Kartel tender Liew Sri Jutaya guna 'Orang Dalam' KKR, PSU Prakash monopoli projek JKR di Sabah
03:02 Feb 06, 2024  |  By SabahKini2
Kartel tender Liew Sri Jutaya guna 'Orang Dalam' KKR, PSU  Prakash  monopoli projek JKR di Sabah

Nampaknya Kartel Tender Liew Sri Jutaya dilaporkan monopoli tender di Sabah menggunakan banyak syarikat untuk menang tender. Semuanya guna 'Orang Dalam' JKR untuk menang tender. Tidak perlu guna Menteri atau Timbalan. Hanya PSU.....

19 Disember tahun lalu Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan tujuh syarikat iaitu terbabit dengan kegiatan tipu bida dalam empat tender pembekalan barangan dan perkhidmatan untuk Kementerian Pertahanan (MINDEF), dianggarkan bernilai RM20.8 juta.

Kesemua syarikat yang menjadi pesaing dalam tender kerajaan itu dikesan bersepakat memanipulasi proses bidaan bagi perolehan awam, yang mengakibatkan kenaikan harga bagi projek perkhidmatan awam sekali gus hanya sesama yang mendapat tender itu dengan harga yang tidak munasabah. 7 syarikat itu kemudiannya saling berkongsi maklumat, menyediakan tender bersama dan menawarkan perjanjian subkontrak sebagai ganjaran.

Agenda Eksklusif Sdn Bhd, Nekad Waja Resources, Star Apax Enterprise, Prospectrum Sdn Bhd, Spectron Sdn Bhd, Teknokrat Makmur Enterprise dan NK Panorama Enterprise sejak 2016 hingga 2020.

Isu tipu bidaan tender bukan baru kerana setiap tender terbuka, tender terhad dan terpilih ataupun secara Request for proposal (RFP) juga berlaku penipuan atau Pakatan tender.

April 2021 kecoh kartel 'Dato' Adly' monopoli projek khususnya 'Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti, selenggara bangunan Kerajaan sehingga RM3.8B yang menyebabkan semua aset seperti helikopter, kereta, kapal mewah disita dan RM100 juta akaun dibeku. Bayangkan 345 tender pelbagai Kementerian sejak tahun 2014 sehingga 2021. Dato' Adly dituduh di mahkamah namun dibebaskan selepas membayar kompaun berjuta kepada SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kartel 'Dato Adly' tumpas! Projek RM3.8B, helikopter, kereta, kapal mewah disita RM100 juta akaun dibeku 

 

Ketika Datuk Seri Shafie Apdal Menteri Kemajua Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dari tahun 2009 hingga 2015 beliau adalah pelaksana projek tender terhad  dan terpilih paling banyak. Semua 10 syarikat yang menyertai tender dikuasai oleh satu Syarikat. Maka tidak hairanlah semua kroninya yang mendapat projek.

[ARTIKEL BERKAITAN –Bukan saja rayuan didedah Najib, 16 lagi projek Tender Terhad KKLW kroni Shafie Apdal terbongkar!

 

 

Senarai syarikat berpakat antara satu sama lain

 

Ini cara Shafie Apdal dan semua penipuan serta manipulasi tender tidak akan berakhir.   Terlalu banyak cara untuk memanipulasi tender sekalipun mempunyai peraturan dan pekeliling perbendaharaan. Faktor 'orang dalam' sama ada dalam jabatan melaksana tender hingga peringkat tertinggi kementerian merupakan faktor utama dalam manipulasi tender. Pegawai 'orang dalam' di bawah rasuah kartel tender inilah dalang utamanya. Siapapun kerajaan, QS, SUB Pembangunan, Kewangan dan KSU kartel mampu merekrut mereka dengan rasuah. Maka kartel terus bertahan lama. 

Kes Rasuah Shafie Apdal bersama adik beradiknya dan kroni KKLW melesapkan RM1.5 bilion adalah satu kisah manipulasi dan penipuan tender menggunakan 'orang dalam' oleh syarikat kartel Sabah.

 

Monopoli Projek JKR Sabah oleh Sri Jutaya Sdn Bhd

Jika sebelum ini kartel Sabah seperti Sinkung Contruction, Donald Lim, Andrew Wah, Chong 'Babi', Michael Chin dan Liew Kuat Kiong sering disebut sering mendapat projek JKR, KPLB dan agensi kerajaan di Sabah namun kali ini dikatakan Liew Kuat Keong pengasas Syarikat Sri Jutaya Sdn Bhd memonopoli projek JKR Sabah. Dibantu Datuk Vicktor, Datuk Roy dan Mair mereka menyusun semua tender JKR di Sabah menggunakan 'orang dalam' JKR.

Siapa tidak kenal Liew Kuat Keong Sri Jutaya? Seperti Chong 'Babi' siapa kerajaan Liew tetap hidup. Syarikat yang beralamay Keningau ini dahulu Lembaga Pengarahnya Liew Kuat Kiong, Helena David @ Helena Lingam dan Patrick David Lingam. Namun kini Liew bersembunyi dan menamakan Adzman Asmat sebagai pengarah proksinya. 

 

 

Antara Projek Jutaya-Liew ni buat ialah;

1.HQ.193/2010(S)-The Maintenance of Jalan Nabawan-Sepulot-Agis, Jalan Pemuntarian-Ponontomon and Jalan Pemuntarian Kabu Baru : RM 4.81 Juta.

2.Proposed Yayasan Sabah Handicraft Center : RM 29.99 Juta.

3.Execution And Completion Of The Proposed POIC Phase 3A And Associated Infrastructure Works At Lahad Datu, Sabah : RM 442.16 Juta.

4.Pembaikan Cerun-Cerun Di Laluan 500 Jalan Penampang-Tambunan-Keningau-Tenom (Fasa II, Sub Pakej 2A)(Design & Build) : RM 9.31 Juta.

5.Pembaikan Cerun-Cerun Di Laluan 500 Jln Penampang-Tambunan-Keningau-Tenom (Fasa II,Sub Pakej 2B)(Design & Build) : RM 9.04 Juta.

6.Cadangan Kerja-kerja Pembaikan Cerun Di SMK Sapulut (Perolehan Darurat AP 173.2) : RM 8.77 Juta.

7.Projek Naiktaraf Jalan Kokol poring-Poring (Design & Build) : RM 39.28 Juta.

 Sebenarnya banyak lagi projek Sri Jutaya bolot yang sudah mencecah berbilion kerana menggunakan syarikat -syarikat lain. Antara yang dikenal pasti ialah;

Sekarang dilaporkan Sri Jutaya sedang melobi projek yang bakal diputuskan oleh Kementerian Kerja Raya iaitu;

1.  PRA-KELAYAKAN TERPILIH PERINGKAT PERTAMA BAGI PEMBINAAN BANGUNAN TAMBAHAN ASRAMA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SILABUKAN, LAHAD DATU, SABAH (XEA3103) (REKA DAN BINA)

2. PROJEK MEMBINA JALAN MANTOB GONIPIS TEBOBON, TUARAN, SABAH (FASA 2)

Liew Kuat Keong yakin mendapat projek ini kerana menggunakan 'orang dalam' JKR/KKR.

SIAPA 'ORANG DALAM' KKR PROKSI SRI JUTAYA?

Dalam beberapa siri tender kartel Sabah di menangi Liew nampaknya 'Orang Dalam' Liew Sri Jutaya ialah seorang Penolong Setiausaha (PSU) bernama Prakash A/L Sukur yang turut mendapat kepercayaan dilantik Lembaga Perolehan Tender KKR. Sama ada sebelum ini beliau mendapatt kepercayaan bekas KP JKR Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool.

Di bawah penurunan kuasa Akta Kontrak Menteri boleh memberi penurunan kuasa kepada KSU Kementerian dan KSU pula menurunkan kuasa kepada pegawai yang dikehendakinya. Maka melantik Prakash yang hanya seorang PSU memberikan kuasa yang besar kepada Prakash untuk membuat laporan kewangan petender. Prakash dilaporkan dibela oleh Kartel Sabah Kartel Liew Sri Jutaya ini. Persoalan besar mengapa SUB Kewangan Ainul Ridzwan tidak dilantik ahli lembaga tender seperti biasa kementerian lain. Mengapa pegawai bertaraf PSU?

SPRM boleh menyiasat dan menyemak semua perakuan tender yang ditandatangani berapa banyak dari Kartel Liew Sri Jutaya.

 

 

Mengapa Prakash PSU berkuasa dalam tender? Apakah KSU atau KP JKR jadikan Prakash 'kuda'
dalam semua tender JKR?

 

Terdapat maklumat YB Menteri dan YB Timbalan Menteri Prakash berani bantah dan persoalkan jika tender itu tidak berpihak kepada Kartel pilihannya. 

Untuk tender di atas Sekolah dan jalan berapa agaknya Kartel Sri Jutaya bayar kepada Prakash A/L Sukur? 

SPRM digesa siasat Kartel tender Liew Sri Jutaya dan 'Orang Dalam'  PSU Prakash yang mencantikkan laporan kewangan syarikat tender disertai Kartel Liew!

6 Comments