Sekian lama tidak selesai. Bagaimana sebuah kampung berusia 60 tahun boleh dirampas oleh individu keluarga 'Ab Jubar' pada tahun 2023? Wakil rakyat dan DO gagal selesai. Tiada penjelasan JTU dan PPHT. Fail hilang, tersembunyi dan bermacam alasan...
Isu mengaitkan salahguna kuasa dan rasuah di Pejabat Daerah, Jabatan Tanah Ukur dan Pejabat Pemungut Hasil Tanah (PPHT) dan jabatan lain bukanlah isu baru. Sabahkini2 pernah mendedahkan maklumat kes rasuah SKN bekas Pengarah JTU yang luluskan tanah kepada mentua dan isteri, 5000 tanah SFI ambil jadi milik kroni Warisan, 180 ekar tanah Sook kepada 'orang suluk' dan banyak lagi. Isu tanah kecurangan JTU ni ramai tahu. Tanah adat berukar nama syarikat, tanah orang lain dirampas merekalah dalangnya.
Paling mengejutkan ialah kelulusan segera 16 Mac 2023 pejabat Tanah dan Ukur Sabah kepada 4 syarikat milik Datuk Thomas untuk Tanah Balambangan Kudat Sabah bagi projek penternakan kambing yang kecoh tahun lalu. Pajakan 99 tahun itu kepada Dayang Aurora Sdn dan 3 lagi syarikat dengan kelulusan terpantas. Bagaimana begitu? semuanya kerana rasuah kepada pegawai. Tiada kepentingan maka tiada kecepatan.
Contoh surat magic dari JTU. Akhirnya tanah dipulangkan kembali kepada kerajaan
Menurut sumber siapa punya wang boleh bayar Pengarah JTU dan PPHT untuk percepatkan surat pemilikan tanah. Jika tiada kantoi, viral maka tersembunyilah salah laku rasuah dan guna kuasa itu.
KAMPUNG JIMPANGAH ST JOHN BEAUFORT SABAH
Itulah apa yang berlaku kepada penduduk Kg Jimpangah St John Beaufort Sabah.
Isu perkampungan St John Beaufort Beaufort bukan isu baru ia tempoh panjang sejak beberapa wakil rakyat Parlimen Beaufort dan adun bertukar ganti seperti bom jangka kini ia meletup. Bila menjadi isu tiada satupun wakil rakyat Parlimen Beaufort tampil setidaknya bantu menyelesaikan isu.
Memang benar Kg Jimpangah tanah bergeran atas nama The British Borneo Para Rubber Tape yang diduduki sejak 60 tahun lalu lebih 50 buah rumah dengan pelbagai jenis tanaman kini tiba-tiba bertukar tangan kepada pemilik individu. Siapa individu ini? besar kabel dia mampu untuk merampas tanah lama yang dipohon penduduk? Bagaimana ia dilakukan? siapa pegawai Daerah, JTU dan PPHT yang terlibat?
Tanah yang dipohon sejak 1991 ini pernah disokong oleh arwah Datuk Seri Panglima Haji Lajim bekas Ahli Parlimen Beaufort sepatutnya telah selesai apabila diarahkan kepada Jabatan Tanah Ukur Beaufort untuk diberi pertimbangan semula diwartakan sebagai rezab perkampungan memandangkan tanah tu berstatus CL tempoh pajakan 99 tahun telah tamat.
Tanah The British Borneo Para Rubber Tape yang tamat tempoh sepatutnya menjadi milik Kerajaan Negeri dan tidak sepatutnya dimiliki oleh individu memandangkan di tanah itu bekas keturunan pekerja ladang getah masih ada. Selepas The British Borneo Para Rubber Tape meninggalkan estet tiada lagi individu yang pernah memiliki, membeli atau menjual tanah itu.
AJK Tanah Perkampungan telah menulis surat kepada Pegawai Daerah Beaufort pada tahun 90-an lagi untuk memohon agar tanah yang diduduki digazet menjadi perkampungan.
Sejak dari Datuk Seri Pangliman Hj Lajim sebagai wakil rakyat penduduk kampung tidak dimaklumkan oleh Pegawai Daaerah atau Jabatan Tanah Ukur Sabah siapa pemilik atau individu yang mengambil alih tanah kampung malah banyak projek kerajaan seperti Dewan Mini, Tangki Air Graviti dan lain-lain menunjukkan kerajaan mengiktiraf kewujudan kampung ini.
Laporan di media sosial menunjukkan penduduk sangat nekad untuk mempertahankan kampung mereka. Ke mana mereka mahu pergi?
Kronologi dan paparan dokumen ditunjukkan dalam artikel ini membuktikan tanah kesahihan kampung ini. Mungkin ada dokumen yang tidak lengkap didedahkan yang akan didedahkan kemudian.
PERSOALAN?
Menjadi persoalan besar tiba-tiba pada tahun 2023 tanah sudah dibeli. Ada individu yang dikaitkan bekas keluarga Pegawai Daerah Beaufort Hj Mohd Sidek Hj Abd Jubar (2007-2010) katanya adiknya memasang papan tanda mengatakan tanah perkampungan ini kini menjadi milik persendirian sejak Disember 2022. Bagaimana itu berlaku? Siapa Pegawai Daerah, Pegawai JTU dan PPHT menjadi dalang kepada kelulusan permohonan tanah itu kepada individu? Siapa pegawai ambil rasuah menyebabkan masalah ini berlaku?
Sekalipun kes ini telah di bawa ke mahkamah tetapi ia bukan halangan menyiasat pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ yang dikatakan keluarga bekas Pegawai Daerah ini - tidak kisahlah siapa mereka pun. Bagaimana beliau kawtim dan bayar rasuah kepada Pegawai Daerah, JTU dan PPHT? SPRM perlu mengenal pasti pegawai terlibat. Malah dalam kes langgar penduduk kampung terdapat arahan pegawai polis Beaufort menghalang laporan dibuat. Mengapa? semuanya rasuah telah dibayar kepada anggota yang ada kaitan dengan keluarga Ab Jubar!.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat salah guna kuasa sama ada melibatkan pemimpin tempatan atau Pegawai Daerah dan JTU yang diam-diam ‘mencuri’ tanah rakyat ini.
Setakat ini tiada dokumen sahih menyatakan pemilik tetapi pihak yang menuntut menggunakan mahkamah untuk menghalau orang kampung. Strategi pemilik baru ialah cuba menjual tanah-tanah itu kepada pendudukan kampung yang puluhan tahun tinggal disitu yang sudah tentu ia sangat tidak adil buat penduduk kampung yang susah.
Insiden melanggar penduduk kampung
Bagaimanapun insiden tular ialah cubaan pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ melanggar penduduk kampung. Laporan polis dibuat tetapi dihalang oleh polis sendiri untuk menutup kes ini. Apakah OCPD Beaufort sedar perkara ini? Atau perlu pihak tertentu menghantar kepada IGP Tan Sri Razaruddin dan EDISI SIASAT agar tahu perangai sebenar anggota yang telah dibayar oleh Hj Mohamed Ali Ab Jubar itu.
Buktinya sudah lebih 24 jam mengapa ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ ini belum ditangkap sedangkan video cubaan melanggar itu sangat jelas.
KREDIT VIDEO: ANGGAI CHANNEL
Mengapa pula penduduk kampung dan aktivis yang lapor insiden langgar
disiasat bukan Haji Mohamed Ali Ab Jubar itu yang di tangkap?
Edisi Siasat tak minat lapor kes begitu kepada Tan Sri Razaruddin IGP?
KRONOLOGI LAPORAN PENDUDUK KAMPUNG JIMPANGAH
Dari kronologi sangat jelas berlaku unsur rasuah. Fail hilang dan bermacam-macam alasan daripada JTU dan PPHT.
PART 1
05 Disember 2022
Papan tanda dipasang oleh pihak yang mengaku sebagai pemilik tanah
18 Januari 2023
Pihak pengaku sebagai Pemilik mengedarkan memorandum penerimaan jual beli tanah. Mahu beli tandatangan tidak mahu beli keluar dari tanah atau berpindah segera.
20 Januari 2023
Perjumpaan penduduk kampung dihadiri WKAN bagi mendapat khidmat nasihat. AJK Bertindak ditubuhkan sebab JKDB berkata tidak kaitan dalam hal ini.
27 Januari 2023
Kunjungan hormat ke pejabat daerah Beaufort. Minta khidmat nasihat Tuan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Bin Ajun.
( feedback: beliau akan tolong buat rujukan ke jtu Beaufort, tapi tiada sebarang maklumbalas pada masa itu)
Tuan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Bin Ajun
30 Januari 2023
Laporan Polis dibuat atas sebab-sebab berikut :-
* pemilik hampir setiap hari datang ke rumah penduduk kampung bertanyakan sama ada mau beli atau tidak.
* pemilik juga mengugut salah seorang penduduk kampung, mengatakan dia tidak akan menjual lot tanah kepada penduduk kampung tersebut.
* Maklumat peribadi penduduk kampung seperti NO KP dan nombor telefon diberikan kepada pemilik tanpa kebenaran penduduk kampung melalui JKDB
* syarat jual beli yang meragukan kerana pemilik belum menyatakan geran asli tapi meminta penduduk kampung tandatangan beli atau kosongkan tanah
01 Februari 2023
Kunjungan hormat ke ADUN Klias Beaufort
(feedback:- ADUN tidak dapat menolong sebah tanah sudah bergeran. Dokumen dibawa langsung tidak ditengok. Minta Cadangan penempatan baru, mungkin ambil masa 2 atau 3 tahun. Dicadangkan pula berumah di tepi rel keretapi namun tidak digalakkan. Boleh macam ni?
YB Datuk Isnin Hj Aliasnih Adun Klias..
05 Februari 2023
Sesi dialog bersama pihak mengaku PEMILIK iaitu HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR- Dikatakan adik kepada Hj Sidek Hj Ab Jubar)
Perangai Pakistan bila jadi warganegara dan jadi tuan tanah.
Mereka tetap sama berjiwa penindas
(feedback:-
*pemilik gagal menyatakan Salinan geran asli kepada penduduk kampung.
*Hanya menyatakan Memorandum of Transfer beliau. Dan memaklumkan geran masih dalam proses.
*pemilik juga memaklumkan bahawa hanya penduduk yang dikehendaki sahaja boleh membeli tanah lot tersebut.
*Jika tidak dikehendaki akan diberi tempoh untuk mengosongkan lot
*Hanya aktiviti jual beli sahaja dan tidak ada urusan penyewaan lot
*Memorandum penerimaan ada dilampirkan untuk rujukan
*Mohon penjelasan pemilik kenapa nama beliau sudah tertera dalam sistem bayaran cukai tanah sedangkan beliau belum ada geran #geran masih dalam proses
*Namun pemilik tidak tahu berkaitan hal tersebut.
*Mohon ke pejabat Majlis Daerah untuk Pengesahan bersama dengan wakil Jawatankuasa Bertindak Kg Jimpangah St John dan JKDB sebagai pemerhati)
*Mohon pemilik membuat sesi dialog kedua selepas mendapat geran asli.
08 Februari 2023
Wakil Jawatankuasa Bertindak berkunjung ke pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu (JTU) untuk membuat carian maklumat tentang tanah.
*Namun dimaklumkan carian maklumat tersebut mengambil masa kononnya carian bilik kebal
*Sehingga 27 Feb 2023 belum ada maklum balas berkaitan maklumat tanah
19 Februari 2023
Pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ berkunjung ke rumah salah seorang Ahli Jawatankuasa Bertindak
*Menyatakan salinan geran beliau ( menjadi pemilik sah pada 02.02.2023)
*Memberitahu ada beberapa orang penduduk akan mendapat surat pengusiran
*Menjelaskan beliau SENGAJA tidak menyatakan geran tersebut semasa sesi dialog bersama penduduk kampung pada 05 Februari 2023
21 Februari 2023
Surat pengusiran kepada 3 buah rumah sahaja.
*Diarahkan mengosongkan lot tanah yang diduduki atas alasan membina rumah tanpa izin beliau.
23 Februari 2023
Laporan polis dibuat oleh penduduk kampung yang diberi notis pengusiran.Untuk tujuan keselamatan dan rujukan pihak yang berkenaan.
*Dan alasan yang diberikan untuk tujuan pengusiran adalah bercanggah dengan status penduduk kampung yang didakwa menceroboh dan membina tanpa izin beliau.
* pihak polis menasihati agar perkara ini di panjangkan ke Pegawai Daerah.
27 Februari 2023
Kunjungan hormat oleh wakil Jawatankuasa Bertindak bersama dua orang penama yang mendapat notis pengusiran ke pejabat Pegawai Daerah Beaufort
*Tuan Pegawai Daerah menasihatkan agar permohonan terdahulu dirujuk semula ke PPHT Beaufort.
PART 2
01 Mac 2023
Berkunjung ke pejabat SUHAKAM. Untuk memfailkan aduan berkaitan isu tanah yang dihadapi.
SUHAKAM bersedia membantu membuat rujukan semula ke JTU
*Bermula bulan mac SUHAKAM sudah menghantar surat ke JTU
03 Mac 2023
Berkunjung ke Pejabat PPHT Beaufort untuk meminta ulasan mengenai surat untuk pewartaan kampung.
Pihak PPHT telah menerangkan bahawa surat tersebut sudah selesai di bahagian PPHT, tinggal rujuk di bahagian JTU Beaufort. Pihak kami berjumpa di JTU Beaufort, namun pihak mereka mengatakan fail yang berkaitan telah tercicir.
*Mereka minta AJK datang pada hari lain, kalau fail jika fail telah dijumpai
[Bagaimana perkara ini boleh berlaku?jika tidak kerana rasuah?
08 Mac 2023
Berkunjung semula ke JTU Beaufort bertanyakan fail yang hilang. Pegawai JTU berkata fail masih belum dijumpai.AJK Bertindak tidak berganjak dari JTU menunggu sehingga fail dijumpai. Fail kampung lain diberi iaitu Kg Jimpangah Bt58.
JTU berkata pihak penduduk kampung tiada membuat permohonan. Persoalannya surat-surat permohonan yang disokong oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim dan segala dokumen JTU itu ke mana? Hilang?
13 Mac 2023
Berkunjung semula ke SUHAKAM, untuk menghantar dokumen yang berkaitan.
20 Mac 2023
Berkunjung ke Mahkamah Anak Negeri.
*Kami memohon bantuan MAN pula untuk rujukan semula, dan ingin mendapat khidmat nasihat berkaitan tanah yang kami duduki boleh atau tidak dituntut menjadi tanah adat.
*Pihak MAN memfailkan aduan penduduk kampung
27 Mac 2023
Tuntutan hak milik tanah menjadi tanah adat
13 April 2023
Mendapat surat maklumbalas daripada Makhamah Anak Negeri menyatakan permohonan kampung kami sedang menunggu maklumbalas daripada JTU Kota Kinabalu.
17 April 2023
Pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ mengedarkan surat meminta pengerusi Jawatankuasa Bertindak membuat permohonan maaf kerana telah mendakwa beliau telah difitnah semasa sesi dialog yang diadakan pada 05.02.2023.
*difitnah kerana tidak menunjukkan geran asli.
08 Mei 2023
Lawatan SUHAKAM ke Kg Jimpangah. Pihak SUHAKAM memberitahu akan membantu membuat rujukan semula ke JTU Kinabalu berkaitan permohonan penduduk. Kerana surat yang dihantar sejak bulan mac masih belum ada maklumbalas dari JTU.
19 Mei 2023
Pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ mengedarkan Notis Pengusiran Penghuni Setinggan. Kami diarahkan untuk mengosongkan lot dalam tempoh 1 bulan dari Tarikh surat tersebut diterima.
***Laporan polis dibuat untuk tujuan
keselamatan dan rujukan kepada pihak berkaitan.
**Penduduk mengabaikan notis tersebut, kerana masih menunggu maklum balas daripada JTU berkaitan permohonan tanah
20 Ogos 2023
Pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ mengedarkan surat Saman Pemula bertarikh 18hb Ogos 2023. Diarahkan memfailkan affidavit bantahan dalam tempoh 14hari.
*sekiranya penduduk kampung tidak menghantar afidavit bantahan dalam tempoh yang ditetapkan. Pemilik akan secara automatik dapat surat perintah makhamah untuk mengusir penduduk kampung
***Laporan polis dibuat untuk tujuan kesalamatan dan rujukan pihak yang berkaitan.
PART 3
24Ogos 2023
AJK Jawatankuasa Bertindak membuat satu perjumpaan sepatutnya bersama 53 orang penama yang disenaraikan dalam Saman Pemula tapi hanya sebahagian yang datang. Bagi mengambil peguam. Keputusan bercampur-campur ada buat keputusan tidak mahu dibela dan mahu akur dengan saman yang diberi.
*Ada pihak yang tidak mahu ikut ambil peguam sebab dapat pesanan dari pihak mengaku pemilik. Yang mana sesiapa yang ikut mengambil peguam, pemilik tidak akan bawa berbincang.
Memandangkan kes mahkamah perlu ada khidmat peguam. Hanya tinggal 37 orang sahaja membuat pembelaan.
Dengan info-info yang ada dan bantuan khidmat nasihat dari pelbagai pihak penduduk kampung bertindak melantik peguam untuk mewakili mereka di Makhamah Tinggi Kota Kinabalu pada 21 September 2023.
Peduduk Kampung membalas Afidavit Sokongan Plaintif.
07 September 2023
Menunggu Agong datang. Menyampaikan Warkah berkenaan isu tanah di Kampung Jimpangah. Alhamdullilah.. Warkah sampai di tangan Agong sendiri
21 September 2023
Pendengaran pertama di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Tapi sekali lagi kami kecewa, Pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ menggunakan surat akuan 16 orang dari penama yang disaman untuk dijadikan bukti d Mahkamah yang mereka mengaku dengan saman pemilik.
*ada antara mereka, pemilik sendiri sediakan surat. Tinggal tandatangan saja.
Pendengaran ditangguh beberapa kali sehingga 31 Januari 2024 (Hari Keputusan)
28 Disember 2023
Penduduk kampung tertindas beramai-ramai ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk mendengar penggulungan hujahan yang terakhir.
16 Januari 2024
SUHAKAM menghenti siasatan ke atas aduan penduduk kampung atas alasan kes ini telah dibawa ke peringkat Makhamah Tinggi Kota Kinabalu. Walaubagaimanapun, mereka masih akan beri kami maklum balas berkaitan aduan daripada JTU. kerana sehingga tarikh SUHAKAM menghentikan siasatan. SUHAKAM masih belum mendapat sebarang surat maklum balas dari JTU berkaitan aduan penduduk
31 Januari 2024
Keputusan hakim dibuat melalui zoom "video conference" Hanya dihadiri wakil penduduk kampung iaitu Pengerusi AJK Bertindak dan peguam. Sekali lagi kecewa, kerana TANPA MAKLUMAN KEPADA PEGUAM Pihak mengaku Pemilik ‘HAJI MOHAMED ALI BIN AB JUBAR’ menghantar lagi afidavit sokongan kedua selepas penggulungan pada 28 Disember 2023. Yang mana, perkara ni sangat-sangat tidak adil Kenapa boleh hantar afidavit kedua selepas penggulungan dan langsung tidak dimaklumkan kepada pengadu. Penduduk kampung sebagai pengadu diberi tempoh 30 hari untuk buat rayuan.
* Afidavit sokongan yang kedua yang dihantar ke Mahkamah oleh pemilik ialah Balasan Surat peguam beliau kepada PPHT Beaufort iaitu siasatan suhakam berkenaan aduan penduduk kampung Jimpangah
SYOR
Daripada kronologi pemilikan tanah ini jelas adanya salahguna kuasa dan melibatkan Pegawai pejabat Daerah, Jabatan Tanah Ukur dan PPHT. Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan fail kes pemilikan tanah? Mengapa begitu berbelit JTU dan PPHT?
Oleh itu Datuk Karunanithy Pengarah SPRM Sabah mesti menyiasat pegawai yang disebutkan. Hanya ini cara untuk menyekat kes tanah ini berlarutan. Jika SPRM Sabah tidak boleh maka Bahagian Operasi Khas (BOK) boleh didatangkan dari SPRM Putrjaya datang bertidak.
Datuk Karunanithy Pengarah SPRM Sabah mesti
menolong menyelesaikan kes rasuah Pegawai JTU Beaufort ini
Siapa beri kelulusan tanah? Pengarah JTU Sabah Dr Bernard terlibat? atau semuanya di proses oleh JTU Beaufort sahaja. Begitu juga dengan PPHT.
a
Pejabat JTU Beaufort dan PPHT adalah orang yang sama. Apakah James JTU Beaufort dalangnya?
Jika tidak mengapa JTU Beaufort dan PPHT berdolak dalih dengan alasan fail
hilang tidak ditemui. Tetapi dalam masa sama pihak yang megaku pemilik tanah
berkata dia menunggu GERAN TANAH. Bagaimana itu berlaku?
JTU dan PPHT Beaufort adalah orang yang sama...James Omar. Yang pusing-pusing pun orang sama
Mengapa JTU dan PPHT tidak berterus terang penama tanah lama dan terbaru. Bagaimana tanah
itu boleh dijual dalam masa sama orang kampung juga memohon tanah untuk rezab kampung
Mengapa JTU, PPHT, Pegawai Daerah dan Wakil rakyat tidak
selesaikan secara bersama isu tanah? Mengapa biarkan tiba-tiba tahun 2023 tanah dimiliki individu lain?
Bertahun lamanya tiada siapa memiliki tanah selepas dipulangkan kepada kerajaan
Persoalan meragukan ini perlu dijawab...
Jika SPRM tidak menyiasat Pengarah JTU, Jurutera JTU Beaufort dan pgawai PPHT perkara ini akan terus berulang sampai kiamat. Banyak lagi tanah dirampas dan TIBA-TIBA menjadi milik individu lain. Ramai lagi akan teraniaya. SPRM Sabah mesti beri pengajaran kepada Pegawai pejabat Daerah, JTU dan PPHT. Mereka bermain dengan orang kampung. Mereka fikir orang kampung boleh dibodohkan dan dipermainkan. Tiada yang berani mengadu.
INI DUNIA TERBUKA. MEDIA SOSIAL ADA. TIADA SIAPA BOLEH MENUTUPNYA.
[Nota: Pihak AJK Jawatankuasa Bertindak boleh menghubungi pihak editor di [email protected] untuk dokumen lebih terperinci]