baru pasti berhadapan kontroversi baharu sebagaimana dia masuk di JPN dengan kontroversi jual kad pengenalan. Kita lihat jika KP JIM bawah Datuk Ruslin ini lebih bijak atau akan menyerang Menteri Pelancongan.
Dari strategi awal nampaknya para pegawai Imigresen membuat serangan memburukkan Menteri pelancongan. Mereka marah menteri. Mereka tidak dapat menerima kenyataan dakwaan rasuah tetapi punca gambar insiden menteri melawat itu disebarkan oleh pegawai imigresen serta dibocorkan kepada portal BebasNews. Tiada media lain buat berita menuduh Menteri keterlaluan mewujudkan persepsi buruk. Datuk Seri Tiong patut menyaman keras portal nyamuk itu sehingga tak mampu pun membayar saman itu. Bungkus melingkup sebagai satu pengajaran.
Tetapi anak hairan, itulah cara Jabatan Imigresen terutama jika di KLIA!
Isu ‘Not To Land’ (NTL) atau penolakan kemasukan pelawat wanita dari China bernama Wang Xu seorang wartawan TV Kerajaan China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dikatakan mengikut prosedur serta selaras Arahan Tetap Ketua Pengarah Imigresen Bil. 09 Tahun 2017 itu bukanlah tidak boleh diselesaikan. Ia hanya isu tiada tiket kembali dan penginapan hotel di Malaysia yang tidak jelas. Ia boleh diuruskan sebenarnya. Masalahnya pada komunikasi iaitu Wanita China itu hanya boleh berbahasa Cina dan pegawai meminta wang RM3000. Pegawai imigresen mengambil jalan mudah iaitu nak selesai bayar beberapa ribu mereka tak sedar pun jika wanita China itu membuat rakaman dan lain-lain.
Hakikatnya Rasuah pegawai imigresen di KLIA itu benar sebagaimana kes rasuah yang berlaku di pejabat imigresen lain. Ia sering berlaku sebelum ini dan akan terus berlaku akan datang. Tak perlu menegak benang basah dan menyerang melalui portal berita.
ARTIKEL BERKAITAN- Tiong King Sing nafi salah guna kuasa, hakikatnya pegawai imigresen sudah lama 'Jual Negara' di KLIA
ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti Pegawai Imigresen KLIA 'Kaki Rasuah', Mengapa Presiden KPISM Khairil Niza meroyan?
Pegawai Imigresen mempunyai hak melaporkan kepada polis atau pihak berkuasa tetapi Menteri Tiong King Sing juga ada hak berbuat demikian. Dia dihubungi kedutaan China dan terus ke KLIA pun dikira sudah bagus 'face to face'. Sekarang pegawai imigresen yang memilih perang cara terbuka.
Maka sebagaimana kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam baki SPRM akan menyiasat kes itu. Malah hari ini (3 hb) dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan pelancong dari China itu.
PMX lawat KLIA- Arah dua agensi KDN disiasat
PM dalam lawatan mengejutnya di KLIA berkata satu siasatan rapi akan dibuat berhubung insiden kekecohan di KLIA membabitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pegawai imigresen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau masih meneliti langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan.
“Kita harus kenal pasti beberapa kelompok kecil yang masih tidak mampu membuat perubahan termasuk berdepan dengan beberapa tuduhan.
“mungkin ada beberapa masalah kita akan adakan siasatan untuk perbaiki kalau ada kesilapan akan diambil tindakan wajar
“Jadi Insya-ALLAH perbincangan awal akan dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari Rabu ini,” katanya ahad.
Anwar juga mengarahkan dua agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang disiasat berhubung dengan dakwaan amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan pegawainya.
Dua agensi itu ialah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Saya pergi dan merumuskan untuk mempertahankan integriti imigresen serta masih menekankan supaya tindakan segera dan keras diambil terhadap beberapa kelompok kecil yang selesa dengan cara lama," katanya
Sokongan NGO dan Pemain industri pelanongan
Sehari dua ini NGO dan beberapa persatuan industri pelancongan menyokong tindakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing.
Nampaknya ada sesuatu tidak kena dengan jabatan imigresen di KLIA.
Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) dan Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyokong penuh tindakan Datuk Seri Tiong King Sing yang turun padang bagi mendengar keluhan dan melihat isu-isu dihadapi pelancong asing ke negara ini.
Presiden MyBHA, Sri Ganesh Michiel berkata, tindakan beliau itu merupakan usaha yang akan memberi gambaran positif dan menaikkan tahap keyakinan pelancong asing untuk berkunjung ke Malaysia.
Presiden MATA Datuk Mohd Khalid Harun berkata, sebagai negara yang menjadi tumpuan pelancongan asing, kerajaan perlu menyediakan semua kemudahan termasuk perkhidmatan jurubahasa di kesemua pintu masuk negara.
Menurutnya, aspek komunikasi tidak sepatutnya dijadikan batu penghalang bagi pertumbuhan ekonomi dalam industri pelancongan.
Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa siasatan bebas dan telus dilaksanakan terhadap dakwaan rasuah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seperti dibangkitkan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing
Presidennya, Datuk Tan Kok Liang, berkata isu rasuah membabitkan pegawai Imigresen di KLIA serta penganiayaan terhadap pelancong bukan perkara baharu dan ia tidak membabitkan pengembara dari China semata-mata.
"MATTA sudah beberapa kali menimbulkan kebimbangan mengenai perkara ini kerana ia menghalang usaha kita untuk memasarkan sektor pelancongan.
"Isu utamanya kini adakah terdapat sebarang rasuah, salah guna kuasa atau layanan buruk terhadap pelancong, bukan sama ada King Sing melanggar protokol kerana itu adalah perkara kedua," katanya dalam kenyataan
Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia (MITDA) menyifatkan dakwaan seorang menteri menceroboh masuk ke dewan ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah keterlaluan.
Presidennya, Datuk Noor Zaleha Baharuddin, berkata sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing bertanggungjawab terhadap segala aspek atau isu berkaitan pelancongan negara.
"Kami dari pengiat pelancongan Malaysia ingin mengucapkan syabas khasnya kepada Menteri Pelancongan yang telah sanggup turun padang bagi menyelesaikan isu mengenai pelancong yang ditahan oleh pihak Imigresen di KLIA.
"Kami sudah lebih dari 40 tahun dalam bidang pelancongan Malaysia memang sudah tiba masa sesuatu tindakan memperbetulkan patut diperbaiki dengan pihak Imigresen agar imej Malaysia dapat dihormati sebagai frontliners (barisan hadapan)," katanya dalam satu kenyataan.
Fathir Badri Alhadad Presiden Persatuan Solidariti Pengembaraan dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA) turut menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Tiong King Sing.
10 lagi persatuan berkaitan industri pelancongan dan peruncitan negara berkata masih ada halangan yang membebankan industri berkenaan, khususnya berkaitan ketibaan pelancong luar.
Halangan yang dimaksudkan itu seperti terpaksa beratur panjang ketika pemeriksaan imigresen yang boleh mengganggu industri pelancongan yang ketika ini berusaha untuk menyambut dan meraikan kehadiran pelancong dari luar negara.
Sepuluh persatuan itu membabitkan Persekutuan Rantaian Runcit dan Francais Asean (ARFF), Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur BBKLCC (BBKLCC), Batu Road Retailers Association (BARRA) dan Pertubuhan Peruncit Bumiputra (BRO).
Selain itu, Industries United (IU), Persatuan Taman Tema dan Tarikan Keluarga Malaysia (MATFA), Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia (MRCA) dan Persatuan Perniagaan Masjid India (MIDA).
Menurut mereka, cadangan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sin berhubung 'visa on arrival' adalah tepat memandangkan ia teknologi sedia ada yang boleh digunakan.
Persatuan-persatuan berkenaan juga memuji ketegasan King Sing yang mengambil tindakan 'turun padang' bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan situasi sebenar di lapangan.
"Beliau memerhati situasi sebenar berkaitan syarat dan amalan pelbagai jabatan kerajaan, khsususnya berkaitan layanan terhadap pelancong yang datang ke Malaysia.
Tidakkah itu memalukan kepada Jabatan Imigresen kerana semua yang terlibat dalam industri pelancongan seakan tahu masalah rasuah yang parah di KLIA.
Sindiket 'Passport Terbang' dan 'Kaunter Setting' KLIA sudah semakin sejati di Imigresen KLIA. Pegawai Gred KP19 pun mampu beli Rolls Royce, Mustang!
Jika dilihat laporan media sejak 2020 lagi ramai pegawai imigresen KLIA ditahan SPRM dan didakwa di mahkamah
Kes rasuah Pegawai Imigresen KLIA tahun 2020.
KES TIMBALAN PENGARAH IMIGRESEN KLIA YUSOFF KHAN TAHUN 2020
Kes Rasuah Pegawai Imigresen KLIA- Zalizi tahun 2020
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021 - MOHAMMAD ZULKIAH, SYAHMI DAN DANNY SUPIL
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021 - MOHAMAD IZHAMI, MOHAMMAD ALI MOHAMMAD REDZWA
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021 - NOOR AZMA AZMIN , FAIZZAN SANI, MOHAMMAD ZUL & ISTERI HARLIFARHANI
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021 - MUHAMMAD SOLIHAN JOHARI
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021 - MUHAMMAD KHAIRUNAZIM
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021 - MOHD AZAM AZHARI
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2021
KES PEGAWAI IMIGRESEN KLIA 2022
Inilah yang berlaku di Jabatan Imigresen KLIA. Setiap hari rasuah berlaku hanya tertangkap atau tidak sahaja.
Cuma yang rakyat tak faham mengapa Dr Akmal Saleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia beria-ia sangat menyerang Datuk Seri Tiong King Sing? Hanya kerana dia melalui media bukan tahu isu sebenar mulut dia lebih celupar dengan desakan tidak masuk akal.
Apa perlunya seorang Ketua Pemuda dan Exco Melaka menggunakan kata-kata kasar menghina menteri dalam Kerajaan Perpaduan seperti 'Menteri bukan penjual bak kut teh'. Mahu populis pun janganlah keterlaluan. Kamu pun sedia maklum tentang gejala rasuah di pintu masuk negara KLIA itu. Sepatutnya kamu serahkan saja siasatan kepada SPRM bukan menyerang Menteri dalam semangat Kerajaan Perpaduan. Kamu tak puas hati kamu jumpalah menteri bukan menyerang membab buta.
Atau Dr Akmal pendokong rasuah pegawai?