Memo Peguam Negara bocor lagi : DPP Akram syor tiada apa-apa pertuduhan terhadap Zahid sejak oktober 2018
11:08 Aug 26, 2023  |  By SabahKini2
Memo Peguam Negara bocor lagi : DPP Akram syor  tiada apa-apa pertuduhan terhadap Zahid sejak oktober 2018

“Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dan ulasan pendakwaan yang saya telah nyatakan di atas,saya dengan hormat mencadangkan tiada apa-apa pertuduhan dibuat ke atas B1. Keterangan yang ada tidak untuk membuktikan kesalahan-kesalahan..

Nampaknya Memo Pejabat Peguam Negara bocor lagi.

Sebelum ini tular memo Dato’ Jamil Ketua Pendakwaan IPIC bertarikh September 2019 mendedahkan keseluruhan pasukan pendakwaan dan penyiasat AGC (iaitu 7 orang DPP dan 5 orang penyiasat IO) sebulat suara merumuskan:

  1. Langsung tiada kes untuk mendakwa Najib.
  2. Tuduhan-tuduhan ke atas Najib tidak memenuhi keperluan atau ambang minimum untuk dibawa ke mahkamah
  3. AGC telah menemu bual 138 saksi, dan tidak satu pun daripada kenyataan saksi itu memihak kepada kes pendakwaan
  4. Tiada satu bukti dokumen yang memihak kepada kes pendakwaan
  5. Peguam Negara ketika itu Tommy Thomas turut sedar bahawa kes 1MDB-IPIC ini tidak patut diteruskan pendakwaan
  6. Kes ini patut digugurkan

Ini bermakna Kes 1MDB-IPIC RM6.6 bilion yang dituduhkan kepada Najib dan TS Irwan kerana pecah Amanah terbukti sebagai kes yang sengaja diada-adakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tommy Thomas ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN - Kes IPIC: Semuanya arahan Dr Mahathir dan Tommy Thomas, terbukti tiada kes terhadap Najib dan TS Irwan

          KLIK FAIL DI SINI

 

MEMO BOCOR - PEJABAT PEGUAM  NEGARA

Terbaru surat daripada DPP Ahmad Ikhram Gharib pejabat Peguam Negara pula tersebar lagi.  

DPP Ahmad Ikhram Gharib bukan asing kerana tahun 2022 surat dari Pejabat Peguam Negara untuk mempercepatkan kes Najib dan Zahid Hamidi juga pernah bocor atas nama DPP Ahmad Ikhram.

 

Ramai juga pendokong PN yang menyokong DPP Ahmad Ikhram itu. Mereka bertepuk tangan mengenai surat itu malah mendesak kes dipercepatkan.

Surat dan kecenderungan DPP Ahmad Ikhram di laman sosial juga di keluarkan oleh pelbagai pihak. Versi DPP terang-terangan menentang lawan  Najib, keluarganya dijadikan naratif begitu juga kes Zahid.

 

PEGUAM NEGARA- KES ZAHID SEJAK OKTOBER 2018

Bagaimanapun Memo Pejabat Peguam Negara kali ini bertarikh 17 Oktober 2018 pasti mengejutkan pelbagai pihak kerana sebagaimana memo Dato’ Jamil mengenai kes Zahid pada pandangan Ahmad Akram DPP sebagai tiada kes.

Dengan megah Raja Petra menyiarkannya di Malaysia Today namun berjaya mengesahkan kes Zahid DPP dah syor tidak didakwa sejak 2018. 

“Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada dan ulasan pendakwaan yang saya telah nyatakan di atas,saya dengan hormat mencadangkan tiada apa-apa pertuduhan dibuat ke atas B1. Keterangan yang ada tidak mencukupi untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Sekysen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009 dan seksyen 4 (1) AMLATFPUAA 2001 telah dilakukan walaupun pada peringkat prima facie

Ini bermakna jika kes Zahid digugurkan tak lama lagi dengan Peguam yang sama kes Tan Sri Muhyiddin  ini bermakna tindakan DPP Peguam Negara sejak 2018 itu adalah tepat.

Ahmad Akram patut menjelaskan perkara ini.

Ini kerana dendam Tun Dr Mahathir dan Tommy Thomas maka kes Zahid tetap dituduh di mahkamah pada tahun 2019.

Bagaimanapun bagi kes rasuah VLN Zahid Hamidi Mahkamah Tinggi 23 September 2022 melepas dan membebaskan Zahid daripada 40 pertuduhan menerima suapan daripada syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung kontrak pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan sistem Visa Luar Negara (VLN).

 

 

 

LINK PDF - https://drive.google.com/file/d/11BZ9SRtSbmRoRE2um_c_ddgu1XMNyzZ3/view?usp=drive_link

 

6 Comments