[VIDEO] Kes Rasuah RM15 juta Dato' Stephen Sim, saman Hamzah kepada Kerajaan, SPRM hanya wayang
17:08 Aug 11, 2023  |  By SabahKini2
[VIDEO] Kes Rasuah RM15 juta Dato' Stephen Sim, saman Hamzah kepada Kerajaan, SPRM hanya wayang

Siapa tak kenal Dato' Stephen Sim 'butler' Hamzah Zainudin. Duit rasuah RM15 juta kepada Hamzah hanya perkara biasa ketika Hamzah Menteri KDN. Saman Hamzah Kerajaan & SPRM hanya strategi kempen? Bolehkah Dato' Stephen Sim bertahan demi Hamzah? atau U-Turn


Hamzah kalau nak bersumpah buatlah cara bersumpah yang betul..  

Nampaknya Hamzah Zainudin cuba berbohong lagi. Pilihanraya datang lagi maka Hamzah dan PN tiada pilihan untuk dirinya.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata akan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengaitkannya dengan pertuduhan kes rasuah terhadap seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Sim Choo Thiam yang dikaitkan dengan bekas Menteri Dalam Negeri itu membabitkan RM15 juta seperti didakwa SPRM.

“Saya nak tegaskan sekali lagi, demi Allah saya tiada kena mengena dengan kes ini, saya tidak menerima apa-apa imbuhan daripada apa yang telah dimaksudkan dalam pendakwaan tersebut.

“Saya akan hantar surat tuntutan kepada kerajaan Malaysia dan SPRM. Saya lakukan ini bukan kerana saya, saya lakukan ini kerana nak menentukan tidak ada lagi kezaliman yang berlaku dalam negara ini. Saya lakukan ini untuk saudara-saudara di hadapan saya bukan untuk kepentingan saya,” katanya ketika berucap di Pentas Setiausaha Perikatan Nasional di Shah Alam, malam tadi.

Ucapan terbaru Hamzah kali ini lebih kepada penafian dan tuntutan samannya terhadap SPRM.

Persoalannya benarkah Datuk Seri Hamzah tak kenal Datuk Seri Stephen Sim Choo Thiam? Benarkah Hamzah tak ambil wang RM15 juta daripada Datuk Sri Stephen Sim Choo Thiam ini? Semua tahu dikalangan pegawainya Dato’ Stephen Sim Choo Thiam digelar sebagai ‘Butler’ kesayangannya. Sabahkini2 lebih awal mendedahkan kes rasuah Hamzah dan hubungannya dengan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam

18 Mei lalu dalam satu dalam satu ceramahnya Hamzah mengaku pejabatnya diserbu SPRM. Tiada siapa pun tahu malah tiada media menyiarkan mengenai serbuan SPRM ke pejabat Hamzah Zainudin seminggu sebelum puasa iaitu  17 Mac 2023 sekalipun skandal ini didedah januari dan reman SPRM pada Febuari

KRONOLOGI KES SIASATAN HAMZAH DAN STEPHEN SIM CHOO THIAM SEPERTI BERIKUT;

27 Januari 2023: Skandal Rasuah RM15 juta Dato’ Stephen Sim Choo Thiam ‘Butler’ dan Syed Abu Zafran pau Syarikat Asia Coding Centre didedahkan.

BACA - SPRM Siasat “Butler” Hamzah Zainudin “Pau” duit RM15 juta Syarikat Asia Coding Centre

Stephen Sim Choo Thiam melaporkan polis artikel ini namun beliau tetap disiasat, reman dan didakwa oleh SPRM.

16 Februari 2023: Dato’ Stephen Sim Choo Thiam dan Syed Abu Zafran direman SPRM kes rasuah RM15 juta

BACA - Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

Rasuah RM15 juta: SPRM reman “Butler” Hamzah Zainudin, Syed Abu Zafran dan MD Asia Coding Centre

17 Mac 2023 : Seminggu sebelum puasa Hamzah Zainuddin mengaku pejabatnya diserbu SPRM (Rujuk Video). Tentulah ia susulan dari siasatan dan reman Dato’ Stephen Sim Choo Thiam dan Syed Abu Zafran. Tiada yang tahu serbuan ini hanya pengakuan Hamzah mengesahkannya.

10 Mei 2023:  Dato’ Stephen Sim Choo Thiam didakwa di mahkamah satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta

BACA- Stephen Sim ‘Butler’ didakwa kes rasuah RM15 juta kaitkan Hamzah Zainudin Bekas Menteri KDN

11 Mei 2023: Hamzah nafi kes rasuah RM15 juta Dato’ Stephen Sim Choo Thiam melibatkannya. Namun pada januari dan februari ketika kecoh siasatan dan reman SPRM Hamzah hanya berdiam diri. Sedangkan pejabatnya diserbu SPRM pada 17 Mac 2023.

BACA- Hamzah nafi rasuah RM15 juta tapi Datuk Stephen Sim digelar 'butler' memang kroni tegarnya di KDN

Hari ini dalam siri ucapan kempen terbarunya beliau bersumpah tidak menerima RM15 juta itu dan berjanji akan membuat surat tuntutan (LOD) kepada Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan Nyiru. Hamzah dan Dato’ Stephen Sim memang sering minum bersama dan mempunyai urusan perniagaan berkaitan projek di Kementerian Dalam Negeri.

Dato’ Stephen Sim merupakan kroni Hamzah di KDN. Terdapat bukti-bukti bergambar Hubungan Hamzah dan Dato’Stephen Sim Choo Thiam.

Syed Abu Zafran Syed Ahmad dari Dataprep Holding (Widad Group) yang dipanggil SPRM pun dah mengaku terima wang rasuah daripada Hep Kim Hong Pengarah Urusan Syarikat Asia Coding Centre Sdn Bhd.

Memandangkan Dato’ Stephen Sim Choo Thiam sudah didakwa di mahkamah maka beliau perlu melawannya di mahkamah bukan membuat kenyataan media terbuka.

Sim didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad pada Jun 2021 sebagai dorongan untuk Hamzah yang merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk membantu syarikat tersebut mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN pada Jun 2021.

Pendedahan Hamzah mengenai kandungan laporan polis Dato’ Stephen Sim Choo Thiam pada 12 Jun lalu tidak memberi kesan apa-apa kerana pertuduhan di mahkamah telah dibuat. Saksi-saksi juga mengaku memberi wang kepada Dato’ Stephen Sim untuk Hamzah Zainudin. Sama ada Dato’ Stephen Sim menyampaikan wang rasuah RM16 juta kepada Hamzah itu biar mahkamah putuskan.

Dato’ Stephen Sim boleh memilih dengan SPRM sama ada mahu menjadi saksi atau beliau sendiri bersedia didakwa menerima RM15 juta itu.

Maka penafian Dato’ Stephen Sim tidak terpakai di luar sana. Stephen Sim tidak perlu berbohong tidak menerima wang rasuah sedangkan semua saksi mengaku dan bersedia mendedahkan dalam perbicaraan di mahkamah. Sama ada Hamzah terima wang atau tidak maka dedahkannya dalam mahkamah nanti.

Mari kita lihat sejauh mana Dato’ Stephen Sim Choo Thiam bertahan untuk bos kesayangannya Hamzah Zainudin. Atau Dato’ Stephen Sim sendiri bakal meringkuk dalam penjara demi Hamzah?

Maka kempen  Hamzah dalam bersumpah dengan isu rasuah RM15 juta Dato’ Stephen Sim ini membuktikan beliau sangat takut isu rasuah ini sedang menyerap dalam minda rakyat.

“Saya perjuangkan ini semata-mata untuk beritahu kepada semua pengundi yang mengundi pada 12 Ogos ini bahawa jika kamu bersama saya untuk menentang kezaliman, ingin melihat negara ini menjadi negara yang aman dan damai, mahu melihat kepimpinan negara ini akan dipimpin oleh seorang yang lebih berkaliber, penuh dengan integriti maka….

Janganlah undilah Perikatan Nasional Parti Penyakau Negara. Daripada Presidennya Abah Cow, Setiausaha Agung hinggalah para keluarganya ‘Penyakau’.

Hamzah, Dato’ Stephen Sim dan Syed Abu Zafran Syed Ahmad meminta wang rasuah daripada  Hep Kim Hong Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd tapi yang salah dan kejam ialah SPRM dan Kerajaan yang mendakwanya!

Jika pemimpin BN dan PH kena dakwa rasuah mereka menuduhnya penyakau tapi bila kena batang hidung mereka mengambil rasuah dan didakwa mereka kata ‘Kezaliman’.

Maka rakyat jangan bodoh mengundi calon Perikatan Nasional ini. Merekalah perasuah terlindung sebenar. Cuma kali ini terdedah mereka menyakau wang rakyat.

Tindakan saman Hamzah hanya akan membuka banyak perkara lain mengenai kes rasuah Hamzah.

Apa kata Tan Sri Azam Baki KP SPRM mengenai saman Hamzah?

Samanlah!

“Kami nafi dakwaan salah guna kuasa. Ini negara bebas, dan sesiapa sahaja boleh menyaman sesiapa, kami tidak akan tunduk pada sebarang ancaman.

“Teruskan saman kami, dan (kita) biar mahkamah tentukan,” katanya 

 

Comment