Syarikat judi RGB sahkan CEO ditahan SPRM, kini dikat jamin bakal kerjasama SPRM dedah sokongan judi
13:08 Aug 30, 2023  |  By SabahKini2
Syarikat judi RGB sahkan CEO ditahan SPRM, kini dikat jamin bakal kerjasama SPRM dedah sokongan judi

RGB pada asalnya buat penafian. Namun terpaksa mengaku CEOnya Chuah Kim Seah ditahan SPRM berhubung dana judi. Sebenarnya ramai lagi ditahan termasuk Taikun Tropicana dan Taikun Waz Lian Group. Tapi..

Selepas pendedahan mengenai syarikat RGB International Bhd (RGBI), SPRM mengesahkan penahanan 13 individu termasuk Tan Sri dan Datuk Seri berhubung siasatan pemberian rasuah oleh syarikat perjudian membawa kepada pembekuan akaun individu dan syarikat bernilai RM40 juta. SPRM juga  sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai berada di luar negara sejak seminggu lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- RGB International Bhd Syarikat Judi Taja Hamzah, VIP, PN: CEO dan Tan Sri di tahan SPRM? ]

Penahanan Pengarah Urusan RGB International Dato’ Seri Chuah Kim Seah membuka mata semua pihak. Bagaimanapun RGB pada asalnya menafikan penglibatan penajaan judi kepada Hamzah dan ahli politik lain. 

RGB International Bhd (RGBI) akhirnya mengesahkan bahawa beberapa pengarahnya telah dilepaskan melalui ikat jamin, dan sedang bekerjasama dengan SPRM berhubung membiayai kempen pilihan raya menggunakan wang sogokan perjudian.

"Lembaga Pengarah RGBI ingin menjelaskan lanjut bahawa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif RGBI Norazman Hamidun tidak lagi ditahan oleh SPRM.

"Pengarah Urusan RGBI Chuah Kim Seah pula kini diikat jamin dan memberikan kerjasama penuhnya dalam siasatan itu. Syarikat ingin menekankan bahawa siasatan tertumpu kepada perniagaan peribadinya yang berkaitan dengan kelab slot.

“Penglibatan RGB dalam siasatan ini adalah semata-mata berkaitan penjualan mesin perjudian kepada kelab slot Malaysia,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) semalam.

Menurut syarikat itu, RGB Sdn Bhd, anak syarikat milik penuhnya hanya melakukan penjualan langsung mesin slot dan aksesorinya, serta tidak mempunyai penglibatan atau pemilikan dalam kelab slot Malaysia.

Syarikat itu seterusnya menegaskan bahawa pengarahnya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana ahli politik dan sedang bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan SPRM.

Isnin lalu, adalah dilaporkan bahawa siasatan SPRM didakwa menemui bukti yang menunjukkan bahawa dana daripada beberapa syarikat perjudian digunakan untuk membiayai sekurang-kurangnya 3 kempen pilihan raya sejak 2018.

SPRM mendapati dana bernilai RM6 juta hing­ga RM7 juta itu dipercayai di­terima orang kenamaan dan pemimpin politik selepas syarikat perjudian ter­sebut diberi lesen mengope­rasikan aktiviti mesin slot di kelab persendirian dan persa­tuan dimiliki syarikat pengendali mesin judi.

Sebahagian daripada dana itu kemudiannya didakwa digunakan untuk membiayai kempen semasa pilihan raya umum ke-14 dan ke-15, serta enam pilihan raya negeri baru-baru ini.

Sekurang-kurangnya 14 orang dilaporkan telah ditahan dan lebih ramai lagi akan dipanggil bagi menyelesaikan skandal perjudian membabitkan rasuah berkenaan.

Siapa lagi ditahan?

Sumber juga mengesahkan  Taikun Tropicana iaitu Tan Sri Danny Tan Chee Sing dan anaknya, Tan Sri Ta dan Datuk David Cheng turut di tahan SPRM. Ramai juga Taikun Tan sri namun biarlah SPRM menyiasat kes ini.

 

Comment