Selepas ditolak MRT bagaimana Syarikat Hercules bakal diberi Projek LRT3 oleh Prasarana kerana Rasuah?
07:03 Mar 09, 2018  |  By SabahKini2
Selepas ditolak MRT bagaimana Syarikat Hercules bakal diberi Projek LRT3 oleh Prasarana kerana Rasuah?

Apakah Prasarana juga menutup mata kepada syarikat Hercules Engineering yang telah banyak menipu dalam permohonan pensijilan dan pentauliahan. Apakah Masnizam Hisham CEO Prasarana tidak menyiasat syarikat ini?

LAPORAN SALAH LAKU RASUAH SYARIKAT HERCULES ENGINEERING (SEA) SDN BHD. CARA PEROLEHAN SIJIL MS ISO:2005EN15129 MERAGUKAN HANYA 2 BULAN, TIADA TESTING MACHINE SERTA TIDAK MENCAPAI STANDARD SEBENAR. SELEPAS DITOLAK MRT BAGAIMANA HERCULES BAKAL DISYOR PROJEK LRT 3 OLEH KUMPULAN PRASARANA MALAYSIA BERHAD (PRASARANA)?

Empat Siri artikel yang dihantar oleh pembaca sudah mendedahkan siapa syarikat Hercules (SEA) Engineering Sdn Bhd. Syarikat yang kebal dan punya akses dengan jabatan serta GLC. Selepas Jabatan Standard Malaysia, MRT dan kini Prasarana pula.

1. 26 November 2017 : Nyawa penumpang MRT dan LRT dalam bahaya! Skandal Rasuah Ketua Pengarah JSM MOSTI didedahkan

Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129. Kenapa KP JSM bersekongkol bahayakan nyawa? Bagaimana syarikat yang tidak punya testing machine sebenar boleh mendapat MS ISO:2005/EN15129? Malah hanya 2 bulan diluluskan berbanding syarikat lain.

http://sabahkini2.com/en/news/343/hercules-engineering-sea-tiada-testing-machine-tapi-dapat-sijil-ms-iso2005en15129-kenapa-kp-jsm-bersekongkol-bahayakan-nyawa/view

2. 3 Disember 2017: Rakyat dalam bahaya! Hanya 2 bulan: Kilang 'Reban Ayam' dapat sijil MS ISO 17025:2005 EN15129

Tidak masuk akal JSM meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Syarikat yang bertaraf dunia dan mengikut piawaian ISO17025/EN15129 mengambil masa bertahun dan mustahil 2 bulan sahaja diluluskan

Di dalam dokumen tender MRT sendiri mereka menekankan piawaian dan standard yang amat tinggi sehinggakan pihak Konsultan yang di lantik oleh pihak MRT harus datang ke kilang tersebut untuk membuat testing dan menunjukkan LAB TEST DAN MACHINERY EQUIPMENT YANG MENGIKUT ISO17025 EN15129. Namun Hercelus Engineering Sdn Bhd tidak mempunyai standard itu sekian lama.

http://sabahkini2.com/en/news/204/rakyat-dalam-bahaya-hanya-2-bulan-kilang-reban-ayam-dapat-sijil-ms-iso-170252005-en15129/view



3. 15 Januari 2018: Hercules Engineering (SEA): Tiada Testing Machine tapi dapat Sijil MS ISO:2005EN15129.

Bagaimana syarikat yang tidak punya testing machine sebenar boleh mendapat MS ISO:2005/EN15129? Malah tidak ada penjelasan bagaimana tidak masuk akal JSM meluluskan pensijilan ini dalam masa 2 bulan kepada Syarikat Hercules Engineering (SEA) Sdn Bhd. Saranan kepada siasatan SPRM ialah menyiasat konsultan yang dilantik JSM membuat penilaian terhadap Hercules Engineering.

http://sabahkini2.com/en/news/343/hercules-engineering-sea-tiada-testing-machine-tapi-dapat-sijil-ms-iso2005en15129-kenapa-kp-jsm-bersekongkol-bahayakan-nyawa/view

4. 10 Februari 2018: Hercules Engineering Syarikat Gagal: Mengapa CEO Prasarana baharu biarkan nyawa penumpang MRT-LRT 3 dalam bahaya?

Apa sudah jadi? Sudah tahu syarikat bermasalah dan penuh kontroversi dengan kes rasuah tetap diberi keutamaan oleh Prasarana. Apa hubungan istimewa mereka ini? Sebelum ini pihak Syarikat Prasarana tahu bahawa produk syarikat HERCULES ini telah gagal di MRT 2 dan pihak konsultan sendiri mengesahkan tidak meluluskan produk syarikat ini. Namun syarikat yang meragukan ini tetap dipanggil untuk menyertai tender Prasarana sedangkan mereka tahu kelemahan syarikat ini. Mengapa Masnizam Hisham CEO Prasarana baharu terus memberi peluang jika tahu syarikat tidak kompeten?

http://sabahkini2.com/en/news/446/-hercules-engineering-syarikat-gagal-mengapa-ceo-prasarana-baharu-biarkan-nyawa-penumpang-mrt-lrt-3-dalam-bahaya/posted

Menurut sumber dalaman kali ini pihak pengurusan perolehan Prasarana ingin mencadangkan kepada Lembaga Pengarah Prasarana dan MOF untuk memberikan Tender berikut kepada Hercules (SEA) Engineering Sdn Bhd;

  1. SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION OF BRIDGE BEARING EASTERN 2 FOR PACKAGE BRG (E) 2 FOR LIGHT RAIL TRANSIT LINE 3 (LRT 3) FROM BANDAR UTAMA TO JOHAN SETIA
  1. SUPPLY, DELIVERY AND INSTALLATION OF BRIDGE BEARING WESTERN 1 FOR PACKAGE BRG (W) 1 FOR LIGHT RAIL TRANSIT LINE 3 (LRT 3) FROM BANDAR UTAMA TO JOHAN SETIA

Apakah Prasarana juga menutup mata kepada syarikat Hercules Engineering yang telah banyak menipu dalam permohonan pensijilan dan pentauliahan. Apakah Masnizam Hisham CEO Prasarana tidak menyiasat syarikat ini?

Adakah beliau buta? Atau beliau pun turut bersekongkol? Oleh kerana Hercules pemain lama dalam industri memegang ramai pihak dalam MRT dan Prasarana jadi naiklah siapa sahaja CEO pun syarikat ini sudah berakar dan rasuah mereka tetap mengena.

"PUT YOUR FEET DOWN MASNIZAM AND TAKE ACTION AND TAKE CHARGE OF THIS SITUATION. IF YOU KEEP ON BEING BLIND AND TAKEN FOR A RIDE BY THE PROCUREMENT TEAM YOU BETTER RESIGN BEFORE WE EXPOSED MORE SCANDAL IN PRASARANA"

Antara dokumen yang perlu dihantar oleh Syarikat.Jika syarikat tidak layak bagaimana boleh melaksanakan projek ini

Jika SPRM boleh memerangkap dan menangkap kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan pegawai Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) awal Februari 2018 sehingga merampas RM4 juta wang tunai menyita beberapa hartanah bernilai RM2.7 juta termasuk rumah di Johor, Kuala Lumpur dan Sabah milik empat suspek yang ditahan reman pastinya ada sesuatu kepada syarikat Hercules (SEA) Engineering Sdn Bhd di JSM, MRT dan Prasarana.

Sebagai syarikat GL,  due diligence dan SOP adalah sangat penting. Jangan lah melanggar SOP. Sebagai CEO beliau perlu melihat semula pasukan teknikal tendernya yang dikuasai oleh Syarikat Hercules(SEA) Engineering Sdn Bhd dari peringkat pelawaan tender hingga penilaian tender.

Pengesyoran keputusan Lembaga Pengarah Prasarana kepada Kementerian Kewanan ( MOF) hendaklah menolak syarikat yang tidak mencapai Standard ini dengan perolehan sijil Standard yang meragukan yang boleh mengundang bencana, "backfire" dan segala "risk assessment" jika berlaku perkara-perkara yang membahayakan nyawa rakyat. Malang tidak berbau!. Masnizam tidak boleh terlalu percaya dengan pasukan team "procurement department Prasarana" yang dibela sekian lama oleh syarikat Hercules ini. Hercules memonopoli sekian lama.

Due diligence harus dibuat bukan sahaja dokumentasi tapi di dalam market survey juga.

Masnizam perlu menolak keras syarikat ini kerana pihak MRT sendiri tidak memperakukan apa sahaja syarikat ini keluarkan. Syarikat Hercules adalah syarikat penipu dan mengambil kesempatan terhadap quality dan performance of product. Mereka mengugut dan punya senjata mengeluarkan nama -nama pegawai yang mereka telah beri rasuah selama ini jika mereka tidak diberikan projek di jabatan, agensi atau syarikat milik kerajaan.

By

Abdul Rahim Bin Majid

Comment