Pengerusi, Timbalan Jawatankuasa Peneroka Ijok Pro Azmin direman SPRM Terima Rasuah
10:04 Apr 06, 2018  |  By SabahKini2
Pengerusi, Timbalan Jawatankuasa Peneroka  Ijok Pro Azmin direman SPRM Terima Rasuah

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 75 dan 66 tahun itu dikeluarkan Majistret Atiqah Abu Hassan.

PUTRAJAYA: Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka Fasa 1 dan 2 Mukim Ijok, Selangor yang ditahan SPRM khamis lalu kini direman empat hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan kes penjualan tanah milik kerajaan negeri di Mukim Ijok.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 75 dan 66 tahun itu dikeluarkan Majistret Atiqah Abu Hassan.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang berbaju lokap warna jingga dengan tangan bergari, dibawa ke mahkamah oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.27 pagi bagi mendapatkan permohonan reman.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, jam 12.30 tengah hari semalam, ketika hadir untuk memberi keterangan kes berkenaan.

Mereka dipercayai menerima rasuah antara RM70,000 hingga RM150,000 daripada syarikat perunding dan disiasat mengikut Seksyen 16(A), Akta SPRM 2009.

Sebelum ini, tujuh individu termasuk tiga bergelar Datuk ditahan bagi membantu siasatan SPRM berkaitan isu penjualan tanah seluas 880 hektar kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Penjualan tanah berkenaan menimbulkan kontroversi, selain turut dipersoalkan pelbagai termasuk peneroka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, dilaporkan berkata siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat, masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

Susulan itu, SPRM merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.

SPRM sudah membekukan beberapa akaun bernilai RM47 juta, menjadikan keseluruhan RM86 juta dibekukan.

 

 

Comment