RGB International Bhd Syarikat Judi Taja Hamzah, VIP, PN: CEO dan Tan Sri di tahan SPRM?
18:08 Aug 27, 2023  |  By SabahKini2
RGB International Bhd Syarikat Judi Taja Hamzah, VIP, PN: CEO dan Tan Sri di tahan SPRM?

Siapa kata syarikat judi beri dana kepada PN tidak benar? SPRM serbu syarikat judi antaranya RGB International Berhad. Benarkah mereka beri dana kepada Hamzah Zainuddin PN?

Selepas PRN lalu terdapat dakwaan pemimpin PN menerima dana judi dalam pilihanraya. Namun PN menafikan menerima dana judi itu.

Sekitar Jun dan Julai SPRM dan polis mengesahkan sedang menyiasat dakwaan pembabitan pemimpin politik dalam kegiatan perjudian dalam talian.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyiasat dakwaan terbabit.

"Saya sahkan kita ada menerima laporan dan maklumat tertentu di mana kita sedang menyiasatnya.

"Kita juga bekerjasama dengan PDRM dalam menyiasat dakwaan itu (pembabitan pemimpin politik dalam kegiatan perjudian dalam talian," katanya

Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani  turut mengesahkannya.

"PDRM dan SPRM sedang berkongsi maklumat siasatan bagi menentusahkan serta menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara itu," katanya.

Begitu juga media sebelum ini melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan kegiatan perjudian dalam talian haram dinaungi pemimpin politik.

Hari ini hasilnya menjadi.

 

Siapa syarikat judi itu?

Terbaru Utusan melaporkan beberapa orang kenamaan termasuk pe­mimpin politik dikesan Suruhanjaya Pen­­cegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima dana beberapa syarikat judi untuk digunakan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri baru-baru ini. Dana RM6 hingga RM7 juta itu dipercayai dite­rima orang kenamaan dan pemimpin politik berkenaan selepas syarikat perjudian tersebut diberi lesen mengoperasikan aktiviti kepada syarikat itu.

SPRM dan LDHN sudah tentu mempunyai maklumat yang mencukupi.

 

Siapa syarikat terlibat?

Setakat ini Sabahkini2 mendapat maklumat beberapa syarikat diserbu SPRM dan satu daripadanya RGB International Bhd. CEO dan beberapa Lembaga pengarah melibatkan Tan Sri di tangkap.

RGB International Berhad Pengarah Urusannya Dato’ Seri Chuah Kim Seah dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutifnya Tan Sri Norazman Hamidun dilaporkan ditahan SPRM.

Syarikat judi, kasino memang kaya raya

Semuanya mengenai dana hasil judi termasuk judi online yang diberikan kepada pemimpin politik seperti Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Sebelum ini akaun Hamzah Zainudin bekas Menteri KDN itu dibeku kerana terdapat transaksi sumbangan syarikat judi dan pembayaran rasuah komisen ketika beliau sebagai Menteri.

Untuk rekod RGB International Bhd sebuah syarikat pelaburan mesin judi atau pembekal utama mesin permainan elektronik dan peralatan kasino serta penyedia konsesi mesin utama.

24 Ogos lalu mengumumkan RGB International Bhd mencatatkan untung bersih RM26.5 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (2QFY23), berbanding kerugian bersih RM2.66 juta setahun sebelumnya.

Kumpulan itu berkata, keuntungan itu dipacu oleh pendapatan lebih tinggi daripada bahagian jualan dan pemasarannya (SSM) serta bahagian sokongan dan pengurusan teknikal (TSM). Pakar penyelesaian permainan bersepadu  (mesin judi online) yang berpangkalan di Pulau Pinang mencatatkan pendapatan sesaham sebanyak 1.72 sen, berbanding kerugian sesaham sebanyak 0.17 sen pada 2QFY22.

Hubungan Hamzah Zainudin dengan taikun judi perkara biasa termasuk membebaskan pesalah jenayah dadah yang ditangkap ratusan juta sebelum ini namun tidak didakwa hingga kini.

Menurut sumber beberapa lagi datuk dan tan sri ditahan SPRM. Perkara ini akan diumumkan kemudian.

 

 

Comment