Warisan Lapor Polis, NGO GAUM Hantar Memorandum Cari Peguam Michael P. Ubu
13:03 Mar 28, 2018  |  By SabahKini2
Warisan Lapor Polis,  NGO GAUM Hantar Memorandum Cari Peguam Michael P. Ubu

GAUM hantar memorandum mengenai 'kehilangan' Michael

KOTA KINABALU - Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) menggesa maklum balas daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan perkembangan terkini siasatan terhadap pembelian tanah bernilai RM155 juta di daerah Tongod.

Presidennya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, rakyat Sabah dan seluruh negara khususnya berhak untuk mengetahui status terkini siasatan tersebut yang turut melibatkan individu berkepentingan dalam Parti Warisan Sabah (Warisan)

Zulkarnain berkata, siasatan penyelewengan pembelian tanah yang melibatkan Naib Presiden Warisan, Datuk Peter Anthony dan seorang peguam rakyat tempatan, Michael Ubu terlalu perlahan sehingga menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat.

"Tanah ini adalah hak milik rakyat dan ia mempunyai kaitan dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

"Umum mengetahui sebelum ini Peter telah ditahan reman untuk diambil keterangan, bagaimanapun, Michael yang turut terbabit dalam urusan jual beli tanah ini tidak muncul sehingga ke hari ini. Kita tidak tahu apa status Michael dan rakyat Malaysia perlu tahu perkara sebenar kerana ini kes berprofil tinggi," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada wakil SPRM Sabah di pejabat SPRM, Kompleks Kerajaan Persekutuan Sabah di sini.

Menurut Zulkarnain, perlu wujudnya usaha sama antara SPRM dan agensi kerajaan berkaitan terutamanya pasukan polis yang mampu mengesan kedudukan Michael untuk tampil segera memberikan keterangan. 

Pada 4 Mac 2018 artikel Sabahkini2 bertajuk Presiden dan Naib Presiden Warisan arah bunuh atau sembunyikan Peguam Michael P Ubu yang hilang? telah mendapat respon dari dua bahagian Warisan iaitu Tenom dan Keningau. Mereka mahu siasatan polis dilakukan terhadap Sabahkini2. Sejak kes RISDA disiasat dan Datuk Peter Anthony direman SPRM Peguam Peter iaitu Michael P Ubu didapati telah hilang sama ada disembunyi atau mungkin dibunuh.

 

Pihak editor juga mahu pihak Polis menyiasat kes kehilangan Peguam Michael P Ubu ini. Oleh itu laporan Warisan Tenom dan Keningau itu sebenarnya untuk menyiasat juga dakwaan benarkah Michael hilang atau mungkin dibunuh oleh pihak yang berkait rapat dengan kes RISDA dan tidak bukan ialah Datuk Peter dan Dato'Seri Shafie Apdal.

Bukti-bukti ‘money trail’ wang RM15.5 juta itu juga telah dijejak SPRM. Dato' Seri Shafie Apdal Presiden Warisan dan Datuk Peter Naib Presiden Warisan tidak boleh lari dari kes ini. Mereka sepatutnya tahu di mana Michael P.Ubu.

Sabahkini2 sebelum ini pada 20 Februari melaporkan mengenai “The Money Trail” wang RM 15.5 juta itu yang telah disalur kepada Firma Guaman Michael Ubu dari RISDA bermula tahun 2014.  

 

Pada tahun 2015 Michael P.Ubu pula telah memindahkan RM12.9 juta kepada Syarikat ‘Budiman’ (pemilik syarikat ini akan dihuraikan selepas ini) iaitu syarikat yang dimiliki oleh Datuk Peter Anthony atas nama staffnya dalam syarikat. 

Oleh yang demikian memorandum Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) terhadap SPRM dan seruan siasatan oleh PDRM sangat bertepatan sekali dan diharap mampu menjawab persoalan kehilangan Michael P Ubu. Seruan beliau agar Dato' Seri Shafie Apdal, Peter Anthony dan Warisan bekerjasama mencari Michael Ubu adalah sangat perlu jika benar mereka tidak bersalah mereka harus sedia beri kerjasama pada siasatan SPRM.

Sabahkini2 akan mendedahkan lagi maklumat syarikat yang memindahkan wang itu ke dalam akaun Datuk Peter Anthony. 

 

4 Comments