Rasuah RM15 juta: Selepas ugut SPRM, LHDN beku akaun Hamzah Zainudin dan kroni
10:08 Aug 24, 2023  |  By SabahKini2
Rasuah RM15 juta: Selepas ugut SPRM, LHDN beku akaun Hamzah Zainudin dan kroni

Yang lapor SPRM kes RM15 juta ialah budak Hamzah. Dato' Stephen Sim dituduh di mahkamah namun Hamzah mencabar SPRM kononnya pertuduhan politik. Kini LHDN pula beku akaun Hamzah dan kroni. Siapa lagi selepas ini?

Harga bongkak dan sombong Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kempen PRN 6 negeri menyaman Tan Sri Azam Baki, KP SPRM dan Kerajaan baru-baru ini segera dibayar selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilaporkan mengambil tindakan membekukan akaun bank Hamzah dan ahli keluarganya.

Hamzah dalam sidang medianya sebelum ini bersumpah tidak mengambil rasuah walaupun semua tahu Dato’ Stephen Sim Choo Thiam yang didakwa SPRM kes rasuah merupakan ‘butler’ kesayangan Hamzah Zainuddin yang mengatur wang rasuah RM15 juta itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Kes Rasuah RM15 juta Dato' Stephen Sim, saman Hamzah kepada Kerajaan, SPRM hanya wayang ]

Fakta-fakta kes rasuah yang didedahkan Sabahkini2 sebelum ini sehingga pertuduhan kes mengesahkan hubungan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam, Syed Abu Zafran Syed Ahmad (Dataprep Holding-Widad Group) yang dipanggil SPRM mengaku terima wang rasuah daripada Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Apapun kita serahkan kes Dato’ Stephen Sim Choo Thiam yang kini sudah didakwa di mahkamah membuktikan kesnya di mahkamah.

Penglibatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kali ini tentu lebih parah kerana mereka mempunyai akses transaksi akaun yang masuk kepada Hamzah Zainudin, Dato’ Stephen Sim Choo Thiam, Syed Abu Zafran Syed Ahmad dan Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Maka pembekuan akaun Hamzah Zainudin bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana beliau perlu menjelaskan kepada LHDN sumber kewangan itu diperolehi termasuk bayaran cukai yang sepatutnya dibayar kepada LHDN.

Oleh itu tindakan Dato’ Sri Mohd Nizom Sairi Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri adalah Langkah tepat. LHDN mempunyai maklumat yang banyak membantu siasatan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Benarkah Hamzah 'Sasaran politik'?

Sejak siasatan kes rasuah Dato’ Stephen Sim Choo Thiam serta reman Syed Abu Zafran Syed Ahmad dan Hep Kim Hong semuanya pun berkisar mengenai wang rasuah RM15 juta yang kononnya diberi untuk Datuk Seri Hamzah Zainudin. Hep Kim Hong memberikan wang kepada Syed Abu Zafran Syed Ahmad dan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Dato’ Stephen Sim Choo Thiam. Sama ada wang RM15 juta itu sampai ke tangan Hamzah itu biarlah para saksi membuktikannya di mahkamah.

Faktanya rasuah berlaku wang dah keluar RM15 juta. Jadi dakwaan penglibatan Hamzah bukan sasaran politik.

Hamzah Zainuddin lah yang sombong mencabar SPRM dan penguatkuasa seperti LHDN membuktikan penglibatannya.

Apakah Hamzah terlalu suci sejak beliau sebagai Ahli Parlimen BN hinggalah menjadi Menteri Kabinet yang juga mengkayakan anak-anaknya? misalnya kes anak Hamzah kemuka dokumen palsu minyak masak subsidi yang kecoh April lalu.

SPRM dan LHDN hanya menunaikan kehendak cabaran Hamzah Zainudin sahaja.

Menurut sumber akaun Dato’ Stephen Sim Choo Thiam, Syed Abu Zafran Syed Ahmad dan Hep Kim Hong yang terlibat dalam kes rasuah RM15 juta turut dibekukan. Semua pembekuan dilaporkan bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Kita akan lihat sejauh mana laporan yang dibuat oleh Dato’ Stephen Sim Choo Thiam kepada polis pada 12 jun lalu sebagai tuduhan satu bentuk salah guna kuasa oleh agensi tertentu seperti SPRM dan LHDN.

Tentunya dalam kes membabitkan LHDN, pihak berkaitan perlu membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung pendapatan yang diterimanya. Mereka perlu mengemukakannya kepada LHDN atau pendakwaan kes. Transaksi pendapat perlu dibuktikan oleh Hamzah, keluarga dan kroni.

Menurut sumber Hamzah Zainudin lah memujuk Dato’ Stephen Sim Choo Thiam untuk kekal melawan kesnya dan menolak namanya sebagai terlibat menerima wang rasuah RM15 juta itu. Mampukan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam bertahan? Atau beliau akan tampil akhirnya sebagai saksi mendedahkan rasuah Hamzah Zainuddin.

Persoalannya sejauh mana Dato’ Stephen Sim Choo Thiam bertahan untuk Hamzah Zainudin?

Siapa selepas ini LHDN akan bekukan? katanya Tan Sri Annuar Musa yang kaya raya tak bayar cukai LHDN.

 

Comment