Hanya 122 unit setakat jun, Prestasi bina Rumah SMJ 'lembap', Pegawai Daerah Sabotaj Ketua Menteri?
01:07 Jul 24, 2023  |  By SabahKini2
Hanya 122 unit setakat jun, Prestasi bina Rumah SMJ 'lembap', Pegawai Daerah Sabotaj Ketua Menteri?

Apa sudah jadi? Peruntukan RM125 juta tapi bina Rumah SMJ hanya 122 unit dari 1500 unit dirancang. 20 buah untuk setiap Dun. Kurang RM10 juta dibelanjakan. Kos rumah RM60k ke RM70k ini nampak dilihat tidak menguntungkan kontraktor.

Sejak April tahun lalu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan sebanyak 1,500 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) bernilai kira-kira RM70,000 setiap satu akan dibina semua kawasan Parlimen di Sabah.

Kerajaan negeri akan menggunakan Geran Khas untuk Sabah sebanyak RM125.6 juta disalurkan kerajaan Persekutuan, bagi membina Rumah Mesra SMJ itu yang sebelum ini dikenali sebagai Projek Perumahan Rakyat Termiskin atau PPRT di negeri itu.

 

Ketua Menteri sebelum ini memaklumkan rumah Rumah Mesra Sabah Maju Jaya akan dibina di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan pegawai terlibat seperti pegawai daerah, presiden majlis perbandaran dan mayor majlis bandar raya akan diminta mengenal pasti mereka yang benar-benar layak untuk menerima bantuan Rumah Mesra SMJ.

“Peruntukan ini (Geran Khas untuk Sabah) kita kena bagi balik kepada rakyat terutama yang kurang berkemampuan, tidak punya rumah selesa jadi kita putuskan untuk bina Rumah Mesra SMJ. Setiap tahun kerajaan Persekutuan ada beri untuk bina rumah PPRT, peruntukan itu juga kita bina Rumah Mesra SMJ.

 

Apa jadi kepada pelaksanaan pembinaan rumah ini?

Pada 28 September 2022  Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah dan  Barisan Nasional (GRS-BN) ketika itu telah melancarkan secara rasmi inisiatif Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) Peringkat Negeri Sabah.

Rumah SMJ di Parlimen Beaufort (Dun Kuala Penyu)

Ketua Menteri telah melawat dua tapak di Menumbok dan Kuala Penyu di mana dua unit Rumah Mesra SMJ telah siap dibina. Kedua-dua penerima SMJ itu merasa bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan.

Sejak itu pemberian rumah ini berterusan di daerah dan DUN lain. Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Tawau dan lain-lain lagi.

 

Rumah SMJ Tamparuli

Rumah SMJ Tanjung Datu


17 Julai lalu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim memaklumkan setakat Jun kerajaan telah menyiapkan 122 unit Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ini bermakna 1,500 unit yang disasarkan Kerajaan Negeri untuk dibina di seluruh negeri, dengan setiap 73 DUN Sabah dengan pengagihan 20 unit rumah, kerajaan negeri perlu membina baki 1,378 Rumah Mesra SMJ lagi tahun ini.

Misi Rumah Mesra SMJ ialah  mengeluarkan golongan kategori miskin dan miskin tegar daripada kepompong kemiskinan dan memastikan penyediaan rumah mampu milik untuk mereka.

Ini bermakna jika nilai rumah RM70 ribu seunit untuk 122 unit sebanyak RM8.5 juta dibelanjakan. Jika 20 buah rumah satu Dun bermakna hanya sekitar 6 Dun saja sempat dibuat. 

Nampaknya Pegawai Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih gagal melaksanakan projek Rumah SMJ lebih banyak dan cepat.

Persoalannya dengan baki 5 bulan lagi bolehkan KPLB Sabah dan pejabat daerah membina baki 1,378 Rumah Mesra SMJ itu?

Ketua Menteri tidak senang dengan 'kelembapan' pembinaan rumah SMJ

Jika hanya mampu membina 122 unit rumah atau 20 unit setiap Dun nampaknya wang RM125 juta Geran Khas itu tak mungkin dapat dibelanjakan segera untuk membina rumah rakyat miskin.

Hajiji Ketua Menteri mempunyai asas untuk marah atau bertegas dalam Mesyuarat sebagaimana yang dilaporkan baru-baru ini. Dana lebih RM120 juta disediakan tetapi PBT gagal melaksanakan jumlah rumah lebih banyak.

Mengapa? Kerana banyak kontraktor yang berkhidmat kepada Pegawai Daerah dan PBT melihat kos pembinaan rumah SMJ RM60 ribu ke RM70 ribu itu sangat murah dan tidak menguntungkan kontraktor.

Jika sebelum ini amalan Pegawai Daerah dan PBT mengambil komisen RM10 ribu hingga ke 20 ribu bagi seunit rumah SMJ atau PPRT daripada kontraktor sudah tentu baki kontrak RM50 ribu sangat tidak mencukupi dan kontraktor tidak mahu membina rumah SMJ.

Kenaikan kos barang binaan dan upah pekerja sudah tentu amat sukar buat kontraktor.

Projek Rumah SMJ ini kini ibarat projek CSR, kontraktor tidak mendapat margin keuntungan yang besar dan para DO tidak lagi dapat ‘merembat’ RM10 ribu dari projek Rumah SMJ itu.

Pegawai Daerah/ PBT Sabotaj Hajiji?

Pegawai Kerajaan Negeri tertinggi yang gagal mengurus Rumah SMJ ialah Datuk Seri Safar Untung Setiausaha Kerajaan Negeri yang gagal menyelaras Pegawai Daerah dan PBT.

Peruntukan turun kepada PBT tetapi Para Pegawai Daerah sengaja melambat-lambatkan projek itu.

Jika semua Pejabat Daerah melaksanakan 20 unit rumah SMJ di setiap Dun secepat yang mungkin pasti pencapaiannya lebih cepat. Jika DO lemah dan lembap tukar saja DO yang pemalas, ‘kaki pau’ dan berniat sabotaj kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri.

Urusetia Rumah SMJ di pejabat Jabatan Ketua Menteri sepatutnya segera ditubuhkan untuk membuat pemantauan setiap unit dan penerima rumah SMJ.

Mungkin ada cara untuk menngatasi masalah kos, tenaga kerja dan masalah pelantikan kontraktor.Projek seperti inilah memerlukan 'Rundingan Terus' untuk mempercapatkan rakyat pembinaan Rumah SMJ termasuk kerjasama NGO, agensi atau institusi pengajian tinggi IPT yang punya fakulti pembinaan dilibatkan sama.

Tarik peruntukan KPLB membina rumah ini kepada Jabatan Ketua Menteri terus. 

 

4 Comments