Kroni JKR, Kartel tender ‘Jutaya Liew’ yang gagal Projek Tebatan Banjir Sg Anip dilantik bina sekolah daif di Ranau!
19:03 Mar 04, 2024  |  By SabahKini2
Kroni JKR, Kartel tender ‘Jutaya Liew’ yang gagal Projek Tebatan Banjir Sg Anip dilantik bina sekolah daif di Ranau!

Semua syarikat Kartel 'Jutaya Liew' kantoi. Maka dipilih Syarikat Miliquest syarikat bermasalah gagal siapkan projek RTB Sg Anip. Dengan harga paling mahal Miliquest dipilih untuk projek sekolah daif SK Pekan Ranau. Bayangkan jika Miliquest gagal siapkan?

Selepas pendedahan Sabahkini2 pada 6 Februari mengenai Monopoli Projek JKR Sabah oleh Taikun ‘Jutaya Liew’ atau Liew Kuat Kiong pemilik syarikat Sri Jutaya Sdn Bhd yang terkenal, JKR Pusat nampaknya mengambil perhatian aduan kartel monopoli itu melibatkan pegawai KKR Penolong Setiausaha (PSU) bernama Prakash A/L Sukur.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel tender Liew Sri Jutaya guna 'Orang Dalam' KKR, PSU Prakash monopoli projek JKR di Sabah]

Bagaimanapun memandangkan perkara itu sebati di KKR, terbaru Taikun Jutaya Liew Sri menggunakan lagi 7 syarikatnya untuk melobi projek Sekolah Daif Sabah.

Kini Taikun Jutaya Liew sangat yakin projek sekolah ini dalam genggamannya. Keluar LOA saja maka berjuta wang akan dihantar kepada pegawai KKR dan JKR.

DAIF SABAH (2021) – PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN PENUH 18 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAI DI SK PEKAN RANAU, SABAH (REKA DAN BINA)

 

Oleh kerana ‘Game Kartel’ dan semua syarikat beliau terdedah  JKR mengarahkan Jutaya Liew berunding syarikat lain untuk melaksana projek sekolah daif di atas.  Maka Jutaya Liew menggunakan Syarikat Miliquest Sdn Bhd sebuah syarikat bermasalah milik Mary Maria Mojikon, Tan Nyuk Hwa dan Gerard Chin.

Susulan kawtim ‘Orang Dalam JKR’ maka Mesyuarat Lembaga Perolehan Bil.5/2024 telah memilih Petender Bil. (8/8) iaitu Syarikat Miliquest Sdn. Bhd bagi melaksana projek tersebut di atas dengan harga paling mahal berbanding kartel Jutaya Liew  iaitu  RM 28 juta lebih mahal dari 7 petender lain.

Bagaimana syarikat letak harga tender lebih mahal terpilih? Apa QS dan Bahagian Pengurusan Perolehan dan Kontrak (BPPK), Cawangan Kerja Pendidikan buat? Semua telah kawtim maka  Syarikat Miliquest Sdn. Bhd akan menjadi kontraktor utamanya.

Jawatan kuasa teknikal tender sepatutnya mengemukakan laporan bahawa Syarikat Miliguest Sdn Bhd merupakan sebuah kontraktor bermasalah kerana syarikat sama gagal menyiapkan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Anip Sandakan bernilai RM40 juta yang dianugerahkan pada 15 Ogos 2019 dan sepatutnya siap pada 14 Ogos 2022. Projek ini diberi ketika Kerajaan Warisan Plus berkuasa di Sabah.

 

Projek ini sebahagian dari kemegahan dan kebanggaan Kerajaan Warisan apabila Menteri Pertaniannya Datuk Junz Wong pernah membuat lawatan di tapak RTB Sg Anip bersama kontraktornya.


Agak-agak Junz Wong dapat komisen tak dari kontraktor RTB Sg Anip?

Projek RTB Sg Anip sangat penting kerana ia boleh mengurangkan kawasan terjejas banjir sebanyak 10 hektar dan menyelamatkan lebih 5000 penduduk.  Ia pernah dibangkitkan dalam Parlimen mengenai status projek ini.

Apa jadi projek ini? sehingga sekarang tahun 2024 projek tak siap dan syarikat Miliquest Sdn Bhd dikenakan LAD. 


RTB Sg Anip Sandakan antara Projek Tebatan Banjir Penting di Sabah

 

Oleh itu Maka JKR mahu menganugerahkan kepada Syarikat Miliquest Sdn Bhd ini? Bagaimana jika PROJEK PEMBINAAN BANGUNAN GANTIAN PENUH 18 BILIK DARJAH DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN MENGIKUT PIAWAI DI SK PEKAN RANAU, SABAH (REKA DAN BINA) ini tidak dapat disiapkan sebagaimana RTB Sg Anip?

Projek sekolah daif ini akan merugikan rakyat di Parlimen Ranau. Tempiasnya nanti kepada wakil rakyat jika gagal disiapkan.

Terdapat arahan daripada Prakash A/L Sukur Penolong Setiausaha (PSU) KKR untuk segera memberikan LOA/SST kepada Miliquest Sdn Bhd yang dikawal Jutaya Liew dalam tempoh terdekat.

 

 

Siapa bertanggungjawab jika projek sekolah Daif ni bermasalah di tangan Miliquest Sdn  Bhd dan Jutaya Liew? Kerana Kartel tender lebih berkuasa inilah nasibnya. Pegawai JKR terpaksa akur kepada Jutaya Liew kerana semuanya telah dibayar rasuah.

SPRM Sabah takut nak siasat ke kartel tender Sabah? Jika semua tender dikuasai kartel lebih baik tak perlu tender lantik saja secara rundingan terus.

Apa akan jadi kepada Sekolah Kebangsaan Pekan Ranau berusia lebih 80 tahun ini? Ditapak sekarang SK PEKAN RANAU sudah berusia lebih 60 tahun sejak 1960. 

Batalkan pelantikan Miliquest Sdn Bhd sejarah terbukti syarikat banyak projek sakit dan mereka gagal...

 Apa nasib anak-anak murid ini jika gagal disiapkan?

 

21 Comments