Datuk ‘Nik’ 18 Kali Dipanggil SPRM Bakal Didakwa Kerana Kes Seleweng Dana KKLW
03:03 Mar 23, 2018  |  By SabahKini2
Datuk ‘Nik’ 18 Kali Dipanggil SPRM Bakal Didakwa Kerana Kes Seleweng Dana KKLW

Datuk Nik itu telah di dipanggil ke pejabat SPRM sebanyak 18 kali untuk siasatan kes rasuah KKLW itu

KOTA KINABALU: Seorang lagi ahli perniagaan Datuk Nik Najib Nik Zawawi bakal didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah berhubung siasatan penyelewengan RM1.5 bilion lagi projek infrastruktur Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di negeri Sabah.

Menurut sumber setakat sehingga hari ini Datuk Nik itu telah dipanggil ke pejabat SPRM sebanyak 18 kali untuk  siasatan kes rasuah KKLW itu.

Sumber berkata Datuk Nik sekurang-kurangnya memiliki 10 syarikat di bawah kawalannya, dikatakan pernah mendapat tender daripada kementerian terbabit di antara 2009-2015.

Nik Najib dan Nik Nadzri

Katanya, selain 10 syarikat terbabit, Datuk Nik juga dipercayai pernah 'meminjam' lesen syarikat kontraktor lain dengan membayar token RM30,000 hingga RM50,000 mengikut nilai projek.

"Tujuan meminjam lesen itu dibuatnya bagi memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon dari kementerian. Tender terhad itu tender yang sudah dirancang lebih awal.

SPRM sedang menyiasat pembabitan Datuk Nik dan sumber mendedahkan Datuk Nik antara ahli perniagaan yang banyak mendapat projek KKLW menggunakan adik-adik bekas Menteri KKLW.

Satu dari projek itu ialah Projek loji rawatan air Sungai Intan Semporna yang bernilai RM47 juta yang umum tahu adalah satu dari 23 projek yang dilobi oleh adik bekas Menteri KKLW dijejak SPRM

Yu Sin Kong ‘taukeh’ Sin Kong Contructions Sdn Bhd yang ditahan SPRM merupakan rakan perniagaan kepada Datuk Nik Najib Nik Zawawi pelaksana projek-projek KKLW kerana Datuk Nik dikatakan menjual semua projeknya kepada Yu Sin Kong.

Semakan di KKLW Datuk Nik juga seorang dari kontraktor yang paling banyak mendapat projek Jalan (JALB) dan Bekalan Air di KKLW (BALB) sejak bekas menteri KKLW yang  disiasat SPRM hinggalah hari ini. 

Menurut sumber Datuk Nik hingga kini membiaya gerakan politik bekas Menteri KKLW itu serta menaja beberapa orang politik di Sabah serta berusaha untuk menaikkan adiknya Nik Nazri Nik Zawawi yang kini sebagai Ketua Pemuda UMNO Keningau sebagai Adun Liawan.

Kedudukan ini digunakan untuk melindungi dirinya dari ancaman siasatan SPRM selain dikaitkan dengan gerakan parti politik pembangkang. Dana-dana rasuah KKLW ini digunakan untuk tujuan politik dan kekayaan diri sendiri.

Untuk rekod dalam tempoh 2010 hingga 2015, kementerian itu mengeluarkan 350 tender projek berkaitan kerja pembangunan infrastruktur air, elektrik serta jalan raya di seluruh Sabah, membabitkan dana awam lebih RM7.5 bilion.

Bagi kerja bekalan air, dipercayai sebanyak 170 projek ditawarkan dengan kos kira-kira RM2 bilion, manakala 163 projek lagi adalah membabitkan kerja infrastruktur jalan raya dengan kos RM3.2 bilion dan 17 projek bekalan elektrik bernilai RM3.2 bilion.

Daripada jumlah keseluruhan dana awam itu, SPRM menganggarkan RM1.5 sudah diseleweng oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baru-baru ini di Dewan Rakyat Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh Ahli Parlimen BN-Kalabakan mendakwa kerajaan persekutuan melakukan kesalahan kerana tidak mengambil tindakan terhadap bekas menteri luar bandar dan wilayah.

“Saya sangat hairan kenapa wang RM8 bilion disalah guna ahli Parlimen Semporna sewaktu jadi menteri KKLW. Dalam surat khabar dan televisyen juga keluar, tetapi tidak ada tindakan diambil.

“Saya selaku ahli Parlimen dari Sabah, kerajaan persekutuan sudah buat kesalahan. Kami mahu minta ganti RM8 bilion ini, rakyat Sabah marah,” katanya dalam Dewan Rakyat

Katanya Kerajaan dan Peguam Negara perlu cepat membuat pendakwaan bukan melengah-lengahkan masa.

 

27 Comments