SPRM, LHDN digesa siasat akaun Sabrina isteri Johnathan 'scammer' mewah miliki Lamborghini hasil wang haram
00:02 Feb 19, 2024  |  By SabahKini2
SPRM, LHDN digesa siasat akaun Sabrina isteri Johnathan 'scammer' mewah miliki Lamborghini hasil wang haram

Johnathan sudah didakwa di mahkamah 3 kali tetapi isterinya Sabrina penama syarikat, aset dan akaun tidak ditangkap serta didakwa.Hidup mewah miliki 2 Lamborghini serta semua duit haram dlm akaun Sabrina.Mengapa tak beku semua aset dan akaun bank? Ada yan

 

 Berita RTM- Kes penipuan Johnathan

 

Nampaknya perbicaraan Dato’ penipu, Dato' Johnathan Wong Futt Po yang dilaporkan menipu lebih RM10 juta mangsanya mengambil masa yang panjang.

8 Februari lalu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan 8 dan 9 ogos 2024 sebagai tarikh permulaan untuk perbicaraan untuk satu kes membabitkan kes Johnathan Wong Futt Po yang didakwa menipu sejumlah wang bernilai RM3.3 juta berkait lesen pelaburan.

Hakim, Datin Sabariah Osman menetapkan tarikh berkenaan di mana seramai enam orang saksi akan memberikan kenyataan bagi kes berkenaan, sementara Timbalan Pendakwa Raya, Akmalzatul Mohamed Nawi turut memaklumkan, beliau telah menyerahkan 19 dokumen di bawah Seksyen 21.

Peguamnya Datuk Rajpal Singh terkenal membela penjenayah terkenal seperti Datuk Sri Nicky Liow Soon Hee (Gang Nicky), Paul Yong Choo Kiong (DAP) Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh kes rogol amah dan Datuk Mohd Arif Ab Rahman bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dipenjara tiga kes rasuah tahun 2018.

Media sebelum ini melaporkan terdapat 3 kes pertuduhan mahkamah buat Johnathan Wong Futt Po; 

 

Jumlah penipuan Johnathan Wong Futt Po melebihi RM10 juta. Bagaimanapun kes 3 telah disah dibicarakan pada 8 dan 9 ogos 2024 bagi penipuan RM3.3 juta. Dua kes lagi pada masa mendatang.

Namun apa yang dilihat dua kali Johnathan Wong Futt Po ke mahkamah untuk pengurusan kesnya tiada sesiapa hadir hanya dia seorang. Tiada isteri Datin Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng dan keluarganya datang menyokongnya. 

 

Ini kerana  Johnathan Wong Futt Po jelas tidak mahu mengheret isterinya Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng bersama. 

Dalam pendedahan Sabahkini2.com penipuan lebih RM10 juta ini dilakukan Johnathan Wong Futt Po bersama isterinya  Sabrina.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tipu lebih RM 10 juta, Presiden NGO Sukan, Johnathan Wong dalang tipu pelaburan dan ‘cuci’ wang haram dituduh di mahkamah]

Tipu lebih RM 10 juta, Presiden NGO Sukan, Johnathan Wong dalang tipu pelaburan dan ‘cuci’ wang haram dituduh di mahkamah

 

Pertuduhan hanya dibuat kepada  Johnathan Wong Futt Po sedangkan semua tahu Jonathan yang pernah muflis itu bersekongkol dan menyalurkan semua dana pelaburan tipu ke dalam syarikat isteri dan akaun milik isterinya.

MENGAPA TIDAK TANGKAP ISTERI JOHNATHAN SABRINA MICKAGNES LEE YAN CHENG DAN BEKU AKAUNNYA?

Mengapa polis tidak menyiasat isterinya Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng dan membeku akaun wang haramnya sebagai kes AMLA?

Menurut sumber Peguam Johnathan Datuk Rajpal Singh pembela Gang Nicky itu sedang melakukan 'kawtim' dengan penguatkuasa untuk tidak menangkap isterinya Sabrina dan berunding pelbagai pihak membuang kesnya.

Secara terang syarikat isterinya Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng itu ialah SAB ASSOCIATES, JW SAB & PARTNERS SDN BHD DAN SINAR MAJESTIK SDN BHD

Mengapa Polis, LHDN dan SPRM tidak siasat saja akaun Sabrina isterinya?

 

Syarikat  Interprise

 

 

 SINAR MAJESTIK SDN BHD


 Semua syarikat Johnathan di atas nama isteri dan seorang proksi
bernama Chiew Chak Meng

Hari ini Johnathan Wong Futt Po berseorangan ke mahkamah selepas menipu lebih RM10 juta dan isterinya kaya raya memiliki wang puluhan juta memiliki Banglo mewah berharga RM16 juta di 15, Lorong Hillview 2C, Taman Hillview, 68000 Ampang selain tenah bergeran 52943 Lot 6115 Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor.

Malah dua Lamborghini LP580-2 model 2016 Nombor pendaftaran TG18 dan Lamborghini URUS QRS 18 atas nama isteri Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng (KP  860604-43-6XXX)


 
Lamborghini URUS QRS 18 boleh diperiksa di JPJ atas nama 
isterinya Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng

 

 

Dari mana Johnathan dan Sabrina boleh membeli Lamborghini LP580-2 model 2016 Nombor pendaftaran TG18 dan Lamborghini URUS QRS 18 yang sudah dibayar habis pinjaman daripada bank?

Dari mana sumber semua wang ini? termasuk menaja Filem ABANG DAN ADIK jika tidak duit haram hasil penipuan daripada pelabur.

SPRM dan LHDN digesa menyiasat kerana Johnathan sangat kebal dari siasatan. Sehingga ke hari ini dana haram dalam akaun Sabrina tidak pernah dibekukan. Tiada sitaan dan rampasan aset sedangkan pertuduhan di mahkamah dibuat. LHDN perlu buktikan Johnathan dan Sabrina hidup mewah tetapi tidak membayar cukai. 



18 Comments