Zahid kata tiada kemelut politik, rakan UMNO PRN Sabah ditentukan selepas DUN dibubarkan, tapi..
11:01 Jan 08, 2024  |  By SabahKini2
Zahid kata tiada kemelut politik, rakan UMNO PRN Sabah ditentukan selepas DUN dibubarkan, tapi..

Presiden UMNO Zahid Hamidi menafikan pergolakan politik besar berlaku di Sabah. Ia susulan isu rakan UMNO BN dalam PRN Sabah yang sebelum ini dikaitkan dengan Warisan. Keputusan akan dibuat selepas DUN Sabah dibubarkan...

Sejak dua hari lalu media melaporkan spekulasi kehadiran Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berada di Sabah untuk menyelesaikan ketegangan politik yang dilaporkan berlaku di negeri Sabah. Benarkah ada ketegangan? apakah ketegangan itu?

7 Januari lalu Zahid sebagai berkata, kenyataan rasmi mengenai situasi membabitkan Umno, Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan GRS, menjelang pilihan raya negeri Sabah ke-17, akan dikeluarkan di Kota Kinabalu.

Zahid berkata tiada  sebarang pergolakan politik besar berlaku di Sabah. Beliau memaklumkan pertemuannya bersama pemimpin UMNO Sabah  bertujuan mengemas kini beberapa kerja politik, terutamanya penyusunan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka diadakan pada penghujung tahun depan.

"Saya ingin menolak dakwaan bahawa terdapat kemelut politik di Sabah. Sebaliknya, keberadaan saya di negeri ini bagi menghadiri Majlis Peluncuran Pembangunan Kedamaian sempena Rumah Terbuka Sambutan Krismas Kedamaian 2023.

"Tidak wujud kemelut politik di Sabah. Namun, perjumpaan saya dengan rakan-rakan kepimpinan politik terutamanya UMNO hanya bertujuan mengemas kini beberapa kerja-kerja politik, khususnya di dalam penyusunan struktur jentera setelah selesai pilihan raya umum (PRU) dan PRN di enam negeri sebelum ini.

"Walaupun kita tahu bahawa PRN Sabah hanya akan diadakan selewat-lewatnya pada akhir tahun depan tetapi tidak salah sekiranya UMNO melakukan tindakan siap siaga dari sekarang.

"Jangan ada mana-mana pihak yang membuat analisis atau spekulasi bahawa sesuatu sedang berlaku dari segi politik di negeri Sabah," katanya

 

Sebelum ini Umno Sabah yang diketuai Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Warisan di bawah presidennya Shafie Apdal. Bung Moktar turut hadir dalam perasmian Mesyuarat Agong Warisan baru-baru ini.

Sekalipun Datuk Seri Rahman Dahlan dan Datuk Dr Asyraf Wajdi Setiausaha Agung Umno memaklumkan tiada kerjasama muktamad tetapi Bung megesahkan kerjasama itu.

 

Rakan kerjasama UMNO Sabah diputuskan selepas BUBAR Dun

Bagaimanapun perjumpaan Zahid dengan UMNO Sabah telah memutuskan rakan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Umno pada PRN Sabah akan ditentukan selepas DUN bubar. 

Pengerusi BN yang juga presiden Umno berkata, parti itu sedia berkolaborasi dengan mana-mana parti asalkan mampu bermuafakat dalam menjaga kesejahteraan rakyat Sabah dan negara ini secara keseluruhannya.

“Kita punya pendirian politik ini pragmatik dan jalinan kerjasama (pada PRN Sabah) boleh dilakukan dengan mana-mana parti politik, yang penting kerajaan ditubuhkan mendapat dukungan majoriti rakyat.

“Dalam perkara ini, kepentingan utama (adalah untuk) kukuhkan kerajaan perpaduan, sama ada di peringkat nasional atau negeri, semangat itu harus ada,” katanya

Beliau berkata dalam mendepani PRN Sabah juga, BN dan Umno Sabah mempunyai autonomi sendiri untuk memutuskan perkara-perkara, antaranya calon mewakili parti serta calon disokong sebagai ketua menteri, yang mana perkara itu perlu dimaklumkan kepada pengerusi BN.

Keputusan Presiden UMNO ke Sabah dilihat masih belum selesai dan dijangka isu Kerjasama UMNO- Warisan ini akan meletup semula. Zahid wajar memikirkan perubahan kepimpinan UMNO Sabah.

Menurut sumber kerjasama UMNO Warisan pada asasnya telah diputuskan iaitu antara UMNO, Warisan dan Pakatan Harapan. Warisan dikatakan mahu kawasan pantai timur sahaja, PH kerusi bandar, UMNO kawasan Muslim atau kerusi tradisi mereka menangi dan bakinya kerusi KDM yang mungkin ditentukan kemudian. Bolehkah Warisan mengorbankan kerusi terbanyaknya kepada UMNO?

Persoalan lain bolehkah PH Sabah bekerjasama dengan Warisan sekali lagi? Jika benar kerjasama ini telah diputuskan hanya belum diumumkan bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana hanya meneruskan kegagalan kerjasama sama sebelum ini.

 

Kerjasama Umno Sabah- Warisan tutup malu kegagalan ‘Langkah Kinabalu’

Kerjasama Umno Sabah dan Warisan bukan baharu ia susulan kegagalan ‘Langkah Kinabalu’ pada januari 2023.  Ia hanya menyambung usaha Bung Moktar dan Shafie Apdal selepas gagal menggulingkan Datuk Seri Haji Hajiji Ketua Menteri Sabah.

Malu dan keegoan mesti ditutup. Ramai menasihati Bung Moktar bahawa ‘Langkah Kinabalu’ sebagai satu kesilapan terbesar Bung Moktar tetapi nampaknya Bung tidak mahu mendengar pandangan ahli Umno Sabah sendiri. Di depan mata kesan buruk Langkah Kinabalu semua petugas parti di peringkat bahagian ditamatkan tidak bekerja lagi yang sekaligus menjejaskan pendapatan mereka. Tidak kurang ramai yang ‘menyeberang’ ke PGRS dan parti lain. Ini bukan soal kesetiaan semata tetapi kehidupan rakyat. Bagi pemimpin kaya hilang jawatan tidak mengapa tetapi bagi rakyat dan petugas parti bagaimana?

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] 'Langkah Kinabalu' kesilapan terbesar Bung Moktar, kini langkah kerjasama UMNO-Warisan

[VIDEO] 'Langkah Kinabalu' kesilapan terbesar Bung Moktar, kini langkah kerjasama UMNO-Warisan

 

Warisan Parti banyak isu

Pengumuman Shafie dan Bung mengenai kerjasama Warisan -UMNO mencetuskan pergolakan UMNO Sabah  antara Bung Moktar dan juga Datuk Rahman Dahlan Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah. UMNO Sabah tidak pernah belajar dari kesilapan kegagalan 'Langkah Kinabalu' mengejar jawatan Ketua Menteri akhirnya semua hilang.

Warisan adalah parti yang banyak masalah di Sabah khususnya isu terkait Warisan mendokong 'Projek IC', Stateless dan hubungan dengan penjenayah di Sabah. Seperti tangkapan Polis DiRaja Malaysia baru -baru ini terhadap Ketua Kartel Dadah terbesar Sabah, Dato' Seri Maslan Sani atau Geng Upik yang mempunyai kaitan dengan Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri KDN dan pegawainya Datuk Jasni Mohammad.

Terdapat video-video di laman sosial seperti Tiktok mengenai Kartel Dadah Dato' Seri Maslan Sani ditonton lebih 1.2 juta menunjukkan rakyat percaya kartel dadah punya hubungan rapat dengan pemimpin Warisan. 

 

Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

ARTIKEL BERKAITAN-  Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

ARTIKEL BERKAITAN- Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa

Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa

Isu-isu ini pasti akan menghantui Warisan menjelang PRN Sabah. UMNO BN yang banyak menyerang Warisan dengan isu-isu kewarganegaraan, projek IC, 'Sempornarian' juga projek-projek rasuah pastinya lebih sukar mempertahan dan memuji rakan gabungan barunya. Begitu juga Warisan yang sebelum ini menyerang UMNO BN dengan pelbagai isu ketika menjadi kerajaan. 

Sabah dijadualkan untuk mengadakan pilihan raya negeri tahun depan, walaupun terdapat jangkaan bahawa Hajiji mungkin akan mengadakan pilihan raya tahun ini namun berdasarkan pencapaian ekonomi negeri yang mengutip hasil pendapatan mencecah lebih RM6 bilion sudah tentu Hajiji akan menguji  dana-dana itu memberi manfaat kepada  rakyat tahun ini. 

 

1 Comment