Kerjasama Warisan Tamat dan Tiada Lagi Rundingan dengan PCS Bumburing- Shafie
06:03 Mar 18, 2018  |  By SabahKini2
Kerjasama Warisan Tamat dan Tiada Lagi Rundingan dengan PCS Bumburing- Shafie

Arahan telah dikeluarkan kepada semua Bahagian Warisan. PCS tidak boleh dijemput dalam program Warisan. Tiada lagi kerjasama. PCS pula buat kerjasama dengan Parti Anak Negeri.

KOTA KINABALU: Selepas pergaduhan besar Bumburing dengan Shafie Apdal dengan kenyataan saling menuduh antara satu sama lain selain kecewa Shafie Apdal hanya memberikan 6 kerusi kepada PCS, Bumburing Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) pada 16 Mac lalu menandatangani kerajsama dengan Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri).

PCS dan Anak Negeri mendakwa mereka adalah parti Kadazandusun Murut dan mungkin bertanding sekurang-kurangnya 22 kerusi di negeri ini pilihan raya umum akan datang (GE14 ).

Dengan lahirnya pakatan parti politik baru ini maka pertambahan parti yang bertanding semakin meriah di Sabah selain Pakatan Harapan (DAP,PAN,PKR), Warisan,Gabungan Sabah (GS) dan kini PCS & Anak Negeri untuk menentang Barisan Nasional.

Bagi parti berasaskan KDM pastinya akan memecahkan lagi sokongan KDM di Sabah. Untuk rekod Bumburing bekas Timbalan Presiden UPKO dan Datuk Henrynus Amin bekas Setiausaha Agung PBS yang keluar parti membentuk parti sendiri.

Berdasarkan ucapan yang dibuat oleh Bumburing dan Henrynus, nampaknya perkongsian ini tidak akan dapat bekerjasama dengan Gabungan Sabah, sebuah gabungan gabungan yang PCS pernah menjadi komponennya.

PCS dan Anak Negeri juga dijangka akan bertanding di tujuh atau lapan kerusi parlimen.

"Berapa banyak kerusi dan konstituensi setiap parti akan bertanding belum dimuktamadkan," kata Bumburing, yang juga mengisytiharkan dia akan mempertahankan kerusi Dun Tamparuli.

Henrynus Amin pula akan bertanding di Kundasang tetapi belum membuat keputusan sama ada beliau akan bertanding Parlimen Ranau.

Bercakap kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian itu, Bumburing dilihat masih menaruh harapan dengan kerjasama pakatan pembangkang di Sabah terutama Parti Warisan dengan syarat.

"Pintu kami tidak ditutup kepada Shafie Apdal dan Warisan Sabah, tetapi mereka mesti bersetuju untuk tidak menjadi parti yang dominan," katanya.

Sementara itu Shafie Apdal Presiden Parti Warisan telah mengarahkan semua Bahagian di Sabah tidak perlu lagi memanggil PCS ke majlis atau program Warisan kerana kerjasama PCS dan Warisan sudah dibatalkan. Tiada lagi kerjasama.

Dalam satu mesej aplikasi whatapps yang disebar oleh Biro IT Wira Warisan arahan Shafie Apdal itu telah disebarkan kepada semua bahagian dan whatapps group Warisan.

“PCS dan Warisan sudah tidak menjalinkan kerjasama atau menjalani proses perundingan setelah DSSA menolak permintaan PCS untuk meminta semua kerusi KDM. Nasihat DSSA tidak perlu panggil PCS ke majlis-majlis atau program Warisan yang kita anjur”. kata mesej itu.

 

 

 

10 Comments