Peguam Negara Perlu Cepat Bertindak Dakwa Shafie Apdal- Ghafur
12:03 Mar 20, 2018  |  By SabahKini2
Peguam Negara Perlu Cepat Bertindak Dakwa Shafie Apdal- Ghafur

“Saya sangat hairan kenapa wang RM8 bilion disalah guna ahli Parlimen Semporna sewaktu jadi menteri KKLW. Dalam surat khabar dan televisyen juga keluar, tetapi tidak ada tindakan diambil.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Parlimen dari Sabah menuntut Putrajaya memberi ganti rugi RM8 bilion ke atas dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang didakwa diseleweng.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) mendakwa kerajaan persekutuan melakukan kesalahan kerana tidak mengambil tindakan terhadap bekas menteri luar bandar dan wilayah.

“Saya sangat hairan kenapa wang RM8 bilion disalah guna ahli Parlimen Semporna sewaktu jadi menteri KKLW. Dalam surat khabar dan televisyen juga keluar, tetapi tidak ada tindakan diambil.

“Saya selaku ahli Parlimen dari Sabah, kerajaan persekutuan sudah buat kesalahan. Kami mahu minta ganti RM8 bilion ini, rakyat Sabah marah,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Katanya Kerajaan dan Peguam Negara perlu cepat membuat pendakwaan.

Ahli Parlimen Semporna serta bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 19 Oktober lalu dalam siasatan berkaitan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah berjumlah RM1.5 bilion.

Presiden Parti Warisan Sabah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000 pada 27 Oktober lalu.

Sementara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, siasatan ke atas Shafie sudah dijalankan SPRM.

“Pihak berwajib seperti SPRM dan sebagainya sudah jalankan siasatan dan perkara ini masih dalam siasatan, kita perlu yakin dengan kewibawaan SPRM untuk selesaikan.

“Saya percaya kalau ada kes, kes itu akan diserahkan kepada peguam negara dan tentu sahaja peguam negara akan ambil tindakan.”

Mengenai tuntutan ganti rugi RM8 bilion itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu kepada kerajaan.

“Rakyat Sabah minta ganti RM8 bilion yang hilang. Dari segi ganti, insya Allah, perkara itu saya tidak boleh buat keputusan, tetapi saya akan bangkitkan.”

Kira-kira 350 projek di bawah KKLW yang pernah diketuai Shafie dilaporkan dipantau SPRM atas dakwaan penyelewengan dana persekutuan.

Dana RM1.5 bilion itu dikatakan sebahagian daripada RM7.5 bilion untuk pembangunan prasarana air, elektrik dan jalan raya itu di Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau dan Sandakan, antara 2009 hingga 2015.

SPRM menyoal siasat lebih 45 orang dan menyiasat 72 syarikat di Sabah. Kira-kira RM170 juta aset dan wang dalam akaun bank milik beberapa syarikat terbabit dalam projek itu dilapor dibekukan SPRM.

Sementara itu sumber mengesahkan siasatan kes RISDA berhubung kes pembelian tanah ladang sawit (tanah adat) bernilai RM155.4 juta di Tongod telah selesai dan menunggu kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan di mahkamah.

6 Januari lalu Datuk Peter Anthony ditahan reman 7 hari manakala peguam KDM Michael P Ubu yang masih diburu masih menghilangkan diri dikatakan melarikan diri ke luar negara sejak kes ini disiasat SPRM.

Kertas siasatan itu mendedahkan wang RM15.5 juta yang diterima oleh Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014 dikeluarkan selepas mendapat arahan Menteri KKLW dan kelulusan Ketua Pengarah RISDA.

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat ‘Budiman’ iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama staff atau orang kepercayaannya dalam syarikat.

Pada tahun yang sama Syarikat ‘Budiman' memindahkan pula wang RM12.9 juta itu kepada 4 pihak iaitu ‘Mr W’, Peter Anthony, ‘Mr X’ dan pembelian kenderaan mewah di ‘Auto Car Dealer’. Baki RM 2.6 juta pula diserahkan kepada peguam Michael P Ubu. Rujuk rajah ‘Money Trail’.

Datuk Peter Anthony Proksi utama Shafie Apdal dan banyak mendapat projek BALB KKLW. Kini beliau adalah Naib Presiden Warisan

Bagaimanapun selepas urusan pembelian tanah Tongod itu gagal dimeteraikan wang RM 15.5 juta itu sepatutnya dikembalikan kepada RISDA. Namun ia tidak berlaku. Ia telah dicuri dan dibelanjakan oleh Datuk Peter Anthony.

Berhubung kehilangan wang itu Pengerusi RISDA yang baru akhirnya melaporkan kepada pihak polis pada Mac 2016 berhubung pecah amanah oleh firma guaman itu. 

Kes hilang RM1.5 bilion perlu masa untuk pendakwaan namun kes RISDA bukti dan transaksi sangat jelas termasuk berlaku salah gunakuasa oleh Dato Seri Shafie Apdal ketika sebagai Menteri KKLW.

5 Comments