Gagal Dapat Baki RM450 Ribu Kini Fred Gabriel Jual Parti Warisan RM13 juta?
04:03 Mar 16, 2018  |  By SabahKini2
Gagal Dapat Baki RM450 Ribu Kini Fred Gabriel Jual Parti Warisan RM13 juta?

Musim Pilihanraya hampir tiba. Penubuhan parti juga adalah satu perniagaan. Kali ini Parti Warisan yang dulu dijual RM500 ribu kini bakal melonjak RM13 juta?

KOTA KINABALU: Parti Warisan yang belum dibayar RM450 ribu kini khabarnya bakal dijual lagi kepada pihak-pihak tertentu yang sanggup membayar lebih tinggi.

Sumber rapat dengan Fred Gabriel dan Setiausaha Agung Parti Pembangunan Warisan Sabah (Kini Warisan) sudah bosan dengan janji-janji Shafie Apdal Presiden Warisan baru dan Peter Anthony yang belum melangsaikan bayaran penuh pengambil alihan parti itu.

Fred dikatakan sudah bertemu beberapa pihak tertentu untuk membuka harga jualan. Khabarnya sebagaimana beberapa parti di Sabah yang pernah dibeli sehingga RM13 juta maka tiada halangan harga parti Warisan dibuka RM 10 juta hingga RM13 juta jika ada yang sanggup membelinya. Dalam pilihan raya semua boleh berlaku. Jual beli parti adalah perniagaan menguntungkan.

Sumber Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini mengesahkan secara undang-undang Fred Gabriel masih sah sebagai Presiden Warisan bukan Shafie Apdal. Ini bermakna Fred Gabriel mempunyai kuasa menandatangi watikah calon dan bukannya Shafie Apdal. Proses pengambil alihan Warisan pada tahun 2016 disahkan sendiri oleh orang kanan Shafie Apdal bahawa Warisan menggunakan minit Mesyuarat Agung Tahun  PALSU untuk pertukaran Presiden lama kepada baru. 

Bagaimanapun perkara ini tidak didedahkan sehinggalah Warisan menyelesaikan semua perkara-perkara berkaitan berhubung pengambil alihan parti Warisan.

Ini bermakna jika Fred Gabriel dan Setiausaha Agung lama menjual parti Warisan dengan harga lebih tinggi dari harga RM500 ribu dan jika berpindah keluar negara ia sudah tentu sangat menguntungkan buat Fred, keluarga dan AJK lamanya.

Shafie Apdal dan Peter dikatakan sedang memerhatikan gerak-geri Fred Gabriel dan Setiausaha Agung lama bimbang Fred melarikan diri atau bertindak di luar kawalan. Ada kemungkinan Fred dan Setiausaha Agung lama Warisan boleh menghilang dalam pilihan raya ini. Jika ini berlaku Warisan, bakal calon serta ahli Warisan yang sangat berharap akan merasa kecewa, perjuangan menjadi sia-sia. 

Baru-baru ini Warisan menunjukkan bahagian-bahagiannya sedang mengadakan mesyuarat Bahagian namun menjadi tanda tanya bilakah mesyuarat cawangan parti itu diadakan?

Sebagaimana PPBM jika ROS memberikan Notis 14 (2) untuk mengemukakan Minit-minit Mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Pusat serta perihal penyata kewangan parti maka Warisan juga akan bakal bergelut masalah yang sama seperti PPBM. Kini sudah 15 Mac AGM Pusat Warisan belum ada tanda-tanda diadakan.

Shafie Apdal juga akan menggunakan Pelan B jika berlaku masalah yang tidak diingini termasuk menggunakan Logo PKR atau DAP. Lantaran itu hubungan Warisan dengan Pakatan Harapan Sabah (PH) perlu dikekalkan. 

Perkembangan politik ini menarik menjelang baki sebulan Pilihanraya Umum ke 14 ini. Ini bermakna sebulan dari sekarang Parti Warisan  terbuka untuk dijual.

39 Comments