Thomas Hah Tiing Siu perlu buktikan Projek Kambing terbesar Sabah atau pulangkan kembali tanah!
13:10 Oct 14, 2023  |  By SabahKini2
Thomas Hah Tiing Siu perlu buktikan Projek Kambing terbesar Sabah atau pulangkan kembali tanah!

Thomas perlu buktikan tanah 968.4 hektar dijayakan untuk Pertanian dan Projek Kambing. Bolehkah 2025, 2026 dan 2027 75% bukti diusahakan? Atau jika Thomas gagal, tidak mahu laksana maka kembalikan tanah ini kepada kerajaan.

Page Facebook Edisi Panas Sabah sudah ditutup. Sebaran juga dimasukkan dalam Telegram Edisi Siasat. Khabarnya pegawai yang membocorkan maklumat juga telah dikesan. Laporan polis semua pihak juga telah dibuat.

Bagi Sabahkini2 penjelasan sebelum ini sudah jelas. Tiada salahnya permohonan  memohon 968.4 hektar (2,393 ekar) untuk tujuan projek pertanian dan penternakan kambing di Pulau Balambangan  Kudat.

[ ARTIKEL BERKAITAN-  Dalang fitnah KM Sabah terdedah: Surat JTU bukti hanya Projek Kambing bukan projek lombong pasir! ]

Permohonan Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu menggunakan empat syarikatnya Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd (1447216-X), Dayang Aurora Sdn. Bhd (1351109-A), Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd (1351140-U) dan Innovate Platinum Sdn. Bhd (1351115-H) tertakluk kepada terma dan syarat ketat Kerajaan Negeri dan Jabatan Tanah & Ukur Sabah selain agensi berkaitan bagi projek Pertanian dan Penternakan.


 

 

 

Pemilikan tanah juga belum berlaku oleh JTU kepada 4 syarikat milik Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu ini bermakna tanah masih milik Kerajaan. Bila-bila masa boleh dibatalkan. 

Buktinya di atas Surat Jabatan Tanah & Ukur Sabah dan Pejabat Hasil Bumi Sabah TUJUAN PERTANIAN BERNILAI EKONOMI DAN PENTERNAKAN KAMBING- BUKANNYA PERMOHONAN PERMIT UNTUK LOMBONG PASIR! Sebagaimana tuduhan fitnah kepada Kerajaan Negeri dan Ketua Menteri Sabah.

Ini termasuk syarat jika pertanian, 75% daripada tanah tersebut di tanam sepenuhnya mengikut terma dan syarat- sebelum 1 Januari 2025 dan tumbuhan/pokok yang diluluskan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Sahaja serta tidak boleh disewa atau ditukar milik.


 


Begitu juga jika PROJEK PENTERNAKAN KAMBING/ GOAT FARMING untuk kelulusan JTU Syarikat Best Plantation Ecotourism Sdn. Bhd. L.S.531.1.66/(19), Inspirasi Dinamik Sdn. Bhd. L.S.531.1.64/(19) dan Innovate Platinum Sdn. Bhd. L.S.531.1.67/(18).

Dengan syarat terma lebih ketat bahawa tanah yang dipohon hanya untuk penternakan kambing mengikut kelulusan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah Tahun-tahun tertentu yang ditetapkan seperti sebelum 1 Januari 2025, 2026 dan seterusnya 2027 sehingga semua tanah itu diusahakan mengikut  jumlah ekar  yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah.  Begitu juga larangan sewa dan tukar hak milik tanpa kebenaran JTU.

Ini  bermakna Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu TIADA PILIHAN selain melaksanakan PROJEK PERTANIAN  DAN PENTERNAKAN KAMBING/ GOAT FARMING

Jika Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu berjaya mengikut terma dan syarat yang diluluskan Kerajaan bermakna Projek Penternakan Kambing Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu adalah terbesar di Sabah dengan keluasan lebih 2000 ekar di Pulau Balambangan Sabah.

Jika tidak berjaya Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu perlu MEMULANGKAN TANAH lebih 2000 ekar ini kembali kepada Kerajaan Negeri Sabah.

Kalau jadi penternakan kambing terbesar kan bagus. Kerajaan tak keluar duit sendiri dan boleh beri pekerjaan kepada penduduk
Pulau Balambangan Kudat. KALAU lah..

 

TANAH YAYASAN SABAH DAN TANAH DILULUSKAN KEPADA SYARIKAT
DATO’ SRI THOMAS HAH TIING SIU TANAH BERBEZA

 

Tanah yang diluluskan PROJEK SILIKA PULAU BALAMBANGAN KUDAT  zaman Warisan 2,418 hektar bukan Kawasan sama yang dipohon Dato’ Sri Thomas Hah.

Ada dokumen ditularkan Dato’ Sri Thomas Hah memohon kerjasama melaksana projek bersama di tanah 2,418 hektar milik Yayasan Sabah namun tidak diluluskan oleh Yayasan Sabah setakat ini.

Hanya Yayasan Sabah boleh melaksana Projek Silika. Projek Silika Yayasan Sabah pada tahun 2019 (YSG Silica Sdn Bhd) ditandatangi  dengan KTS Group ( Aura Evenue Sdn Bhd). Namun tidak mendapat kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) sehingga hari ini.

 

 

 

Maka menuduh Dato’ Sri Thomas Hah Tiing Siu bakal melaksana projek PASIR dan mendapat kelulusan EIA adalah jelas tidak benar

Manakala Projek SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd sebuah syarikat China yang melabur RM2 bilion di Sabah perlombongan pasir silika di Sikuati, Kudat TIDAK ADA KAITAN dengan tanah SILIKA di Pulau Balambangan Kudat.

 

2 Comments