Mentaliti Sabahan dan Sarawakian Lemah dan Suka Jalan Mudah- Mahathir
06:04 Apr 03, 2018  |  By SabahKini2
Mentaliti Sabahan dan Sarawakian Lemah dan Suka Jalan Mudah- Mahathir

Akhirnya terjawab mengapa Sabah dan Sarawak kurang maju berbanding dengan Semenanjung Malaysia

Persoalan yang telah sekian lama menjadi tanda tanya bagi pelbagai pihak iaitu mengenai mengapa Sabah dan Sarawak kurang maju berbanding dengan Semenanjung Malaysia ketika zaman Mahathir selaku PM akhirnya telah dijawab oleh Tun Mahathir sendiri baru-baru ini.

Menurut beliau, alasannya ialah rakyat Sabah dan Sarawak mempunyai mentaliti yang lemah dan tidak cukup bekerja kuat.

Sambung Mahathir lagi, "Bahawasanya rakyat Sabah dan Sarawak perlu bekerja lebih keras untuk mengurangkan jurang ekonomi dengan semenanjung. Saya mendapati yang mentaliti orang Sabah dan Sarawak ini adalah biasanya mereka cenderung mencari jalan mudah."

Oleh itu menurutnya janganlah menyalahkan Mahathir kerana telah mengabaikan Sabah dan Sarawak sepanjang beliau menjadi PM, serta usah juga menyalahkan beliau atas tindakannya mengurangkan peruntukan atau bajet untuk Sabah dan Sarawak, walaupun pada dasarnya bajet itu diminta untuk melengkapkan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti lebuh raya bagi menghubungkan kedua-dua negeri, membina lebih banyak hospital dan sekolah serta lapangan terbang yang lebih baik, yang dikatakan oleh Mahathir sebagai "Tidak ekonomik disebabkan keluasan yang besar berbanding jumlah penduduk yang sedikit" di kedua-dua negeri tersebut.

"Salahkan mentaliti dan sifat malas anda sendiri" katanya lagi.

Namun Mahathir cukup berterima kasih kepada Sabah dan Sarawak atas sumber kekayaan mereka yang telah menjadi penyumbang besar terhadap projek-projek yang dilaksanakannya di Semenanjung Malaysia, seperti Putrajaya dan Litar Antarabangsa Sepang, serta banyak lagi projek mega yang lain yang hakikatnya cuma dapat dinikmati oleh sesetengah golongan orang, bukan semua.

Bagaimanapun Shafie Apdal yang menjadi Menteri Persekutuan lebih 20 tahun menyanjung Mahathir malah menyeru rakyat Sabah memaafkan Mahathir kerana projek IC. Paling penting Shafie berkata Warisan akan bernaung di bawah PPBM dan Pakatan Harapan.

 

Sumber Asal: Lim Sian See

2 Comments